Ahad, 28 Mac 2010

USIA ANJUR BENGKEL PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN






MESRA....Abdullah bersalaman dengan kakitangan (USIA) yang menghadiri bengkel tersebut

KOTA KINABALU: Walaupun Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) hanya merupakan salah sebuah badan NGO Islam namun ia turut memberikan penekanan terhadap keberkesanan, akauntabiliti, profesional dan cekap serta pantas bekerja dan produktif dalam sistem pentadbiran dan kewangannya di semua peringkat.

Perkara ini dibuktikan apabila seramai 42 orang peserta dari 25 buah bahagian pertubuhan tersebut telah menghadiri Bengkel pengurusan Pentadbiran dan Kewangan yang dianjurkan oleh ibu Pejabat (USIA) di sini baru-baru ini.

Bengkel yang memberikan pengkhususan terhadap keberkesanan jentera pentadbiran dan juga kewangan dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari ibu pejabat (USIA) bahagian pentadbiran dan kewangan bagi membantu memperkaskan sistem pentadbiran di semua bahagian (USIA) di negeri ini.

Bengkel yang dirasmikan ikan oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin itu turut dihadiri oleh Naib Yang Dipertua (USIA) Haji Amin Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan dari ibu Pejabat (USIA)

Berucap semasa merasmikan bengkel tersebut Abdullah turut menekankan agar kaki tangan (USIA) di semua peringkat termasuk di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan dapat menarapkan nilai-nilai murni seperti keikhlasan dalam bekerja yang perlu dilihat sebagai suatu yang relevan demi untuk memperkasakan peranan serta tanggungjawab organisasi kepada ahli-ahlinya.

Katanya, mereka perlu ikhlas bekerja dan sering mempunyai daya minda yang positif dan berketerampilan dengan memberikan perhatian terhadap kualiti tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Menurut beliau bahagian Pentadbiran dan Kewangan adalah sebuah unit yang menjadi peneraju penggerak kepada aktiviti serta penjana kepada semua aktiviti pentadbiran yang merangkumi perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran am serta hal ehwal kewangan.

“ Dengan adanya bengkel seperti ini adalah diharapkan ianya akan menjadi garis panduan sebagai asas kepada kakitangan (USIA) untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan penuh efisin dan kemaskini” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan