Isnin, 19 Julai 2010

UMAT ISLAM PERLU BINA KEKUATAN SENDIRI-SAKARAN





KOTA KINABALU: Umat Islam perlu mengurangkan pergantungan kepada bukan Islam dengan membina kekuatan sendiri bagi memartabatkan lagi ummah.

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata justeru itu umat Islam haruslah berusaha menguasai pelbagai bidang ilmu pengetuhan termasuk sains dan teknologi.

Selain itu, katanya umat islam juga perlu bersatu dan bekerjasama membina kekuatan ekpnomi bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

“ Umat Islam akan disegani dan dihormati oleh bangsa-bangsa lain sekiranya aspek-aspeak ini ditekankan.

“ Jadi harapan tinggi ini kita sandarkan kepada genarasi muda Islam yang masih menunntut kerana mereka masih menimba ilmu untuk berbakti kepada agama,bangsa dan tanah air” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian seminar Belia di ibu pejabat (USIA) jalan Sembulan baru baru ini. Seminar tersebut dianjurkan oleh Belia (USIA) Pusat dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Turut hadir Pengarah (JAKIM) Sabah And.Aziz Mohamad, Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Ketua Belia (USIA) Abdul Hakim Gulam Hassan.

Seminar tersebut dianjurkan bertujuan melakukan tranformasi minda belia Islam kearah yang lebih cemerlang selain memupuk kerjasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dengan JAKIM.

Seramai 200 orang peserta belia Islam hadir dalam lima sesi ceramah dan forum yang dikendalikan pakar akademik dan pendakwah tempatan itu.

Menurut Sakaran sebagai bakal pemimpin masa hadapan generasi muda hari ini perlu diberi pendedadahan secukupmya dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“ Ia juga penting supaya mereka bersedia menerima tanggungjawab besar bagi memastikan kegemilangan dan kemuliaan agama Islam terus terpelihara”

“ Berdasarkan hakikat itulah (USIA) akan terus menyokong usaha kea rah melahirkan umat Islam yang berkebolehan serta berdaya saing selain sentiasa berusaha mengemas kini gerakan-gerakan dakwah” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan