Khamis, 5 November 2009

Umat Islam Perlu Kekalkan Perpaduan: TYDP USIA



ABADIKAN KENANGAN…Lajim (tengah) turut mengabadikan gambar kenangan bersama ahli jawatankuasa (USIA) Bahagian Keningau dan Nabawan yang hadir ke majlis tersebut

KENINGAU : MASYARAKAT Islam di negeri ini khususnya ahli-ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) diminta mengekalkan perpaduan sedia ada bagi menjamin kestabilan dan keharmonian yang dikecapi sekarang.

Timbalan Yang Dipertua (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, berkata pada masa yang sama mereka perlu mengelakkan perpecahan yang akan hanya merugikan masyarakat itu sendiri.

"Kita perlu bersatu atas nama masyarakat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya supaya perpaduan yang kita nikmati sekarang akan sentiasa kekal. Ini akan memberikan imej positif kepada masyarakat luar," katanya ketika berucap pada majlis taklimat isu-isu semasa bersama (USIA) bahagian Keningau dan Nabawan di sini
Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah Azman Roslan,Ahli Majlis Tertinggi (USIA) Sadih Haji Nasah dan Haji Idrus Salam dan Ketua Wanita (USIA) bahagian Nabawan Syamsiah Sikan Angkaus.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tepatan berkata, umat Islam harus menanam tekad untuk meningkatkan nilai umat itu di negara ini supaya masyarakat bukan Islam menaruh keyakinan terhadap mereka.

Katanya lagi, umat Islam perlu bijak dan berhati-hati dalam mengurus dan menangani sesuatu situasi yang boleh membawa kepada perpecahan bagi memastikan mereka tidak akan kehilangan segala-galanya pada masa akan datang.

“ Oleh itu sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan imej masyarakat Islam khususnya pertubuhan ini yang boleh mengundang kepada bentuk perpecahan perlu kita tolak “ katanya
Menurutnya (USIA) yang kini mencapai usia empat puluh tahun penubuhannya di negeri ini terbena atas kesedaran perpaduan di kalangan di kalangan masyarakat Islam, justeru kecermalangan yang telah di capai oleh petubuhan tersebut perlu diberikan dokongan dari pemimpin dan ahli-ahlinya dalam konsep permaufakatan agar usaha untuk menyemarakan syiar Islam terus terpelihara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan