Rabu, 7 Julai 2010

USIA KOTA BELUD LAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PEGAWAI DAERAH KOTA BELUD YANG BARU




ALBUM KENANGAN…Kelihatan Abd.Gari bersama Lamsil dan ahli jawatankuasa (USIA) bahagian Kota Belud merakamkan gambar kenangan selepas kunjungan tersebut



KUNJUNGAN HORMAT: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Kota Belud yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya Lamsil Hamidsor baru baru ini telah melakukan kunjungan hormat kepada Pegawai daerah Kota Belud yang baru Abd.Gari Haji Itam di pejabat Daerah Kota Belud. Kunjungan tersebut selain bertujuan menjalin hubungan muhibah dan perkenalan antara jawatankuasa (USIA) bahagian Kota Belud dengan Abd.Gari yang baru sahaja di tugaskan ke daerah tersebut ,Lamsil berkata kunjungan tersebut juga turut memaklumkan kepada Pegawai Daerah selaku Pengerusi Badan dakwah daerah mengenai program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh (USIA) Bahagian tersebut dalam melaksanakan pelbagai program dakwahnya khususnya di daerah Kota Belud..Sementara itu Abd.Gari dalam ucapannya bagi mengalu-alukan kedatangan rombongan tersebut berharap (USIA) khususnya di bahagian Kota Belud akan bergerak aktif dalam memperkasakan program dakwahnya dimana menurut beliau Jawatankuasa Badan Dakwah Daerah akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya terhadap program yang dianjurkan oleh (USIA) dari masa ke semasa. Turut serta dalam rombongan tersebut termasuklah Timbalan Ketua Bahagian (USIA) Kota Belud Marali Haji Adim, Setiausaha (USIA) Bahagian Samali Jaip.Naib Ketua bahagian Abtin Atoh, Ketua Penerangan Haji Madri Akong, Ketua belia Yunus Haji Abd.Karim dan Ketua Wanita Adziah Mesah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan