Khamis, 3 Jun 2010

Tidak Salah Usia Libatkan Diri Dalam Aktiviti Ekonomi







Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman bersama Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai dan Naib Yang Dipertua (USIA) yang juga ADUN Lahad Datu Datu Datuk Nasrun Datu Mansur di pentas utama semasa majlis perasmian tersebut

LAHAD DATU:Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pertubuhan dakwah seperti Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) tidak salah untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi.

Beliau berkata dengan melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini, ia akan membantu pertubuhan berkenaan mengumpul modal dan kewangan untuk membiayai aktiviti dakwah tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.

"Jadi saya percaya (penglibatan USIA dalam aktiviti ekonomi) tidak menjejaskan aktiviti dakwah USIA malah boleh membantu usaha-usaha mengembangkan dakwah USIA di seluruh Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Plaza USIA setinggi lima tingkat di kawasan strategik bandar Lahad Datu.

Kos pembinaannya ialah kira-kira RM6 juta dan siap dibina pada tahun 2007.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua USIA, Tun Sakaran Dandai.

Musa berkata perolehan daripada aktiviti ekonomi USIA itu juga akan membolehkannya menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan seterusnya membantu meringankan beban kerajaan.

Mengulas kerja-kerja dakwah USIA yang turut dilakukan agensi lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), katanya itu perkembangan positif kerana mereka boleh membantu antara satu sama lain.

Katanya tidak timbul soal pertindihan peranan selagi wujud penyelarasan yang baik di kalangan organisasi dakwah malah akan wujud suasana saling melengkapi antara organisasi dakwah berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa meminta USIA supaya terus meningkatkan usaha dakwah, kerja-kerja kebajikan dan aktiviti ekonominya khususnya bagi umat Islam yang tinggal di kawasan luar bandar.

Beliau berkata perkara itu penting bagi membantu kerajaan memupuk nilai-nilai murni dan keharmonian di kalangan rakyat pelbagai kaum seterusnya menonjolkan kemuliaan nilai serta ajaran Islam kepada masyarakat lain.

Musa juga meminta umat Islam supaya terus mengeratkan perpaduan dan berusaha dengan gigih untuk maju serta mengambil ikhtibar daripada kesulitan yang dialami banyak negara Islam akibat kesan daripada perpecahan.

Ketua Menteri Resmikan Plaza USIA Lahad Datu


AHLI JAWATANKUASA PERASMIAN…Ahli Jawatankuasa Perasmian yang dipengerusi oleh Nasrun bersama Abdullah merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat tersebut



KOTA KINABALU: Bangunan Plaza Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Lahad Datu yang perletakan batu asas pembinaanya diadakan pada 29 Januari 2004 oleh Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai akan diresmikan pada 03 Jun ini.

Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, majlis perasminan Plaza (USIA) Lahad Datu ini dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman yang akan turut dihadiri oleh Sakaran,Ketua (USIA) Bahagian yang juga Wakil Rakyat Lahad Datu Datu Datuk Nasrun Datu Mansur serta barisan kepimpinan ahli majlis tertinggi (USIA)

Menurut Abdullah Plaza (USIA) setinggi lima tingkat dan dibina di atas tapak seluas 0.157 ekar dibina dengan kos sebanyak RM6 juta dan ianya dilaksanakan melalui usahasama antara pertubuhan tersebut bersam Syarikat Tomasen Sdn Bhd yang menjadi pemajunya.

“ Kedudukan Plaza ini amat stretegik terletak di tengah tengah Bandar Lahad Datu dan ianya merupakan satu lagi mercu tanda kejayaan pertubuhan ini dimana bangunnya berkonsepkan Wawasan Islam Hadhari yang turut memuatkan banguna pejabat dan ruang komersil” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pelaksana perasmian di pejabat (USIA) Lahad Datu yang terletak di Plaza ini baru baru ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Nasrun yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah dan turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa (USIA) Bahagian Lahad Datu

Menurut Abdullah Plaza ini selain memilik kemudahan Lif ia juga mempunyai kemudahan eskalator serta mempunyai beberapa lot untuk disewa untuk tujuan komersial dan pejabat.

“ Saya berharap ahli-ahli (USIA) khususnya di bahagian Lahad Datu dan sekitarnya, pemimpin masyarakat akan dapat hadir bersama-sama memariahkan majlis perasmiannya yang akan bermula jam 1.00 petang pada 03 Jun 2010 ini” jelas Abdullah

USIA SAMPAIKAN SUMBANGAN KERUSI RODA KEPADA PERKIPS SABAH


SERAH...Kelihatan Abdullah ketika menyampaikan sumbangan tersebut kepada Pengerusi PERKIMP Dr. Adlin dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat (USIA)



SUMBANGAN KERUSI RODA.....Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pagi kemarin bertempat di Ibu pejabat (USIA) jalan Sembulan telah menyampaikan sumbangan dua set kerusi roda kepada PERKIP ,Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin kepada Pengerusi PERKIP Dr. Adlin Zafrukan Haji Zakaria . Abdullah bekata kerusi tersebut adalah sumbangan dari Umno Bahagian Putatan yang disampaikan kepada pertubuhan tersebut sebelum ini semasa penganjuran program Juara Rakyat dan pertubuhan tersebut memikirkan sumbangan sesuai untuk diserahkan keada PERKIP bagi kegunaan para pesakit yang memerlukannya di Hospital Queen Elizebath Kota Kinabalu. Turut hadir di majlis penyampaian sumbangan tersebut termasuklah Timbalan Pengerusi PERKIP Haji Limon Mohd. Rapin serta pegawai pegawai kanan Ibu Pejabat (USIA)

USIA BAHAGIAN DIMINTA PERGIATKAN KEMPEN KEAHLIAN



ALBUM KENANGAN...Abdullah bersama Penolong Haji Arshad turut merakamkan gambar kenangan bersama peserta bengkel selepas menutup bengkel tersebut
TENOM: Semua bahagian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di negeri ini diminta agar lebih aktif mengadakan kempen keahlian agar lebih ramai lagi masyarakat Islam akan menyertai pertubuhan tersebut.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, setiap bahagian perlu berusaha untuk mengaktifkan kempen penambahan keahlian dari masa ke semasa dan berusaha menyampaikan maklumat berhubung dengan program yang telah dan akan dilaksanakan oleh (USIA) khususnya dalam program-program dakwah dan sebagainya.

" Jika ada kempen dan aktiviti berterusan di semua bahagian dan cawangan saya yakin masyarakat Islam di negeri ini akan mendapat gambaran berhubung dengan program yang kita jalankan dan ini sekali gus akan mendorong minat mereka menyertai pertubuhan ini" katanya semasa berucap merasmikan Bengkel Keahlian cawangan dan Bahagian anjuran (USIA) bahagian Tenom di Dewan Serba Guna Masjid daerah Tenom dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Arshad Edris dan Ketua (USIA) bahagian Tenom Paduman Abdul Majid.

Selain dari itu Abdullah juga meminta agar semua bahagian (USIA) di negeri ini mengambil langkah untuk mengemaskinikan rekod keahlian di peringkat cawangan dan bahagian-bahagian masing bagi tujuan untuk dimasukkan dalam data keahlian di peringkat ibu pejabat.

" Setakat ini kita telah berjaya merekodkan lebih dari 20,000.00 ahli dalam sistem pengkalan data kita dan rekod ini akan meningkat dari masa ke sama dan saya berharap usaha yang lebih komited di setiap bahagian diperlukan bagi mempestikan semua keahlian dari 25 bahagian dapat diperkemaskinikan sebelum penghujung tahun ini" tambah Abdullah

Dalam perkembangan berkaitan Abdullah juga tidak menolak kemungkinan akan mengwujudkan pangkalan data keahlian di semua bahagian dan untuk itu katanya pihak ibu pejabat (USIA) akan melatih para pegawainya di semua bahagian untuk memasukkan data sistem keahlian di peringkat bahagian

USIA TERIMA SUMBANGAN KERUSI RODA



SERAH SUMBANGAN…Kelihatan Abdullah yang mewakili (USIA) yang turut disaksikan oleh Marcus,Ir,Edward dan Pengerusi Penganjur Asan Nasip) menerima 2 buah kerusi roda yang disampaikan oleh Yahya sempana program tersebut.

USIA TERIMA SUMBANGAN…. Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) antara badan NGO yang menerima sumbangan 2 buah kerusi roda sempana dengan Program Juara Rakyat Umno Bahagian Penampang yang diadakan petang kemarin di kawasan Plaza Tanjung Aru. Program Juara Rakyat kali ini merupakan anjuran bersama antara badan NGO dan juga Swasta. Majlis Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Penampang kepada Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.

Abdullah ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut berkata, sumbangan dua buah Kerusi Roda tersebut akan diserahkan kepada golongan yang memerlukannya. Abdullah menambah program Juara Rakyat anjuran bersama badan NGO dan juga Swasta amat signifikan dalam usaha mengeratkan persefahaman serta kerjasama antara kerajaan , badan badan NGO dan pihak swasta di negeri ini.

Pada program kali ini (USIA) juga turut mengadakan pemeran bagi membolehkan orang ramai khususnya masyarakat Islam setempat mengenali lebih dekat organisasi dan juga program yang telah dan akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut. Antara pemimpin yang sempat melawat gerai (USIA) selain Yahya ianya juga turut dilawai oleh Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr. Marcus Mojigoh dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ir. Edward Yong Oi Fah

Rabu, 5 Mei 2010

USIA alu-alukan kerjasama NGO Islam




SAKSIKAN…Kelihatan Sakaran dan Aziz (tengah) bersama ahli majlis tertinggi (USIA) dan pegawai pegawai kanan (YADIM) turut menyaksikan majlis pengislaman yang dibimbing ole Ustaz Abdu Hurairah di majlis tersebut

KOTA KINABALU 3 Mei - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada badan-badan Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi memperkasakan gerakan dakwah di negeri ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Abdullah Hussin berkata, kerjasama itu juga membolehkan program-program dakwah yang diadakan secara berasingan sebelum ini dikongsi bersama untuk memberikan manfaat kepada umat Islam di negeri ini.
"Kita memang sentiasa mengalu-alukan kerjasama ini kerana kita sedar USIA tidak mampu untuk melakukannya bersendirian. Lagi ramai terlibat maka lagi kuat dan mantap pergerakan dakwah kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengislaman 17 saudara baru anjuran bersama USIA dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di sini semalam.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua USIA, Tun Sakaraan Dandai; Yang Dipertua Yadim, Datuk Aziz Jamaluddin Mohd.Tahir; Ketua Pegawai Ekseutif Yadim, Dr. Ahmad Fazli Ahmad Tajudin dan Pengarah Yadim Sabah, Datu Laliman Datu Hussin.
Majlis pengislaman dibimbing oleh Pengarah Dakwah USIA, Ustaz Abdul Hurairah Abdurahman.
Menurut Abdullah, kerjasama USIA dan Yadim merupakan satu contoh dakwah diperkasakan menerusi perkongsian bijak.
''USIA berharap kerjasama ini akan diterus dan ditingkatkan lagi demi menegakkan syiar Islam," ujarnya.
Mengenai saudara baru, Abdullah menjelaskan USIA akan terus memberikan bimbingan menerusi penganjuran kelas dan kursus-kursus kepada kumpulan itu.
Beliau berharap, saudara-saudara baru berkenaan tidak berasa malu dan terasing untuk mendalami ajaran Islam yang indah itu.
''Kita akan memperkemaskan langkah susulan terhadap saudara baru bagi memastikan pengetahuan mereka terhadap ajaran Islam dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa," katanya

TUN SAKARAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT YDP YADIM




BERTUKAR CENDERAMATA...Kelihatan Sakaran sambil diperhatiankan oleh Aidi,Matussin dan Abdullah menerima cendera kenangan dari Aziz Jamaluddin selepas kunjungan tersebut


TERIMA KUNJUNGAN HORMAT...Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai baru-baru ini menerima kunjungan hormat dari Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) yang baru ) Dato Aziz Jamaluddin Mohd.Tahir yang diiringi oleh Ketua Pegawai Ekseutif (YADIM ) Dr. Ahmad Fazli Ahmad Tajudin dan Pengarah (YADIM) Sabah Dato Laliman Dato Hussin di ibu pejabat (USIA) jalan Sembulan. Turut menyembut ketibaan rombongan ini termasuklah Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Haji Aidi Mokthar,Datuk Haji Matussin Awang Damit dan Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.

Perjumpaan tersebut bukan sahaja pertemuan perkenalan namun turut membincangkan soal kerjasama antara kedua-dua pertubuhan tersebut terutamanya dalam soal kerjasama melaksanakan program-program dakwah di negeri ini dimana ianya akan memberikan impak yang lebih berkesan bagi mengembangkan syiar islam yang manafaatnya akan dapat dikongsi bersama oleh umat Islam di negeri ini.