Selasa, 10 Ogos 2010

KUNJUNGAN HORMAT GURU GURU SUI DARI DAERAH SEMPORNA




ALBUM KENANGAN....Sakaran (tengah) bersama Abdullah dan Arshad turut merakamkan gambar kenangan bersama rombongan selepas majlis tersebut


KUNJUNGAN HORMAT….Serombongan guru-guru sekolah agama dari daerah Semporna baru-baru ini telah melakukan kunjungan hormat keatas Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai di ibu Pejabat (USIA) Jalan Sembulan Kota Kinabalu. Rombongan seramai 20 orang itu terdiri 14 orang dari Sekolah Agama Rakyat Pekan Semporna dan 6 orang guru guru dari Madrasah Inabah Kamal dimana.

Ketua Rombongan Uztaz Abu Masyukur Nasution ketika ditemui semasa majlis ini berkata tujuan lawatan tersebut bertujuan untuk mendedahkan guru-guru dengan pelbagai program dakwah khususnya yang dilaksanakan oleh (USIA) di negeri ini.

Disamping itu menurut beliau ianya juga memberikan galakan kepada guru guru agama di daerah Semporna agar lebih bersemangat dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka melaksanakan tugas khususnya dalam merealisasikan konsep (PNP) itu pelajaran dan pembelajaran.

Ketika berucap mengalu-alukan rombongan tersebut Sakaran turut mengajak guru guru agama khususnya di daerah Semporna melipatgandakan usaha bagi memperkasakan mutu serta pencapaian akademik pelajar di daerah tersebut ini menurut beliau selaras dengan misi kerajaan bagi melahirkan model insan cemerlang khususnya dalam menjayakan Wawasan 2020 bagi menjadi Malaysia sebagai sebuah Negara maju dan membangun.
Beliau berkata, pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang anak-anak dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.
‘‘Anak-anak perlu dibekalkan dengan pendidikan yang berkualiti dan cemerlang kerana hanya pendidikan yang dapat membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan,” katanya
Hadir sama di majlis tersebut Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Penolongnya Datuk Arhsad Haji Idiris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan