Isnin, 19 April 2010

Umat Islam Perlu Bersatu Pertahankan Kepentingan






IKATAN UKWAH...Sakaran diringi oleh Abdullah dan Ketua (USIA) bahagian Ranau Wasimin Haji Rashim bersalaman dengan ahli-ahli (USIA) bahagian Ranau Sejurus tiba di majlis tersebut


RANAU : Umat Islam perlu bersatu merangka tindakan untuk mempertahankan kepentingan umat Islam seluruhnya berbanding dengan kepentingan masing-masing.

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata sehingga kini, umat Islam masih belum dapat menyatukan fikrah, hadaf dan amal demi untuk mengekalkan kemurnian Islam.

"Kita kini lebih suka berpecah dan dipecahkan kepada kelompok dan ideologi masing-masing.

"Amat mendukacitakan apabila kepentingan peribadi mendahului agenda perjuangan, sehingga menjadi pergeseran emosional yang mencairkan kemantapan ukhuwah dan memecah kekuatan ummah," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian dan Pelancaran dan mesyuarat agung (USIA) bahagian Ranau di dewan Masyarakat Ranau baru baru ini

Hadir sama Menteri Pelancongan Kebudayaandan Alam Sekitar Datuk masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Ewon Ebin,Ahli Parlimen Ranau Datuk YB Datuk Siringan Gubat ,Timbalan yang Dipertua (USIA) Tan Sri Ampong Puyun dan Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin

Menurut Sakaran masih wujud perbezaan pendapat sehingga kita tidak dapat bersepakat dalam isu yang patut kita bersatu. Fenomena begini amat merugikan umat Islam, kerana kita akan menjadi lemah dan mudah dipermainkan oleh pihak lain.

"Marilah kita memantap ukhuwah dan bersepakat apabila bertindak dalam isu yang melibatkan kepentingan Islam," katanya.

Sakaran berkata perpaduan yang kukuh perlu dibentuk bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga dalam kalangan bukan Islam.

Katanya segala unsur yang boleh membawa kepada perpecahan perlu dielakkan dan sifat tolak ansur perlu dititikberatkan agar menjamin sebuah negara yang aman dan maju.

Sehubungan dengan itu Sakaran mengajak pemimpin dan ahli pertubuhan tersebut agar menjadi kan (USIA) sebagai landasan untuk menjalin semangat perpaduan dan mengerakkan seluruh tenaga dan pemikiran bagi melaksanakan program dakwah khusus untuk menegakkan syiar Islam di negeri ini.

“ Marilah kita bermuhasabah diri dengan menjadikan pertubuhan ini sebagai landasan penyatuan umat Islam dan bersediakan melaksanakan tanggungjawab untuk menjadikan dakwah sebagai asas perjuangan yang perlu kita utamakan” katanya :Oleh Jbw

Dalam pada itu Sakaran berharap dengan tersusunnya semula (USIA) bahagian Ranau lebih banyak program program dakwah serta program-program ,pendidikan keilmuan serta lain-lain program yang bukan sahaja memberikan manafaat kepada ahli-ahli pertubuhan tersebut namun ianya dapat dikongsi oleh masyarakat Islam khususnya di daerah itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan