Rabu, 10 Mac 2010

WANITA USIA BERHARAP ISU PENDERAAN KANAK-KANAK DITANGANI SEGARA



MANTAP….Norsuadah bersama ahli jawatankuasa Wanita (USIA) pusat merakamkan gambar kenangann selepas mesyuarat tersebut berakhir

KOTA KINABALU: Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kejadian keganasan rumah tangga sejak akhir-akhir ini.

Ketuanya Datin Seri Panglima Hajah Norsuadah Haj Basah berkata, banyak berita mengenai penderaan kanak-kanak dilaporkan masa kini sehingga menyebabkan kematian yang kebanyakannya berpunca daripada masalah keluarga mereka sendiri.

" Walaupun kes seperti ini agak terpencil berlaku di Sabah namun semua pihak termasuk badan badan sukarela perlu prihatinan dan mengambil pelbagai pendekatan
masalah ini tidak akan menular dalam kehidupan masyarakat kita hari ini " ujarnya.

Beliau berkata, kepincangan yang berlaku di kalangan masyarakat dengan berlakunya kejadian jenayah dan salah laku itu juga sebenarnya bermula daripada kepincangan di dalam institusi keluarga itu sendiri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Wanita (USIA) Pusat di Ibu Pejabat pertubuhan tersebut pagi kemarin.

Norsaudah berkata, antara langkah yang boleh diambil bagi mengelak kejadian penderaan anak dan isteri ialah meningkatkan suasana berkasih sayang dalam keluarga.

Selain itu katanya peranan masyarakat termasuk badan-badan sukarela dan Ngo dalam membantu menangani masalah ini amat diperlukan agar ianya tidak menjadi sindrom yang boleh meruntuhkan nilai dan batas batas kemanusian.

“ Sebagai badan sukarela Wanita (USIA) akan terus memainkan peranannya bagi melaksanakan beberapa program khususnya dalam memantapkan institusi keluarga antaranya menganjurkan seminar,forum dan sebagainya ” katanya

Semantara itu Bendahari Wanita (USIA) Pusat Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong (gambar ) pula ketika ditemui berkata, ibu bapa perlu membimbing anak-anak dengan ilmu agama agar mereka rasa dikasihi dan tidak mencari orang lain untuk dijadikan tempat meluahkan perasaan.

Katanya, masyarakat harus bersikap prihatin dan mengambil peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka agar kejadian tidak diingini seperti penderaan dapat dibendung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan