Selasa, 17 Ogos 2010

Jangan Kufur Nikmat-Datuk Nasir Tun Sakaran





ZAKAT...Datuk nasir (tiga kanan) diringi A.M.Ibnu (lima kiri);Ahmad Mokthar(empat kiri);Juak Borneo(kanan) dan Abdul Lapdati (dua kanan) menyampaikan zakat kepada penerima dari asnaf Fakir,Miskin dan Mualaf kampung Bangau-Bangau sempena majlis berbuka puasa zon Bandar di Semporna.

SEMPORNA: Rakyat tidak seharusnya kufur nikmat dan tidak berterusan menafikan pembangunan yang telah disumbangkan kerajaan kepada seluruh rakyat yang memerlukan pembelaan di negeri ini.

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan kerajaan sentiasa prihatin dan memeduli keperluan rakyat secara berperingkat serta keutamaan.

Nasir berkata,sempena bulan Ramadhan Al-Mubaraq,umat Islam seharusnyalebih mengutamakan peningkatan amal ibadah sambil bermuhasabah diri sambil sama-sama mendidik anak-anak melakukan ibadah seperti solat Tarawih dan bertadrus Al-Qur'an di surau dan masjid.


Nasir berkata demikian sempena berbuka puasa Ramadhan bersama masyarakat Islam kampung Bangau-Bangau dan majlis penyampaian zakat kepada asnaf fakir,miskin dan mualaf daripada JHEAINS.


Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa sabaani;Pemimpin UPKR Senallang,Haji Tahir Amir,Panglima Juak Borneo serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.


Sempena majlis itu juga Datuk Nasir menyampaikan zakat daripada JHEAINS kepada 19 orang penerima yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin.

Sehubungan itu Datuk Nasir yang juga Naib Yang Dipertua (USIA) ,menyarankan ahli-ahli jawatankuasa surau/masjid seluruh negeri sentiasa mengimarahkan surau dan masjid terutama dalam bulan Ramadhan Al-Mubaraq ini dengan amalan bertadrus Al-Qur'an secara beramai-ramai selain meningkatkan amal jariah dan sedekah.


Datuk Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,meminta penduduk di kawasan Bangau-Bangau sentiasa bersatu padu dan mengelakkan diri dan anak-anak mereka daripada gejala sosial negatif dan terus memberikan galakan dan semangat belajar kepada anak-anak mereka.


“Kita bersyukur kerana anak-anak dari kampung ini sudah ramai berpendidikan tinggi hingga ke IPTA selain berpendidikan agama jadi,penting kepada kita terus memberi galakan sumangat kepada anak-anak menimba ilmu agama mahupun pelajaran akademik”,kata Nasir.



Nasir berkata,penduduk juga hendaklah sentiasa memberikan kerjasama yang erat kepada pihak keselamatan dengan memberikan maklumat yang diperlukan oleh pihak berkenaan.Oleh:Arshad Hussin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan