Isnin, 16 Ogos 2010

BELIA PERLU BERPRINSIP MAINKAN PERANAN MEMACU UMMAH DAN NEGARA






DILEPASKAN....Peserta Konvoi di lepaskan dari perkarangan bangunan Ibu Pejabat (USIA) menuju ke Tuaran


TUARAN: Golongan belia di negeri ini disaran agar memiliki prinsip bagi memainkan peranan dalam memacu kejayaan ummah dan negara

Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Abdul Hakim Ghulam Hassan berkata, dalam konteks pembangunan dan kejayaan negara, kaum belia perlu memiliki obligasi untuk memastikan keadilan sosial, pembangunan sosial yang beretika, meninggalkan budaya popular yang menyahkan jatidiri ummah sebaliknya memperjuangkan kemajuan berlandaskan saranan islam.

Menurut beliau hari ini kaum belia yang lahir pada era kemerdekaa dan kemajuan Negara mengalami krisis jatidiri dan visi hidup dimana gejala kemelesetan visi hidup ini menyebabkan lunturnya perjuangan sejati kaum belia dalam mempertahankan yang hak, menolak yang mungkar disebabkan kegagalan mereka mengawal diri berhadapan dengan pelbagai eleman negetif sehingga menjejaskan masa depan mereka sebagai pemimpin pelapis yang meneruskan agenda membangunkan bangsa dan Negara

“ Kerana itu generasi muda hari ini bukan sahaja perlu menghargai makna kemerdekaan namun perlu mempertahankannya kerana mereka (belia) bakal menguruskan masa depan Negara “ katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Kembara Merdeka Rahmadan anjuran Belia (USIA) Pusat di Majid An Nur Tuaran dekat sini baru baru ini.

Hadir sama Naib yang Dipertua (USIA) yang juga Ketua (USIA) Tuaran Haji Amin Ibrahim,Ahli Majlis Tertinggi (USIA) Madalie Haji Basri,Edul Haji Maulud dan Ketua Belia (USIA) Tuaran Jaladin Haji Bidin

Menurut Abdul Hakim lagi generasi muda juga perlu bertanggungjawab memelihara dan menjamin kemerdekaan yang berkekalan di samping perlu memperkukuhkan tekad dan azam bagi menghadapi segala rintangan dan cabaran dengan berani dan gigih.

''Kita perlu isi kemerdekaan dengan rancangan yang bermutu dan dengan keupayaan yang lebih besar daripada apa yang kita ada dari dulu” katanya

Mengulas program tersebut Abdul Hakim berkata, sambutan bulan Kemerdekaan tahun ini serentak dengan kedatangan bulan Rahmadan Al Mubarak dimana kelebihan dan pengajaran dalam ibadah puasa seperti sabar, tabah, bertakwal dan menginsafi diri perlu dijadikan landasan bagi kaum belia berjuang bagi menghadapi segala bentuk cabaran .

Katanya kaum belia harus berperanan sebagai agen yang mampu untuk membimbing masyarakat ke arah kebaikan dan kesejahteraan. Sememangnya mereka amat perlukan bimbingan dari golongan yang lebih dewasa, tetapi pada masa yang sama mereka juga perlu membimbing diri mereka sendiri.

“ Kaum Belia perlu mempunyai inspirasi dalaman diri mereka bahawa mereka adalah sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab ke atas diri, rakan, keluarga dan bangsa, serta agama dan negara sendiri” tambah Abdul Hakim

Menurut beliau Belia boleh menjadi pemimpin kepada rakan-rakan mereka sebagai pembimbing agar tidak terus dibelenggu oleh masalah masalah sosial seperti ketagihan dadah, perjudian, arak, gangsterism, perlakuan sumbang dan pelbagai lagi.

Sehubungan dengan itu kehadiran Bulan Kemerdekaan dan Bulan Rahmadan ini beliau berharap kaum belia perlu menanamkan iltizam dan semangat nilai bagi mereka berjuang membangunkan diri mereka ,menyedarkan diri betapa pentingnya ilmu dan pengetahuan, dan memiliki sikap berdikari yang menjadikan mereka unik dan berdaya saing di peringkat tempatan dan global

Tiada ulasan:

Catat Ulasan