Selasa, 13 April 2010

ERATKAN PERPADUAN KAUM DATUK NASIR



KUKUHKAN PERPADUAN...Datuk Nasir (tengah) diperhatikan Datuk Abdullah (kanan);Salahuddin Tahir (dua kiri);Ranchongan Amin (kiri) dan Jumain (tiga kanan) bersalaman mesra dengan salah seorang ahli USIA sempena majlis itu di Tambunan.

TAMBUNAN:Naib Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah(USIA),Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menyarankan ahli-ahli USIA di semua bahagian sentiasa mengukuhkan semangat perpaduan sesama agama dan bukan seagama disamping terus memberikan kerjasama kepada semua program dan aktiviti yang dikendalikan agensi-agensi kerajaan.

Katanya,semangat perpaduan dikalangan rakyat negeri ini perlu terus dipupuk kerana ianya salah satu cara mengekal dan mempertahankan keharmonian serta keamanan yang dinikmati selama ini.

Beliau menambah,keamanan dan kemakmuran yang dikecapi segenap lapisan rakyat di Negara ini tidak seharusnya diabaikan malah ianya harus dihargai serta disyukuri sambil terus mengukuhkan perpaduan sesama kaum.

Nasir menegaskan, keadaan aman,makmur dan selamat yang dinikmati rakyat negara ini telah memungkinkan kehidupan pelbagai etnik hidup dalam keadaan sejahtera serta bebas mengamalkan anutan agama masing-masing dan saling bertoleransi kaum.

Sehubungan itu beliau mengingatkan semua kaum terus mengamalkan perpaduan dan mengamalkan semangat gagasan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak.

Selain itu rakyat juga harus sentiasa berwaspadah dengan anasir-anasir yang cuba mengambil kesempatan memesongkan kepercayaan kepada kerajaan yang diterajui kepimpinan hari ini yang telah banyak menabur jasa membela nasib rakyat serta membangunkan Negara ini.

Beliau berkata demikian sempena mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli USIA Bahagian Tambunan yang dihadirisama Setiausaha Agung USIA,Datuk Haji Abdullah Hussin;Setiausaha Rendah 1 JKM,Haji Said Hinayat;Penolong Pegawai Daerah Tambunan,Salahuddin Tahir;Penolong Pegawai Daerah Nabawan,Ranchongan Amin;Ketua USIA Bahagian Tambunan,Jumain Abd Ghani,Setiausaha Sulit MJKM serta ahli-ahli dan ahli-ahli Wanita USIA Tambunan.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah sebelum itu telah melakukan lawatan ke Daerah Kecil Pagalongan,Pensiangan sempena Program Ziarah Kareah anjuran JHEAINS serta merasmikan majlis Kursus Pengukuhan Penguatkuasaan Kesalahan Jenayah Syariah Untuk Pegawai-Pegawai Masjid di Keningau.Oleh:ARSHAD HUSSIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan