Sabtu, 3 April 2010

UMAT ISLAM PERLU BERILMU PENGETUHAN DAN INOVASI






DIHARGAI….Sakaran diiringi oleh Jainab, Abdullah dan Arshad ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pembimbing kursus tersebut

KOTA KINABALU :Ilmu pengetahuan dan inovasi merupakan kunci kejayaan bagi umat Islam untuk mendapatkan kembali status sebagai pihak yang memiliki peradaban yang tinggi.

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata tanpa pengetahuan dan inovasi di kalangan umat Islam akan menjejaskan masa depan yang membawa umat Islam kehilangan kedaulatan dan pengaruhnya.

“ Kita perlu meletakkan kemampuan penguasaan dalam bidang ilmu pengetahuan dan inovasi bagi membolehkan umat Islam mampu bersaing diperingkat global termasuklah menguasai bidang ekonomi” katanya ketika berucap meramsikan penutupan Kursus Pengurusan Jenazah bagi kawasan dewan Undangan negeri Karambunai di Masjid An Nur kampong Rampayan Menggatal dekat sini petang kemarin.

Hadir sama Wakil rakyat kawasan Karambunai datuk jainab datuk Seri Panglima Haji Ahmad .Ketua (USIA) Bahagian Kota Kinabalu Datuk Haji Arshad Edris,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Pengerusi Penganjur Masri Haji Mansor.

Menurut Sakaran peningkatan penguasaan dalam pendidikan merupakan langkah yang sangat penting dan dengan kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan ketika ini, umat Islam perlu memanafaatkan sepenuhnya kemudahan tersebut
Katanya, umat Islam perlu bersatu menghadapi tantangan global antaranya soal kemiskinan, ketidakseimbangan ekonomi dan tidak kurang pentingnya soal kemantapan ukhwah yang menjadi bentang kekuatan bagi umat Islam untuk bergerak maju ke hadapan.

Mengulas program tersebut Sakaran berkata ianya merupakan satu program yang perlu dimanafaatkan oleh masyarakat Islam setempat bagi melatih serta memberikan kefahaman yang jelas tentang kefahaman cara menguruskan jenazah khususnya kepada golongan muda.
Katanya,dalam era globalisasi semasa yang banyak dipengaruhi dunia Barat ketika ini dilihat sedikit sebanyak menyebabkan ramai antara kita khususnya golongan muda tidak mengetahui aspek pengurusan jenazah yang betul.

Keadaan ini menyaksikan pada masa ini hanya sedikit sahaja yang dapat mengendalikan pengurusan jenazah yang kebanyakannya terdiri dari 'orang masjid' dan golongan berumur sahaja.

“ Dengan adanya kursus seumpama ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Islam khususnya golongan muda untuk mendalami cara pengurusan jenazah yang betul mengikut ajaran Islam” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan