Isnin, 9 November 2009

Salleh Tidak Tanding Timbalan Presiden USIA


KOTA KINABALU, 9 Nov (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak (gambar) berkata beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada mesyuarat agung tahunannya dari Jumaat hingga Ahad ini.

"Saya membuat keputusan ini kerana ingin memberi tumpuan terhadap tanggungjawab diamanahkan untuk membantu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman memperkukuhkan Umno di Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

USIA kini diterajui bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai.

Salleh, yang juga bekas Ketua Menteri, mengucapkan terima kasih kepada bahagian-bahagian USIA yang mencadangkan namanya untuk bertanding jawatan itu.

"Walaupun tidak bertanding, saya boleh terus membantu dan menyokong pertubuhan ini," katanya.

2 ulasan:

  1. Ada juga yg bergegar tu kalau Datuk Salleh betul2 jadi merebut Timbalan YDP USIA tu......

    BalasPadam
  2. adakah...? jangan gempa bumi sajalah bergegar biasa perkara biasa

    BalasPadam