Isnin, 1 Mac 2010

USIA TEKANKAN KEPENTINGAN PERPADUAN MELALUI PROGRAM USRAH






DIHARGAI….Abdullah menerima cendera kenangan dari pengerusi penganjur Abd.Kahar selepas melancarkanprogram tersebut

KOTA MARUDU : Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) memberikan penekan terhadap kepentingan pembentukan ikatan perpaduan di kalangan umat Islam di negeri ini yang

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, berasaskan kepada kepentingan tersebut (USIA) pada tahun ini turut memasukkan program usrah sebagai salah satu program tahunannya.

Katanya melalui program usrah ianya dapat memimpin penganut Islam ke arah contoh-contoh pujian yang tinggi di samping mengukuhkan ikatan yang sedia ada.

“ Selain itu, mutu ukhuwwah antara sesama ahli boleh ditingkatkan iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan” katanya ketika berucap melancarkan program Usrah anjuran pertubuhan tersebut di Masjid Daerah Kota Marudu baru-baru ini

Hadir sama Pengarah Dakwah (USIA) Abdu Huraira Abdurrahman dan Ketua (USIA) bahagian Kota Marudu Abd. Kahar Abd.Rahman

Menurut Abdullah rukun usrah yang pertama ialah taaruf antara satu sama lain dimana ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama dimana ianya sekali gus dapat mengwujudkan semangat ukhuwwah dikalangan umat Islam .

Dalam perkembangan lain Abdullah juga berkata pertubuhan tersebut berusaha menyesuaikan program dakwahnya selaras dengan kehendak dan tuntutan semasa.

Katanya selain program usrah pertubuhan itu juga tutut ,mengadakan program kelas-kelas pengajian agama,ziarah sekampong, termasuklah khemah dakwah untuk pelajar sekolah.

“ Tahun ini kita telah menetapkan tiga khemah dakwah akan kita anjurkan masing masing di kampong Panibawan Tuaran, Teluid dan Babawan” katanya.

Abdullah juga menambah pihak ibu Pejabat telah memperkemaskinikan bahagian-bahagiannya di seluruh Sabah dimana setiap bahagian dikehendaki untuk terus memperhebatkan kempen keahlian bagi membolehkan Umat Islam menyertai pertubuhan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan