Rabu, 9 Jun 2010

CERAMAH AGAMA KHAS KUTUK KEKEJAMAN REJIM ZIONIS ISREAL



Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin .... USIA dan Yayasan Sabah akan menganjurkan Ceramah Agama Khas membincangkan isu kekejaman Rejim Zionis Isreal

KOTA KINABALU: Bagi masyarakat Islam di sekitar Kota Kinabalu mereka akan berpeluang untuk mendengar isu kekejaman Rejim Zionis Isreal kepada rakyat Palestin dalam bentuk ceramah agama yang akan dihuraikan secara detil segala bentuk penindasan sama ada dari sudut fizikal dan mentalnya.


Isu kekejaman dan penindasan ini, akan dihurai dalam satu program yang dikenali sebagai “Ceramah khas mengenai keganasan rejim zionis Isreal terhadap rakyat Palestin” anjuran bersama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Yayasan Sabah di Dewan Mini Teater Hamdan Menara Tun Mustahapa Teluk Likas pada 16 Jun (rabu) depan bermula jam 9.30 pagi

Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin (gambar ) berkata, pengarah dakwah (USIA) Ustaz Abu Hurairah Abdurahman akan menjadi penceramah jemputan di majlis ini, dimana selain sesi ceramah turut diadakan juga sesi soal jawap bersama penceramah dan peserta yang hadir ke majlis tersebut

“ Program ini kita anjurkan dengan harapan ianya dapat mendedahkan isu kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Isreal kepada rakyat Palestin baik dalam bentuk penindasan fizikal dan mantel yang mereka lakukan bukan sahaja kepada rakyat Palestin malah turut dirasai oleh masyarakat Islam yang lain” katanya ketika ditemui di ibu pejabat (USIA) jalan Sembulan pagi kemarin.

Menurut Abdullah Abu Hurairah seorang pegawai dakwah (USIA) yang berpengalaman luas terutamanya dalam soal perbandingan ajaran agama akan cuba mengupas isu ini untuk disampaikan kepada masyarakat Umum khususnya masyarakat Islam agar mereka mendapat gambaran yang jelas sekali gus dapat membantu rakyat Palestin dalam pelbagai bentuk bantuan yang boleh diberikan khusus untuk meringankan beban rakyat di bumi Palestin yang sekian lama tertindas.

“ Program ceramah ini terbuka penyertaannya dan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini mereka,boleh menghubungi ibu pejabat (USIA) di talian tefeon 088 240151” tambah Abdullah

Beliau menambah Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai,Pengarah Yayasan Sabah Tan Sri Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul serta barisan ahli majlis tertinggi (USIA) adalah antara tetemu kehormat pada majlis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan