Ahad, 25 Julai 2010

UMAT ISLAM DIMINTA REBUT PELUANG MEMPERKASAKAN ILMU PENGETUHAN




DIHARGAISakaran sambil diperhatian oleh Abdullah dan Jefrus menerima cendera kenangan
dari Ustaz Norjali Haji Dais selepas merasmikan majlis tersebut


KENINGAU: Umat Islam di negeri ini diminta agar merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam mempertingkatkan ilmu pengetuhan mereka seiring dengan kemudahan dalam sektor pendidikan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata, jika peluang serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini tidak dimanafaatkan sepenuhnya oleh Umat Islam sudah tentu ianya akan membawa kerugian kepada mereka ,masyarakat dan Negara dan ini sekali gus akan mengagalkan mereka untuk bersaing dalam arus kemajuan perdana Negara.

Katanya, kerajaan tidak pernah berkompromi dalam soal memberi pendidikan terbaik kepada rakyat kerana ia merupakan senjata paling berkesan bagi melahirkan masyarakat berilmu.

“ Melalui sistem pendidikan yang dilaksanakan di negara ini, rakyat khususnya golongan muda dapat merencana masa depan dengan lebih baik terutama dalam menentukan kerjaya masing-masing” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap dimajlis perasmian Perhimpunan Dekat Di Hati anjuran (USIA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ) DI Pusat Latihan dakwah Keningau pagi kemarin.

Hadir sama Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin,Pengetua Pusat Latihan Dakwah Keningau Ustaz Norjali Haji Dais,Penolong Pengarah (JAKIM) Ustaz Shamsuri Ghazali Pegawai Daerah Keningau Jefrus Rijan, dan Ketua Belia (USIA) Abdul Hakim Ghulam Hassan.

Menurut Sakaran kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bukan sahaja dari segi kemudahan prasarana dan ,bantuan namun dalam masa yang sama, tenaga pengajar dari para ilmuan Islam juga turut disediakan khusus untuk memperkasakan mutu pendidikan di negeri ini.

“''Pendidikan adalah satu perkara yang amat penting dalam hidup kita dan atas asas itu kerajaan tidak pernah mengabaikan bidang ini kerana kita tahu ia adalah satu-satunya senjata untuk mengubah nasib seseorang," katanya.

Terdahulu berucap di majlis yang sama Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, (USIA) akan terus memainkan peranan serta tanggungjawabnya bukan sahaja dalam memperkasakan gerakan dakwah namun turut memberikan perhatian dalam memperkasakan modal Insan kepada generasi muda.

Katanya, segala program yang telah dan akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut bukan sahaja mendapat kerjasama dari pelbagai jabatan dan Agensi yang berkaitan Islam di negeri ini namun mendapat perhatian serta sokongan dari masyarakat Islam di negeri ini.

“ Ini jelas bukan sahaja dari segi sokongan terhadap program yang kita laksanakan namun lebih ramai masyarakat Islam menyertai pertubuhan ini, dimana setakat ini kita telah menerima permohonan pembukaan baru cawangan iairu dari Kampung Tenaga Baru Kinabatangam, Kunak dan yang terbaru dari Kampung Tagai Keningau” katanya jbw

Tiada ulasan:

Catat Ulasan