Rabu, 19 Ogos 2009
USIA BAHAGIAN KUALA PENYU CADANG AGAR JAWATAN YDP DAN TYDP TIDAK DIPERTANDINGKAN
BERSEMANGAT ..Abdullah bersama Awang Hashim dan ahli jawatankuasa (USIA) Bahagian Kuala Penyu begitu bersemangat menyanyikan lagu (USIA) sebelum mesyuarat tersebut bermula
KUALA PENYU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunannya petang kemarin di Dewan Balai Bomba dekat sini bersetuju sebulat suara agar jawatan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua (USIA) tidak dipertandingkan dalam pemilihan majis tertinggi pertubuhan tersebut pertengahan bulan November depan.
Ketua bahagiannya Awang Hashim Awang Damit berkata, keputusan tersebut dicapai memandangkan kepimpinan yang sediaada ketika ini masih diharapkan bagi meneruskan agenda serta perjuangan (USIA) khususnya dalam mengerakkan program dakwah di negeri ini.
“ Ahli-ahli (USIA) telah melihat ketokohan serta kepimpinan yang sediaada telah banyak melakukan proses penambahbaikan dari segi pentadbiran dan gerakan dakwah yang yang telah menampatkan (USIA) sebagai salah sebuah pertubuhan Islam yang bergerak aktif melaksanakan pelbagai program dakwah di negeri ini” katanya semasa ditemui selepas menyuarat ini.
Mesyuarat tersebut telah diresmikan oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan dihadiri lebih dari 100 orang ahli-ahli (USIA) dari bahagian Kuala Penyu.
Untuk rekod jawatan Yang Dipertua (USIA) kini disandang oleh Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai sementara Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Tan Sri Haji Ampong Puyun menjadi Timbalan Yang Dipertuanya.
Menurut Awang Hashim keputusan tersebut tidak bermakna pertubuhan tersebut menolak sistem demokrasi yang telah diamalkan oleh mana-mana pertubuhan, namun faktor perpaduan perlu diambil kira, ini kerana bila berlakunya pertandingan akan timbul sedikit perpecahan bagi ahli-ahli (USIA) untuk memberikan sokongan kepada mana-mana calon yang mereka ketengahkan.
Terdahulu ketika berucap merasmikan persidangan tersebut Abdullah berkata, ahli-ahli (USIA) perlu menarapkan nilai amanah dalam perjuangan menegakkan syiar Islam melalui pertubuhan tersebut.
Menurut beliau ahli-ahli (USIA) juga perlu mengutamakan budaya permaufakatan demi memelihara keupayaan (USIA) sebagai pertubuhan agama Islam dalam melaksanakan program dakwah Islmiah sebagai asas perjuangan utama pertubuhan tersebut
Katanya, jika nilai perpaduan menjadi keutamaan setiap ahli dalam pertubuhan tersebut, segala apa yang dirancang oleh (USIA) bukan sahaja dalam program dakwahnya, malah merangkumi pelbagai aspek ekonomi,pendidikan dan kebajikan Umat Islam akan lebih mudah dilaksanakan.
“ Amat penting budaya bermesyuarah ini kita terapkan sebagai eleman yang mampu menyokong kekuatan pertubuhan ini bagi menghadapi cabaran akan datang yang bakal dihadapi bukan sahaja oleh ahli-ahli pertubuhan ini, malah umat Islam secara keseluruhahnya” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan