Isnin, 19 Julai 2010

KUNJUNGAN HORMAT BELIA USIA PUSAT KEATAS PENGERUSI SEDCO




KUNJUNGAN HORMAT...Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang diketuai oleh Ketuanya Abdul Hakim Ghulam Hassan pagi kemarin telah melakukan kunjungan hormat kepada Pengerusi SEDCO Datuk Haji Mohd.Ariffin Arrif di Wisma SEDCO Kota Kinabalu. Kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh Belia USIA Sepanjang tahun ini. Ianya juga merupakan kunjungan bagi mengeratkan hubungan silatulrahim bagi menjalin kerjasama yang boleh dilaksanakan antara Belia USIA dan juga SEDCO khususnya dalam mengerakkan program dakwah khususnya kepada golongan belia di negeri ini. Sementara itu Mohd.Ariffin semasa menerima kunjungan ini turut memberikan pandangan dan cadangan kepada Belia (USIA) dalam melaksanakan beberapa programnya agar melibatkan penyertaan golongan belia yang kini masih menuntut di beberapa institusi pengajian tinggi di negeri ini yang perlu didekati oleh Belia (USIA) dalam program program dakwah dan kemayarakatannya. Menurut Ariffin golongan pelajar di institusi pengajian tinggi ini merupakan ased yang perlu didekati khususnya dalam melaksanakan pembangunan model insan yang bukan sahaja cemerlang mindanya dari segi akademik namun cemerlang dari segi akhlak dan moral bagi melahirkan model insan yang berkualiti bagi meneruskan agenda pembangunan bangsa,agama dan negara.

Abdul Hakim pula berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Ariffin semasa perjumpaan tersebut akan diberikan perhatian dan sememanngya telahpun dimasukan dalam aktiviti kelender program Belia (USIA) untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

Turut serta dalam kunjungan ini Setiausaha Belia (USIA) Jamadin Mohd. Soon dan ahli jawatankuasa Belia (USIA) Pusat Ag.Juri Ag.Tahir dan Azman Asima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan