Ahad, 18 Julai 2010

MEMPERKASA GOLONGAN BELIA TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK




RESMI….Abdul Hakim menarik tirai sebagai simbol perasmian program tersebut


SANDAKAN: Usaha untuk membangunkan kaum belia bukanlah satu usaha yang mudah ianya memerlukan komitmen semua pihak tanpa bersandar sepenuhnya kepada kerajaan.

Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Abdul Hakim Haji Gulam Hassan berkata, bilangan belia yang dianggarkan 11.9 juta daripada keseluruhan penduduk di Negara ini merupakan populasi yang besar yang perlu dibentuk dimana golongan ini merupakan pemimpin pelapis yang akan meneruskan agenda pembangunan Negara bangsa

“ Golongan ini merupakan asset modal insane Negara yang amat bernilai dimana tingkah laku serta corak pemikiran mereka hari ini akan menentukan hala tuju Negara pada masa akan datang” katanya ketika berucap merasmikan program Kembara Cinta Rasul 2010 anjuran bersam Belia (USIA) bahagian Sandakan dan Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Nurul Ehsan Sandakan dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Imam Daerah Sandakan Ustaz Rafaeah Zulqarnain Md Enarji, dan Pengarah Program Sariwadi Ahmat.

Sehubungan dengan itu Abdul Hakim meminta semua pihak khususnya persatuan persatuan belia termasuk badan NGO perlu memainkan peranan proaktif dalam melaksanakan pelbagai program yang dapat memberikan manafaat bagi membina peribadi serta akhlak mulia di kalangan golongan belia di negeri ini.

Sambil memuji usaha yang dilakukan oleh Belia (USIA) Bahagian Sandakan dengan pihak Sekolah Agama Nurul Ehsan menganjurkan program tersebut Abdul Gulam berkata, ianya merupakan pendekatan terbaik bagi menerapkan nilai-nilai murni bagi memastikan warga belia khususnya pelajar mencinta dan mencontoh perwatakan Nabi Muhammad sebagai ikon ummah sepanjang zaman.

“Rasulullah, dalam keadaan dan kedudukan seperti apapun, menjadi contoh tertinggi dan suri teladan yang terbaik bagi manusia. Dari sekalian perwatakan Rasulullah SAWR, yang paling menonjol adalah dari segi akhlak Baginda yang tiada tandingan” katanya
Dalam perkembangan yang sama Abdul Hakim juga mengajak kaum belia agar mempesiapkan diri mereka dengan ilmu pengetuhan dan kemahiran tanpa meminggirkan ilmu agama sebagai prasyarat untuk mereka mampu bersaing dalam cabaran global.
“ Tanpa pendidikan dan kemantapan aqidah kaum belia akan ketinggalan dan tersasar kepada pelbagai eleman negatif yang boleh merosakkan masa depan mereka, justeru kepentingan pendidikan akademik dan pendidikan agama perlu seimbang bagi membolehkan mereka bukan sahaja Berjaya di dunia malah di akhirat kelak” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan