Sabtu, 27 Februari 2010

USIA LIPATGANDAKAN GERAKAN DAKWAH





Yang Dipertua USIA Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut
KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh (USIA) akan terus melipat gandakan usahanya bagi mengerakkan program dakwah di negeri ini sesuai dengan matalamat utamanya dalam bidang dakwah.

Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata. pada tahun ini pertubuhan tersebut memberikan tumpuan kepada pengisian ilmu agama kepada umat Islam khususnya saudara baru.

“ Seiring dengan cabaran semasa kita ingin melihat ada umat Islam yang terpinggir dari menerima pendidikan ilmu agama khususnya dalam memantapkan jatidiri umat Islam sebagai umat yang cemerlang dari segi minda,rohani serta aqidahnya ” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat penuh ahli majlis tertinggi (USIA) yang pertama kali bagi sesi 2010-2013 di ibu pejabat (USIA) jalan Sembulan pagi kemarin.

Hadir sama Timbalanya Tan Sri Ampong Puyun, Naib-Naib Yang DiPertua, Setiusaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin dan Bendahari Agung (USIA) Datuk Karim Haji Bujang.

Sehubungan dengan itu Sakaran berkata program-program seperti kelas kelas pengajian di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Sabah akan diteruskan disamping program program lain turut menyusul antaranya program Ziarah Sekampung,khemah-khemah dakwah, forum perpaduan (USIA) dan Program Usrah (USIA).

Menurut Sakaran lagi pertubuhan tersebut juga akan terus menjalin kerjasama dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi serta badan NGO Islam yang ada di negeri ini untuk bergerak dalam satu barisan agar manfaatnya terutamanya dalam mengembangkan syiar Islam di negeri ini lebih meluas.

Dalam perkembangan lain Sakaran juga mengajak umat Islam agar sentiasa bersatu padu untuk membolehkan mereka bergarak dengan lebih pantas bagi mencapai kejayaan.

Menurutnya jika timbul sebarang masalah yang boleh diselasaikan ianya perlu diselasaikan secara bermusyawarah agar setiap masalah tidak menimbulkan perbelahaan yang mengakibatkan umat Islam sentiasa dalam kerugian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan