Selasa, 17 Ogos 2010

Tingkat Amal Ibadat dalam bulan Ramadhan-Datuk Nasir Tun Sakaran





TAZKIRAH RAMADHAN...Datuk Nasir (duduk tiga kanan);A.M.Ibnu (dua kanan);Tahir Amir(kanan) bersama sebahagian jemaah mendengar Tazkirah Ramadhan disampaikan Ustaz Abu Masykur Ariffin(kiri) sempena majlis berbuka puasa bersama rakyat di zon Kabogan,Semporna.


SEMPORNA:Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menyarankan umat Islam meningkatkan amal ibadat sempena bulan Ramadhan Al-Mubaraq selain berpuasa dan bersedekah sebagai amal jariah.

Katanya,bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat dan umat Islam seharusnya mengambil peluang itu memperbanyakkan amalan agama,solat tarawih,bertadrus Al-Qur’an dan qiamullail

Datuk Nasir yang juga Naib Yang Dipertua (USIA) ,menjelaskan umat Islam juga hendaklah menghormati bulan mulia ini dan tidak makan minum dikhalayak ramai.


Beliau berkata demikian sempena menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat bagi Zon Kabogan di sini.

Hadirsama sempena majis itu isteri Datuk Nasir,Datin Hajjah Rokiah Haji Badar;Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang,OKK Haji Musa Sabaani;Kapitan Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San;Kapitan Cina Kawasan Bandar,Ong Hang Seng,Pegawai Kemajuan Masyarakat Senallang,Roslan Jalaludin dan kakitangan UPKR dan DUN Senallang.

Selain itu beliau juga mengingatkan ibubapa sentiasa mendidik anak-anak mereka dengan amalan berpuasa disamping memberikan pendidikan agama dan akademik sebagai pemangkin kearah pembinaan generasi yang berilmu dan beragama.

Beliau menambah,para ibubapa yang mempunyai anak-anak sedang belajar di luar Negara khususnya di Mesir supaya tidak merasa risau dan gundah kerana kerajaan negeri Sabah sudahpun memiliki dan menyediakan dua buah asrama baru yang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Aman bagi menempatkan pelajar-pelajar yang menuntut di Iskandariah dan Cairo.

Sehubungan itu Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senallang,mengingatkan rakyat sentiasa bersyukur terhadap nikmat dan rahmat Allah SWT serta berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa prihatin membela nasib rakyat.

Katanya,rakyat di kawasan itu kini telah menikmati pelbagai pembangunan dan prasaran yang diperlukan dalam kehidupan harian berbanding sebelum merdeka dan sebelum kerajaan BN memerintah negeri ini.

Nasir berkata,berhubung bekalan air bersih yang sudah lama dinikmati di kawasan itu sedang dalam perancangan untuk dipertingkatkan.

Katanya,kerajaan juga sedang merancang membina sekolah menengah Kabogan dan tiga puluh buah rumah PPR bagi kawasan DUN Senallang.

Selain itu Nasir juga meminta semua rakyat terus bersatu padu dan mengukuhkan perpaduan sebagai pemangkin kearah keamanan,kesejateraan dan aman makmur berlandaskan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.Oleh:Arshad Hussin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan