Khamis, 26 Ogos 2010

BERSATU ATAS SEMANGAT RAMADAN ABDUL HAKIM




NUR RAMADAN….Kelihatan Abdul Hakim sambil diperhatikan oleh AMT USIA Haji Yusup Apdal (belakang) ketika menyampaikan wang zakat kepada salah seorang penerima di majlis tersebut


LAHAD DATU: Umat Islam perlu menjadikan Kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak ini sebagai ruang untuk merapatkan hubungan dan seterusnya mengwujudkan perpaduan yang utuh dikalangan sesama Islam.

Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Abdul Hakim Ghulam Hassan berkata, sekiranya umat Islam benar-benar menghayati hikmah bulan yang mulia ini mereka akan bersedia untuk menghilangkan perasaan angkuh ,bongkak dan ego masing-masing.

Katanya, ibadah puasa bukan sahaja dapat melahirkan manusia yang tawaduk tetapi menyekat mereka dari melakukan perkara yang dilarang.

“ Marilah kita manafaatkan kehadiran bulan Ramadan ini, bukan sahaja untuk mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah subahanwatala, malah dalam kebarkatan bulan Ramadan ini ianya merupakan wadah terbaik bagi kita sebagai umat Islam menjalin hubungan baik dalam memperkukukan perpaduan sesama Islam melalui pelbagai aktiviti sembahyang berjemaah di surau dan masjid sepanjang bulan yang mulia ini” katanya ketika berucap di majlis Kembara Ramadan Belia (USIA) di Dewan Masyarakat Tun Musthapa Lahad Datu baru-baru ini.

Majls tersebut turut dihadiri oleh Ahli Majls Tertinggi (USIA) Haji Yusuf Apdal,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Lahad Datu Abdul Halim Sidek Haji Gulam Hassan,Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Lahad Datu Hajah Saleha Abd.Wahid, Ketua Pergerakan Puteri Mizma Appedullah, Ketua Amil Lahad Datu Tuan Haji Gaspar serta hampir 600 orang masyarakat Islam setempat.

Menurut Abdul Hakim yang juga Ketua Bahagian (USIA) Tengku Umat Islam diikat dengan tali persaudaraan dan diperintah berjemaah ketika solat untuk meningkatkan silatulrahim sesama Islam maka akan timbullah rasa kasih saying dan semangat perpaduan.

“ Justeru program program mengimarahkan masjid sembahyang secara berjemaah bukan sahaja disemarakkan semasa bulan Ramadan, malah ianya perlu dibudayakan pada setiap masa agar fungsi masjid sebagai institusi penyatuan umat dan peyebaran ilmu dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa” katanya

Dimajlis tersebut Abdul Hakim turut menyampaikan sumbangan wang zakat dari Pusat Zakat Sabah kepada ibu tunggal, orang kurang berkemampuan serta anak-anak yatim paitu di sekitar Lahad Datu juga turut mengisi majlis tesebut ialah ceramah agama yang turut disampaikan oleh ahli jawatankuasa Belia (USIA) Pusat oleh Awang Juru Awang Tahir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan