Khamis, 1 April 2010

LAWATAN AMAL WANITA USIA KE WAD PALIATIF HOSPITAL QUEEN ELIZABETH KOTA KINABALU






BERTANYAKAN KHBAR...Kelihatan Rokiah bersama rombongan sempat bertanyakan khabar sambil menghulurkan sumbangan hamper kepada salah seorang pesakit yang
dirawat semasa lawatan tersebu
t

LAWATAN AMAL....Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pagi kemarin telah melakukan lawatan awal Ke Wad Paliatif Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Lawatan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Wanita (USIA) Pusat Datin Hajah Rokiah Haji Badar itu turut disertai oleh Ahli jawatankuasa Wanita (USIA) pusat .Semasa lawatan rombongan turut mengagih-agihkan sumbangan berupa hamper dan keperluan makanan kepada para pesakit yang sedang dirawat di wad tersebut. Rokiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabajikan Wanita (USIA) Pusat ketika ditemui selepas majlis ini berkata, program tersebut merupakan salah satu program kebajikan dan khidmat masyarakat yang akan terus dilaksanakan oleh Wanita (USIA) Pusat. Katanya melalui lawatan seumpama itu bukan sahaja Wanita (USIA) menunjukan rasa keprihatinan kepada mereka yang dilawati sekali gus ianya dapat mengerakkan hubungan silatulrahim antara pertubuhan tersebut dengan masyarakat luar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan