Khamis, 8 Julai 2010

300 ORANG BELIA ISLAM SERTAI SEMINAR BELIA ANJURAN BELIA USIA


KOTA KINABALU: Dijangka hampir 300 orang belia di sekitar Kota Kinabalu,Penampang dan lain-lain daerah yang berhampiran akan menghadiri Seminar Belia anjuran Belia (USIA) Pusat dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah di Bilik Mesyuarat Tingkat 4 bangunan (USIA) jalan Sembulan ahad ini.

Ketua Belia (USIA) Abdul Hakim Haji Gulam Hassan (gambar ) berkata sebanyak tiga kertas kerja akan dibentangkan iaitu “ Belia Menurut Perpesktif Islam oleh Ketua Unit Perhubungan Pendaftaran Jabatan Pelajaran Sabah Madaile Haji Basri, “Belia dan Pembentukan Ummah Globalisasi “oleh Naib Presiden HALUAN Dr. Haji Azizan Ahmad,”Belia Menurut Perspektif Islam” oleh Penolong Pengarah Pusat Zakat Sabah Ag.Juri Ag.Tahir

Menurut Abdul .Hakim satu Forum yang bertajuk “ Peranan Belia Dalam Pembangunan Negara” juga akan diadakan sempana seminar ini yang mana ahli panelnya terdiri dari Dr. Haji Azizan Ahmad,Ustaz Abuhurairah Abdurahman dan Madaile Haji basri yang akan dipengerusikan oleh Ustaz Suharto Soekarni.

“ Saya berharap kaum belia Islam di sekitar Kota Kinabalu akan memanafaatkan majlis ilmu ini, dimana ianya terbuka kepada belia Islam di sekitar Kota Kinabalu” katanya ketika ditemui di sini.

Abdul .Hakim menambah majlis perasmian seminar ini dijangka akan disempurnakan oleh Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai dan turut dihadiri oleh Pengarah (JAKIM) Cawangan Sabah haji Abd.Aziz Haji Mohamad dan Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.

Dalam perkembangan lain Abdul .Hakim juga berkata Belia (USIA) akan terus melaksanakan beberapa dimana selain program program dakwah ,program program pendidikan dan ekonomi akan turut diberikan perhatian untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan