Rabu, 23 Jun 2010

Kesenian Islam wahana bermanfaat




TAHNIAH…Japlin yang diiringi oleh Hamdan ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang di majlis tersebut

KOTA BELUD: Kesenian Islam dilihat mampu menjadi salah satu alternatif terbaik kepada masyarakat agar tidak terus dihambat dengan unsur hiburan yang melalaikan.
Pembantu Menteri Pembangunan Insfrastruktur Datuk Japlin Haji Akim menjelaskan, antara faktor penyumbang berlaku masalah sosial di kalangan generasi muda adalah disebabkan hiburan yang tidak bermanfaat dan melampaui batas.
“Kesenian Islam ini juga mampu menjadi wahana kepada masyarakat agar tidak terus terpesong dengan unsur-unsur hiburan yang melalaikan yang kini begitu mudah diperoleh di mana-mana sahaja.
“Justeru, bagi mengatasi masalah ini, alternatif hiburan yang lebih bermanfaat wajar dicari bagi ditawarkan kepada anak muda,” katanya ketika berucap merasmikan Fastivel kesenian Islam peringkat Daerah Kota Belud di Dewan Tun Said dekat sini baru baru ini.
Hadir sama di majlis tersebut Penolong Pegawai daerah Kota Belud Hamdan haji Saruddin
Sambil mengalu-alukan penganjuran program tersebut Japlin yang juga Wakil Rakyat berharap masyarakat Islam setempat dapat memberikan sokongan bagi memasyarakatkan fastivel tersebut bagi membangkitkan minat masyarakat Islam terutamanya genarasi muda terhadap kesenian Islam seperti nasyid, kompang, marhaban dan berzanji.
Dalam perkembangan yang sama Japlin juga berharap institusi masjid perlu dipelbagaikan fungsi dan peranannya dengan memberi keutamaan terhadap aspek sejarah, budaya, seni dan warisan Islam sendiri.
Katanya , fungsi masjid tidak seharusnya tertumpu kepada aktiviti harian institusi Islam seperti solat berjemaah namun aktiviti memberikan didikan serta bimbingan kepada golongan muda dalam aktiviti kesenian Islam juga perlu diadakan
Jelas beliau, jika aktiviti ini dapat dilaksanakan sebagai salah satu pengisian program pada setiap masjid dan surau di daerah itu matlamat untuk memasyarakat kesenian Islam kepada umat Islam akan dapat dicapai dimana aktiviti yang sama juga turun menekankan unsur bersatu padu di kalangan umat Islam itu sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan