Ahad, 4 Oktober 2009

TERAP KONSEP BELAJAR SEPANJANG HAYAT KATA SAKARAN






PAPAR: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai menyarankan agar saudara baru (mualaf) dapat menarapkan konsep belajar sepanjang hayat sebagai budaya yang dapat membantu mereka mendalami ajaran Islam yang sebenarnya

Katanya, mereka tidak perlu merasa rendah diri dan terpinggir dari masyarakat Islam yang lain,sebaliknya penerapan konsep belajar sepanjang hayat akan dapat mendedahkan mereka lebih banyak ilmu khususnya ilmu Agama yang akan membantu mereka membina keyakinan diri menjadi umat Islam yang berkualiti dari segi akhlak dan akidahnya.

Menurut Sakaran (USIA) telah turut memainkan peranan bagi memberikan bimbingan kepada saudara baru di negeri ini melalui program Baitun Nur yang telahpun melalui fasa pertama perlaksanaannya di beberapa buah daerah di negeri ini.

“ Sambutan dari saudara baru terhadap program ini begitu amat menggalakkan dimana mereka diberikan bimbingan selama 6 bulan dalam bidang akidah syariah juga pengajian al Quran” katanya ketika berucap di majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bersama saudara baru anjuran (USIA) bahagian Papar di Rumah Rehat dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Haji Aidi Moktar, Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin, Ketua (USIA) bahagian Papar Haji Suhaili Harun dan Penasihat Wanita (USIA) Pusat Toh Puan Hajah Siti Rokaiyah Panglima Abdullah.

Sehubungan dengan kejayaan perlaksanaan Program Baitun Nur fasa pertama ini,(USIA) kini diperingkat cadangan bagi meneruskan Program Baitun Nur fasa ke dua dimana sebahagian daripada peserta Fasa pertama program tersebut akan diberikan kursus lanjutan sebagai persediaan untuk menyediakan tenaga pendakwah yang akan turut memainkan perananan mengerakkan program program dakwah yang akan dijalankan oleh pertubuhan tersebut

Mengulas program tersebut Sakaran berkata, majlis rumah terbuka semasa musim musim perayaan di negeri ini turut memainkan peranan penting dalam mengerakkan perpaduan tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, budaya kunjung mengunjungi perlu diamalkan bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim bukan sahaja di kalangan masyarakat Islam malah turut melibatkan masyarakat dari lain-lain agama di negeri ini.

“ Semangat ini perlu kita pertahankan, kerana ianya akan menjadi eleman yang cukup penting bagi sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum untuk terus bersatu padu bagi mempestikan tahap keharmonian dan kemajuan akan dapat terus dijana” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan