Selasa, 29 Jun 2010

USIA TERIMA KUNJUNGAN ROMBONGAN JABATAN AGAMA JOHOR





ALBUM KENANGAN…Abdullah dan haji Yahya turut merakamkan gambar kenangan bersama rombongan dan pegawai-pegawai kanan (USIA) diakhir lawatan tersebut

TERIMA KUNJUNGAN….Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) petang kemarin menerima kunjungan seramai 40 orang dari Jabatan Agama Negeri Johor yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarahnya Haji Yahya Haji Ahmad.Ketibaaan rombongan di ibu pejabat (USIA) jalan Sembulan Kota Kinabalu disambut oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin ,Pengarah Dakwah (USIA) Ustaz Abuhurairah Abdurahman serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dakwah (USIA). Pada majlis tersebut rombongan turut diberikan taklimat mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan oleh ( USIA) yang disampaikan oleh Abdullah disamping rombongan juga disejikan dengan tayangan salid video mengenai sejarah awal penubunhan (USIA)sehingga kini. Abdullah juga turut mengalu-alukan kehadiran rombongan tersebut ke negeri ini dimana menurut beliau lawatan tersebut turut memantapkan hubungan ukhwah khususnya masyarakat Islam di Sabah dan Johor. Sementara iutu Haji Yahya yang juga ketua rombongan lawatan tersebut berkata, program tersebut selain dapat merapatkan hubungan silatulrahim ianya juga sebagai penghargaan kepada ahli rombongan yang kebanyakannya terdiri dari Saudara Baru yang terlibat dalam pelbagai program dakwah di Johor bagi mendedahkan mereka dengan perkembangan syiar Islam di luar negeri Johor khususnya di Sabah dimana (USIA) dipilih sebagai lokasi lawatan memandangkan pertubuhan tersebut telah memainkan peranan yang cukup penting dalam mengembangkan syiar Islam melalui pelbagai program dakwahnya di negeri ini. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

YDP USIA HADIR DI MAJLIS PERASMIAN TILAWAH AL-QURANG PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-53






MENGHORMATI…Kelihatan Najib,Rosmah,Musa ,Jamil dan Sakaran (kanan) sekali berdiri bagi menghormati lagu Negaraku pada majlis perasmian tersebut.

HADIR…..Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai adalah antara pemimpin Pertubuhan Islam di Sabah yang menghadiri majlis perasmian Tilawah Al-Qur'an Peringkat Kebangsaan kali ke-53 yang di adakan di Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu malam kemarin. Majlis perasmian Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini dimana Sabah buat kali ke tiganya menjadi tuan rumah telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Mohd.Najib Tun Abdul Razak dan turut dihadiri oleh isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor,Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mejer Jenral Datuk Jamil Khir Baharom, Sepeker Dewan Undangan Negeri Datuk Johar Mahiruddin dan Menteri Menteri Kabinet Sabah. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini yang bertemakan “ Memantap Ukhwah,Memperkasa Ummah” bermula dari 29 Jun dan berakhir pada 3 Julai 2010 dimana Majlis penutupannya dijangka akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah.Oleh :Jaafar Abdul Wahid

Khamis, 24 Jun 2010

AKHLAK KARIMAH


Oleh: Suzlina Hj. Tahir
Lulusan Diploma Pengajian Islam ( Dakwah dan Pengurusan )
Al-Kuliyyah Bahanj Islamiyyah Sultan Ahmad Shah, Kuantan.
Kini bertugas sebagai Pegawai Dakwah di Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA ) Kota Kinabalu bermula sejak bulan Mei 2010

PENGENALAN

Maksudnya: Bahawa dalam tubuh itu ada sepotong daging. Apabila ia baik, nescaya baiklah sebahagian tubuh yang lain.( Riwayat al-Bukhari dan Muslim.)

Akhlak adalah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan sesuatu perkara tanpa pertimbangan dan berfikir terlebih dahulu untuk membuat sesuatu perkara. Ia juga merupakan himpunan prinsip dan nilai yang mengatur setiap perlakuan manusia. Akhlak seseorang itu akan terpesong sekiranya seseorang itu tidak mempunyai akhlak yang baik.

Secara ringkasnya, akhlak merupakan asas dalam Islam yang boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang yang mulia yang telah diolah oleh Allah S.W.T. Akhlak ditetapkan oleh Allah seperti yang tercatat dalam Al-Quran dan As-Sunnah untuk manusia sebagai makhluk ciptaanNya yang paling sempurna. Tidak untuk malaikat dan haiwan. Ini menunjukkan Allah itu Maha Adil dan Bijaksana kerana Dia mengetahui sesungguhnya tidak mungkin malaikat dan haiwan mempunyai akhlak. Akan tetapi manusia diberi kebebasan untuk memilih dan daya ikhtiar samada mahu mematuhi akhlak ataupun menolaknya kerana akhlak itu telah ditetapkan oleh Allah SWT. Akhlak lebih menekankan hati dan keikhlasan. Sesungguhnya keikhlasan melambangkan kebebasan memilih dan kerelaan hati. Jika tidak ikhlas, ia bukan dinamakan akhlak kerana wujud paksaan dan dibuat-buat. Hati nuranilah yang membisikkan dan meransang seseorang untuk berbudi bahasa dan berakhlak mulia dan bukannya ransangan dari luar. Apabila akhlak mulia dilaksanakan, seseorang itu berasa puas dan bahagia. Tetapi jika diransang oleh faktor luaran, ia tidak merasakan kepuasan dan berasa kecewa apabila apa-apa yang diharapkan daripada akhlak yang disumbangkan tidak tercapai

KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM
Islam telah dibahagikan kepada empat cabang utama iaitu akidah, ibadah, muamalah dan akhlak. Namun demikian, perbincangan akhlak di bahagian ini bukanlah bermakna bahawa akhlak adalah perkara terakhir yang di pentingkan oleh Islam atau ia tidak akan mencapai kedudukan cabang-cabang lain. Hakikat yang jelas, bagi orang yang meneliti Islam, melalui ayat-ayat Quran dan Sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W. serta menghayati nas-nas tersebut akan mengakui Islam telah memberikan perhatian yang tinggi terhadap Rasulullah S.A.W sehingga Al-Quran memuji baginda melalui firmanNya dalam surah Al-Qalam 68: 4 yang bermaksud:

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya engkau Muhammad mempunyai akhlak yang mulia.

Keistimewaan akhlak Islam adalah kerana akhlak ini berlaku di dalam semua urusan dan sruktur ajaran Islam sehinggakan dalam akidah, ibadah, muamalah, siasah, politik, ekonomi serta etika peperangan dan keamanan.

HUBUNGAN ANTARA AKHLAK DAN IBADAH

Terdapat banyak nas dari Al-Quran dan Hadith yang dengan jelasnya menegaskan bahawa nilai sebenar kepada ibadah itu ialah nilai akhlaknya. Jelasnya akidah keimanan yang benar dalam hati pasti akan menggerakkan kepada pengabdian ( ibadah) seterusnya sudah pasti pengabdian atau ibadah yang dilaksanakan dengan keikhlasan akan menghasilkan keindahan akhlak dalam perlakuan dan kehidupan seharian. Sesungguhnya ibadah-ibadah Islam yang besar mempunyai matlamat-matlamat akhlak yang jelas. Ia amat jelas ditegakkan pada setiap ibadah harian yang utama dalam kehidupan muslim mempunyai tugas yang utama dalam pembentukan motivasi diri serta pendidikan agama dalaman seperti firman Allah dalam surah Al-Ankabut 29: 45:

Maksudnya: Bacalah serta ikutilah ( wahai Muhammad ) akan apa yang diwahyukan kepadamu dan Al-Quran dan dirikanlah solat ( dengan tekun ), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar ( faedah dan kesannya ) dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Solat yang merupakan sokongan akhlak kepada seseorang muslim untuk menghadapi kesukaran hidup. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah 2: 153.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai orang-orang yang bersabar.

Zakat pula bukan sekadar cukai harta yang diambil dari orang-orang kaya dan diberikan kepada orang-orang miskin. Ia merupakan alat untuk menyuci dan membersihkan akhlak sepertimana ia menjadi alat pendapatan dan pengembangan harta. Firman Allah dalam surah At-Taubah 9: 103.

Maksudnya: Ambillah ( sebahagian ) dari harta mereka menjadi sedekah ( zakat ) supaya dengannya engkau membersihkan mereka ( dari dosa ) dan mensucikan mereka ( dari akhlak yang buruk ) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan Allah itu amat mendengar lagi Maha Mengetahui.

Puasa pula menyediakan jiwa untuk ketaqwaan yang merupakan kemuncak akhlak Islam kerana puasa didalam Islam adalah latihan jiwa dalam menahan syahwatnya. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah 2: 183.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu.

Haji merupakan latihan terhadap muslim untuk pembersihan, ketulusan kepada Allah malah mengangkat martabat lebih dari kelazatan dan kemewahan dunia serta menghindari segala pertikaian. Oleh sebab itu Islam memfardhukan teraan dan zuhud terhadap dunia. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah 2: 197.

Maksudnya: ( Masa untuk mengerjakan ibadat ) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian, sesiapa yang mewajibkan dirinya ( dengan niat megerjakan ) ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan bertengkar dalam masa mengerjakan ibadat haji.

Hal yang demikian, jika ibadah-ibadah itu kehilangan pengertian dan tidak mencapai matlamatnya maka hilanglah makna ibadah itu sendiri serta fungsi utamanya. Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa yang solatnya tidak dapat menghalangnya dari kekejian, maka tiada solat baginya

AKHLAH BURUK MEROSAKKAN AMALAN BAIK


Sebuah lagi hadith Rasulullah S.A.W bermaksud: “ Keburukkan akhlak itu merosakkan amalan ( yang baik ) sebagaimana cuka merosakkan madu.” ( Hadith riwayat Ibnu Hibban dari Abu Hurairah ). Maksudnya disini seseorang yang rajin bersembahyang dan melakukan ibadat-ibadat seperti berpuasa, bersedekah dan sebagainya, pahala kesemua ibadat itu akan rosak jika ia seorang yang buruk akhlaknya. Buruk misalnya suka mengumpat atau menghina orang, dengki khianat , sombong , membuat pelbagai maksiat, kasar dan pemarah, tidak jujur dan sebagainya.

Ada sesetengah orang yang mengaku Islam mengabaikan ibadat-ibadat yang di tuntut. Ketika di hadapan ramai, mereka menampakkan keprihatinan dalam melaksanakannya. Namun dalam masa yang sama, mereka melakukan perkara yang haram yang ditolak oleh akhlak yang mulia dan iman yang benar. Lantaran itu wujudlah dua wajah yang tidak dapat diterima, ahli ibadah yang tidak berakhlak dan orang yang berakhlak tetapi buruk ibadah. Dia berkata: Agama terletak di hati. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W mengancam mereka yang mencampur aduk perkara tersebut. Baginda memberi amaran kepada umatnya supaya berhati-hati terhadap golongan ini. Mengenai perkara ini, sebuah hadis daripada Rasullullah S.A.W menyebut :

“ Seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W : Wahai Rasulullah, sesungguhnya seorang wanita terkenal dengan banyak bersembahyang ( sunat ), berpuasa dan bersedekah, namun kata-katanya menyakiti jirannya.” Sabda Nabi S.A.W: Dia dimasukkan kedalam neraka. ‘kemudian beliau bertanya lagi: “Wahai Rasulullah, seorang perempuan terkenal dengan kurang bersembahyang ( sunat ) dan berpuasa. Dia hanya bersedekah sepotong kecil keju namun dia tidak menyakiti jirannya.”jawab Nabi S.A.W : Dia akan ditempatkan didalam syurga” Riwayat Ahmad.

Dalam menjelaskan hubungan akhlak dengan iman sebenar juga hubungannya dengan ibadah yang sahih, Rasulullah S.A.W tidak berpada dengan hanya menjawab soalan yang dikemukakan. Baginda turut menjadikan akhlak sebagai asas kebaikan di dunia dan kejayaan di akhirat. Bahkan isu akhlak lebih penting daripada itu. Tidak boleh tidak, ia perlu kepada tunjuk ajar dan nasihat yang berterusan demi memantapkannya dalam hati dan pemikiran. Sesungguhnya iman, kejayaan dan akhlak merupakan faktor-faktor yang saling berkaitan dan memperkukuhkan. Tiada siapa yang mampu merungkainya.

KESIMPULAN

Kesimpulannya akhlak mempunyai kedudukan yang amat penting di samping mendapat perhatian yang amat besar dalam Islam. Hanya orang Islam yang benar-benar patuh kepada Allah S.W.T yang sentiasa mengelakkan diri daripada akhlak yang tercela. Di samping itu juga, salah satu sabab agama Islam diturunkan oleh Allah S.W.T menerusi Nabi Muhammad S.A.W ialah manusia pada zaman jahiliyyah tidak mempunyai budi pekerti atau akhlak. Bukan sekadar tidak berakhlak, bahkan mereka telah sesat dan tidak berkeperimanusiaan. Mereka sanggup menanam kanak-kanak perempuan mereka hidup-hidup di samping hidup bermaharajalela dan berbunuh-bunuhan antara sesama sendiri.

Nabi Muhammad S.A.W diutus oleh Allah S.W.T untuk memperbaiki akhlak manusia yang telah binasa itu melalui agama Islam yang lengkap dengan segala peraturan dan hukum-hukumnya. Sesungguhnyaa Rasulullah S.A.W telah berjaya memimpin satu revolusi budaya, daripada budaya sesat kepada budaya bertamadun bagi faedah manusia seluruh dunia dari zamannya hinggalah ke hari ini. Memelihara akhlak itu amat penting kepada setiap diri manusia agar dapat membentuk peribadi akhlak yang mulia. Tanpa adanya akhlak dalam diri seseorang, maka rosaklah akhlaknya dan segala amalan baik yang dilakukannya binasa dan tidak berfaedah.

Selain itu juga, dapat kita lihat pada hari ini dimana isu pembuangan bayi semakin menular dan ini amat memalukan masyarakat Islam di sekeliling. Di mana akhlak mereka ini? Dan di mana letaknya peribadi mereka sehinggakan mereka sanggup membuang bayi dalam tong sampah. Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup menanam bayi mereka hidup-hidup tanpa ada sifat keperimanusiaan.
Mudah-mudahan dapat kita jadikan ikhtibar dengan apa yang berlaku sekeliling kita pada hari ini dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Dengan adanya kekuatan akhlak yang kuat dan masih berpegang pada Tuhan Rabbulalamin, InsyaAllah akidah dan iman kita akan terpelihara dan mudah-mudahan akhlak kita tidak terpesong jauh.Wallahualam

UMAT ISLAM DIMINTA UTAMAKAN PERPADUAN





TAHNIAH….Abdullah diiringi oleh Arshad dan Amin ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta di majlis tersebut


TUARAN: Setiausaha Agung Pertubuhahn Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin mengingatkan umat Islam agar sentiasa mengukuhkan persaudaraan, membina perpaduan dan meningkatkan pencapaian agar terus menjadi umat yang terbilang.
Katanya, tanpa menghayati ajaran Islam yang sebenar umat Islam tidak akan mampu menjadi umat contoh bahkan akan terus diperlekehkan dan ketinggalan dalam segala aspek kemajuan
"Sejarah telah membuktikan bahawa keagungan tamadun Islam yang dahulunya hebat dan gagah akhirnya tersungkur lantaran ada antara penganutnya yang tidak mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.
"Malahan yang lebih mendukacitakan telah berlaku perpecahan, pergeseran dan persengketaan di kalangan sesama umat Islam," katanya ketika berucap menutup Khemah Dakwah anjuran pertubuhan tersebut di masjid kampong Peninbawan dekat sini baru baru ini
Turut hadir Penolong Setiausaha Agung (USIA) Datuk Arshad Edris, Ketua (USIA) Bahagian Tuaran Haji Amin Ibrahim dan Pengarah Dakwah (USIA) Abuhurairah Abdurahman.
Sehubungan itu, Abdullah berharap umat Islam sentiasa bersedia dengan menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan maklumat semasa agar dapat bergerak seiringan dengan tuntutan zaman
"Sikap sambil lewa membuang masa dan takut bersaing perlu dihapus dan diganti dengan nilai-nilai positif yang boleh membentuk jati diri mukmin sejati," katanya
Menurut beliau kitab Al-Quran dan As-Sunnah perlu dijadikan sebagai panduan dalam membina kekuatan diri ke arah membangun ummah yang mapan dan berjaya.
Tambah beliau , umat Islam perlu menjadi yang terbaik, mementingkan pencapaian dan mampu membawa perubahan ke arah kebaikan dan bukan hanya mengikut telunjuk dan budaya orang lain serta berpuas hati dengan apa yang ada.
"Sepatutnya umat Islam sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan dan mencipta kemajuan” katanya
Mengulas program tersebut Abdullah berkata, ianya merupakan antara program yang dilakukan oleh pertubuhan tersebut bagi menyebarkan lagi ilmu agama dan gerakan dakwah yang boleh dimanafaatkan oleh masyarakat Islam setempat melalui bimbingan dan juga ceramah yang dikendalikan oleh para pegawai dakwah dari ibu pejabat (USIA).

Rabu, 23 Jun 2010

Kesenian Islam wahana bermanfaat




TAHNIAH…Japlin yang diiringi oleh Hamdan ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang di majlis tersebut

KOTA BELUD: Kesenian Islam dilihat mampu menjadi salah satu alternatif terbaik kepada masyarakat agar tidak terus dihambat dengan unsur hiburan yang melalaikan.
Pembantu Menteri Pembangunan Insfrastruktur Datuk Japlin Haji Akim menjelaskan, antara faktor penyumbang berlaku masalah sosial di kalangan generasi muda adalah disebabkan hiburan yang tidak bermanfaat dan melampaui batas.
“Kesenian Islam ini juga mampu menjadi wahana kepada masyarakat agar tidak terus terpesong dengan unsur-unsur hiburan yang melalaikan yang kini begitu mudah diperoleh di mana-mana sahaja.
“Justeru, bagi mengatasi masalah ini, alternatif hiburan yang lebih bermanfaat wajar dicari bagi ditawarkan kepada anak muda,” katanya ketika berucap merasmikan Fastivel kesenian Islam peringkat Daerah Kota Belud di Dewan Tun Said dekat sini baru baru ini.
Hadir sama di majlis tersebut Penolong Pegawai daerah Kota Belud Hamdan haji Saruddin
Sambil mengalu-alukan penganjuran program tersebut Japlin yang juga Wakil Rakyat berharap masyarakat Islam setempat dapat memberikan sokongan bagi memasyarakatkan fastivel tersebut bagi membangkitkan minat masyarakat Islam terutamanya genarasi muda terhadap kesenian Islam seperti nasyid, kompang, marhaban dan berzanji.
Dalam perkembangan yang sama Japlin juga berharap institusi masjid perlu dipelbagaikan fungsi dan peranannya dengan memberi keutamaan terhadap aspek sejarah, budaya, seni dan warisan Islam sendiri.
Katanya , fungsi masjid tidak seharusnya tertumpu kepada aktiviti harian institusi Islam seperti solat berjemaah namun aktiviti memberikan didikan serta bimbingan kepada golongan muda dalam aktiviti kesenian Islam juga perlu diadakan
Jelas beliau, jika aktiviti ini dapat dilaksanakan sebagai salah satu pengisian program pada setiap masjid dan surau di daerah itu matlamat untuk memasyarakat kesenian Islam kepada umat Islam akan dapat dicapai dimana aktiviti yang sama juga turun menekankan unsur bersatu padu di kalangan umat Islam itu sendiri

Rabu, 16 Jun 2010

300 ORANG HADIRI CERAMAH KHAS







MENGHAYATI…Kelihatan Sakaran,Abdullah dan Dollah bersama hadirin lain begitu khyusuk mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Abuhurairah di majlis tersebut.


KOTA KINABALU: Hampir 300 orang terdiri dari wakil wakil pertubuhan sukarela, pelajar dan kakitangan kerajaan telah menghadiri majlis Ceramah Agama Khas mengenai keganasan rejim Zionis Isreal terhadap rakyat Palestin anjuran bersama Pertubuhah Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Yayasan Sabah bertempat di Mini Teater (Tun Hamadan) Menara Tun Mustapha pagi kemarin.

Ceramah yang disampaikan oleh Pengarah Dakwah (USIA) Ustaz Abuhurairah Abdurrahman mengupas tentang isu keganasan dan penindasan yang telah dilakukan oleh rejim zionis Isreal terhadap rakyat di bumi Palestin.

Turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap penganjuran majlis tersebut termasuklah Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai, Setiausaha Eksekutif kepada Pengarah Yayasan Sabah selaku wakil pengarah Yayasan Sabah Haji Dollah@ A.Zunaidey Haji Mahmood,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Penolong Setiausaha Agong (USIA) Datuk Arshad Edris.

Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, penganjuran program tersebut merupakan antara pendekatan yang turut dimainkan oleh pertubuhan tersebut bagi memberikan gambaran jelas kepada rakyat di Negara ini tentang kekejaman serta kezaliman yang dilakukan oleh Isreal kepada rakyat Palestin selama ini.

Katanya, program ini merupakan tanda sokongan kepada rakyat di bumi Palestin agar terus berjuang mempertahankan Negara mereka dari terus dicerubu oleh rejim zionis Isrel.

“ Ini merupakan tanda sokongan moral rakyat Malaysia kepada mereka, disamping memberikan gambaran jelas tentang kesengsaraan rakyat Palestin yang terus ditindas dan melalui program ini kita berharap rakyat Malaysia akan lebih prihatin bagi membantu rakyat Palestin dengan pelbagai bentuk bantuan yang boleh kita salurkan” katanya.

Rabu, 9 Jun 2010

CERAMAH AGAMA KHAS KUTUK KEKEJAMAN REJIM ZIONIS ISREAL



Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin .... USIA dan Yayasan Sabah akan menganjurkan Ceramah Agama Khas membincangkan isu kekejaman Rejim Zionis Isreal

KOTA KINABALU: Bagi masyarakat Islam di sekitar Kota Kinabalu mereka akan berpeluang untuk mendengar isu kekejaman Rejim Zionis Isreal kepada rakyat Palestin dalam bentuk ceramah agama yang akan dihuraikan secara detil segala bentuk penindasan sama ada dari sudut fizikal dan mentalnya.


Isu kekejaman dan penindasan ini, akan dihurai dalam satu program yang dikenali sebagai “Ceramah khas mengenai keganasan rejim zionis Isreal terhadap rakyat Palestin” anjuran bersama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Yayasan Sabah di Dewan Mini Teater Hamdan Menara Tun Mustahapa Teluk Likas pada 16 Jun (rabu) depan bermula jam 9.30 pagi

Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin (gambar ) berkata, pengarah dakwah (USIA) Ustaz Abu Hurairah Abdurahman akan menjadi penceramah jemputan di majlis ini, dimana selain sesi ceramah turut diadakan juga sesi soal jawap bersama penceramah dan peserta yang hadir ke majlis tersebut

“ Program ini kita anjurkan dengan harapan ianya dapat mendedahkan isu kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Isreal kepada rakyat Palestin baik dalam bentuk penindasan fizikal dan mantel yang mereka lakukan bukan sahaja kepada rakyat Palestin malah turut dirasai oleh masyarakat Islam yang lain” katanya ketika ditemui di ibu pejabat (USIA) jalan Sembulan pagi kemarin.

Menurut Abdullah Abu Hurairah seorang pegawai dakwah (USIA) yang berpengalaman luas terutamanya dalam soal perbandingan ajaran agama akan cuba mengupas isu ini untuk disampaikan kepada masyarakat Umum khususnya masyarakat Islam agar mereka mendapat gambaran yang jelas sekali gus dapat membantu rakyat Palestin dalam pelbagai bentuk bantuan yang boleh diberikan khusus untuk meringankan beban rakyat di bumi Palestin yang sekian lama tertindas.

“ Program ceramah ini terbuka penyertaannya dan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini mereka,boleh menghubungi ibu pejabat (USIA) di talian tefeon 088 240151” tambah Abdullah

Beliau menambah Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai,Pengarah Yayasan Sabah Tan Sri Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul serta barisan ahli majlis tertinggi (USIA) adalah antara tetemu kehormat pada majlis ini.

ZIARAH SAUDARA KITA USIA DI KAMPUNG KOROMOKO KOTA MARUDU




SEDEKAH…Kelihatan Abdullah yang diiringi oleh Abd.Kahar, Ramlah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang saudara kita di majlis tersebut

ZIARAH SAUDARA KITA…Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada selesa lepas telah melakukan program Ziarah sudara kita bertempat di Koromoko kira-kira 50 Kilometer dari PeKan Kota Marudu. Program tersebut diisi dengan majlis ceramah dan forum agama yang dijayakan oleh Pengarah Dakwah (USIA) Ustaz Abu Huraira Abdurahman bersama pegawai dakwah (USIA) Ustaz Soeharto Soekarni . Disamping itu (USIA) juga turut menyampaikan bantuan keperluan dapur kepada saudara kita di kampung tersebut. Berucap di majlis ini Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin mengesa umat Islam di kampung ini agar sentiasa bantu membantu dan berusaha mempertingkatkan ilmu agama dari masa ke semasa. Beliau juga turut mengingatkan mereka agar menghindari dari terjebak dengan perkara negetif dan menanam nilai ajaran Islam ke dalam diri mereka sesuai dengan ajaran agama Islam yang menyeru umatnya ke jalan kebaikan.

Hadir sama di majlis tersebut Ketua (USIA) bahagian Kota Marudu Ustaz Abd.Kahar Abdul Rahman,Ketua Wanita (USIA) Bahagian Kota Marudu Ramlah ramlan dan Ketua Belia Ustaz Mohd.Azrin

YDP USIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM NEGERI




BERTUKAR FIKIRAN….Kelihatan Sakaran sambil diperhatian oleh Abdullah dan Wasimin memperkatakan sesuatu kepada Nordin semasa pertemuan tersebut


KUNJUNGAN HORMAT….Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai pagi kemarin menerima kunjungan hormat dari Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Haji Nordin Siman yang disertai oleh Ketua (USIA) Bahagian Ranau Wasimin Haji Rashim. Semasa berjumpaan tersebut pelbagai isu turut dibincangkan antaranya mengalu-alukan penyertaan kakitangan kerajaan negeri yang beragama Islam untuk menyertai sebagai ahli (USIA) turut disentuh ialah kerjasama yang boleh dimainkan oleh (USIA) bagi membantu jabatan-jabatan kerajaan yang ingin menganjurkan sebarang bentuk program dakwah . Hadir sama dalam perjumpaan tersebut Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Timbalannya Datuk Haji Arshad Haji Idirs.

Selasa, 8 Jun 2010

USIA BAHAGIAN SIPITANG LAKUKAN ZIARAH KE HOSPITAL



KEBAJIKAN…Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian Sipitang telah mengadakan lawatan amal ke Hospital Sipitang petang kelmarin.

Pada lawatan tersebut USIA Sipitang yang di ketuai oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad bersama ahli majlis tertinggi USIA Sipitang telah menyerahkan hemper dan wang tunai kepada 31 pesakit yang di rawat di hospital tersebut.

Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh Pengarah Hospital Sipitang Dr Eddy Tong, Setiausaha USIA Sipitang Mali Osman, Ketua Penerangan Usia Sipitang Zainal Timbang,Ketua Pemuda Umno Sipitang Hafez Yamani Musa dan Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah menyampaikan sumbangan hamper dan wang tunai kepada salah seorang pesakit di majlis tersebut.

Ahad, 6 Jun 2010

USIA AMAL SIKAP KETERBUKAAN DALAM GERAKAN DAKWAHNYA




DIHARGAI….Abdullah sambil diperhatikan oleh Abd.Rahman,Nafsiah turut menerima cendera kenangan dari Hamidin selepas merasmikan mesyuarat agung tersebut

SANDAKAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sememangnya mengamalkan dasar terbukanya dalam melaksanakan setiap program dakwahnya demi kepentingan umat Islam di negeri ini.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, ini terbukti dengan adanya jalinan kerjasama dengan beberapa badan NGO Islam seperti , Gabungan Ngo-Ngo Islam ( CONCERN) Yadim,jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan Islam seperti Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah ( JHEINS) dan Majlis Agama Islam Sabah (MUIS)

‘ Kita yakin dengan adanya jalinan kerjasama ini turut memperkukuhkan lagi usaha untuk memperkasakan gerakan dakwah yang lebih berkesan dan menyeluruh di negeri ini” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (USIA) bahagian Kinabatangan ke 24 di dewan Datuk Pengiran Galpam dekat sini baru baru ini.

Hadir sama Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Abd.Rahman Datuk Pangiran Digadung Haji Galpam,Ketua (USIA) bahagian Kinabatangan Haji Hamidin Radin, dan Ketua Wanita (USIA) bahagian Kinabatangan Datuk Nafsah Datuk Pangiran Galpam

Menurut Abdullah kerjasama ini membuktikan pertubuhan tersebut bukanlah sebuah pertubuhan yang takut kepada dasar keterbukaan dalam melaksanakan gerakan dakwah sebagaimana yang di dakwa oleh sesetengah pihak yang pertubuhan ini bergerak secara persendirian dalam melaksanakan setiap program dakwahnya malah beliau menambah pertubuhan tersebut juga turut mendapat sokongan dan kerjasama dari badan NGO Islam antarabangsa seperti (RISEAP)

“ Semangat keterbukaan ini juga turut mendapat pengiktarafan dari Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman semasa berucap merasmikan Plaza (USIA) Lahad Datu baru baru ini yang turut menekankan akan pentingnya kerjasama dari NGO Islam bersama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan dimana perlu wujudnya suasana saling melengkapi antara organisasi dakwah berkenaan” tambah Abdullah

Selain itu Abdullah menambah pertubuhan tersebut akan terus melaksanakan program-program dakwahnya bukan sahaja kepada saudara baru akan tetapi ianya akan dibuat secara menyeluruh demi kepentingan masyarakat Islam di negeri ini.

Beliau menambah setakat ini setiap program yang telah diadakan oleh pertubuhan tersebut telah mendapat sokongan dan penyertaan yang baik dan positif dari masyarakat Islam setempat.

Terdahulu ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut Abdullah mengajak agar ahli-ahli (USIA) terus merapatkan hubungan serta semangat kerjasama sebagai eleman kekuatan yang akan menentukan kejayaan pertubuhan tersebut bagi menghadapi cabaran masa kini.

Katanya jika aspek ikatan ukhwah umat Islam diabadikan bukan sahaja ianya membawa kelemahan kepada umat Islam namun dalam masa yang sama umat Islam akan terpinggir dari arus kemajuan perdana Negara.

Tugas Khalifahtullah bukanya mudah-Datuk Nasir Sakaran




JASAMU DIKENAQNG...Datuk Nasir (tengah) dibantu Datuk Amri (kiri)
menyampaikan cenderakenangan kepada penceramah jemputan,Ustaz Mohd
Farhan Abdullah (kanan) sempena majlis itu di Kota Marudu.




KOTA MARUDU: Tuntutan sebagai Khalifahtullah bukanlah suatu tugas yang
mudah malah ianya memerlukan kefahaman yang jelas melaksanakan suatu
amanah dan tanggungjawab yang sangat berat tapi mulia di sisi Allah
swt, kata Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran

Katanya,seringan-ringan tanggungjawab sebagai khalifah ialah dengan
melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ayah, atau ibu, mahu pun
sebagai seorang anak.

Beliau menambah,Manakala, antara cabaran besar yang perlu dihadapi dan
perlu ditangani ialah bagaimana hendak menanamkan rasa kehambaan dan
kesungguhan dalam menjiwai dan melaksanakan segala kewajipan kepada
masyarakat yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Nasir berkata,senario ini digawatkan lagi dengan penularan fahaman
liberalisme dan pluralisme Barat yang memperjuangkan prinsip
kebebasan dan rasional akal tanpa batasan. Fahaman yang tidak selari
dengan prinsip-prinsip ajaran Al-Quran dan Sunnah ini amat berbahaya
kerana ia berpotensi memecahbelahkan masyarakat di samping boleh
memesongkan akidah umat Islam. Malah fahaman liberalisme dan
pluralisme ini jika tidak dibendung segera akan membantutkan usaha
melakar kejayaan sewaktu hidup di dunia dengan iringan doa diberi
ganjaran pahala di akhirat kelak.

Nasir ,menjelaskan pada lewat zaman ini, manusia sering leka dan
bersikap acuh tak acuh terhadap perintah agama. Itulah sebabnya
berlaku pelbagai permasalahan dalam masyarakat seperti gejala
pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, hedonisme dan sebagainya yang
telah mencemarkan nilai-nilai hidup beragama.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehawal
Agama Negeri Sabah berkata demikian sempena merasmikan Konvensyen
Pembangunan Saudara Kita Peringkat Negeri Sabah 1431/2010 anjuran
JHEAINS.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah (JHEAINS),Datuk Haji Amri Suratman;Penolong Pegawai
Daerah Kota Marudu,Haji Ajak Haji Awang;Ketua Daerah Kota Marudu,Abd
Jalil Haji Janani;Setiausaha Rendah 1,JKM,Haji Said Hinayat;Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS,Hajah Zaloha.



“ Menyedari akan fenomena dan ancaman berkenaan, kita tidak boleh sama
sekali membiarkan segala bentuk fahaman dan perbuatan songsang
berkembang dalam masyarakat. Setiap individu Muslim bertanggungjawab
melaksanakan dakwah bagi menjernihkan akidah Islam dan membasmi
gejala-gejala mungkar khususnya dalam kalangan umat Islam dan
masyarakat seluruhya. Bagi memperkasa dakwah islamiyah, kita perlu
menggilap potensi ‘quwwah’ yang merupakan kekuatan lahiriah dan
‘takwa’ yang merupakan kekuatan rohani,” kata Nasir.

Nasir menambah,Quwwah atau kekuatan lahiriah meliputi aspek-aspek
kesihatan spiritual, fizikal, dan mental Ianya dimantapkan lagi dengan
penguasaan ilmu pengetahuan, ekonomi, sains, teknologi, politik,
ketenteraan dan sebagainya. Manakala takwa pula adalah berkaitan
dengan keyakinan, kepatuhan dan ketaatan sepenuh hati kepada Allah SWT
selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Ujarnya,bagaimanapun, perlu diingat dan disedari bahawa jika umat
Islam hanya menekankan quwwah tanpa berlandaskan kepada takwa, maka
dikhuatiri hasil yang diharapkan tidak mungkin tercapai, bahkan
mungkin menimbulkan cabaran serta masalah lain pula. Demikian jugalah
sebaliknya, tanpa takwa sebagai tunjang, quwwah sebagai natijahnya
tidak akan tercapai.

Nasir menambah, pemilikan kekuatan atau sifat takwa adalah paling
utama dan seharusnya menjadi keutamaan umat. Dengan takwa itulah umat
Islam akan mendapat quwwah yang berupa petunjuk atau idea jalan
keluar dalam menangani pelbagai cabaran hidup di samping rezeki yang
tidak disangka-sangka.

Sehubungan katanya, dengan dinamika sifat takwa itu, maka kita
mengambil kesempatan ini untuk mengajak saudara-saudara sekalian
supaya mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar agar
berhasil menyuburkan sifat takwa dalam diri masing-masing. Inilah
jalan yang terbaik dalam menuju kesejahteraan hidup yang abadi kerana
takwa adalah sumber bagi segala kekuatan, kekayaan dan kebahagiaan
duniawi dan ukhrawi. Dan sesungguhnya inilah kaedah holistik yang
akan menjayakan pembangunan yang bermakna dan diredhai Allah SWT.
Oleh:ARSHAD HUSSIN

Khamis, 3 Jun 2010

Tidak Salah Usia Libatkan Diri Dalam Aktiviti Ekonomi







Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman bersama Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai dan Naib Yang Dipertua (USIA) yang juga ADUN Lahad Datu Datu Datuk Nasrun Datu Mansur di pentas utama semasa majlis perasmian tersebut

LAHAD DATU:Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pertubuhan dakwah seperti Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) tidak salah untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi.

Beliau berkata dengan melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini, ia akan membantu pertubuhan berkenaan mengumpul modal dan kewangan untuk membiayai aktiviti dakwah tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.

"Jadi saya percaya (penglibatan USIA dalam aktiviti ekonomi) tidak menjejaskan aktiviti dakwah USIA malah boleh membantu usaha-usaha mengembangkan dakwah USIA di seluruh Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Plaza USIA setinggi lima tingkat di kawasan strategik bandar Lahad Datu.

Kos pembinaannya ialah kira-kira RM6 juta dan siap dibina pada tahun 2007.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua USIA, Tun Sakaran Dandai.

Musa berkata perolehan daripada aktiviti ekonomi USIA itu juga akan membolehkannya menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan seterusnya membantu meringankan beban kerajaan.

Mengulas kerja-kerja dakwah USIA yang turut dilakukan agensi lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), katanya itu perkembangan positif kerana mereka boleh membantu antara satu sama lain.

Katanya tidak timbul soal pertindihan peranan selagi wujud penyelarasan yang baik di kalangan organisasi dakwah malah akan wujud suasana saling melengkapi antara organisasi dakwah berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa meminta USIA supaya terus meningkatkan usaha dakwah, kerja-kerja kebajikan dan aktiviti ekonominya khususnya bagi umat Islam yang tinggal di kawasan luar bandar.

Beliau berkata perkara itu penting bagi membantu kerajaan memupuk nilai-nilai murni dan keharmonian di kalangan rakyat pelbagai kaum seterusnya menonjolkan kemuliaan nilai serta ajaran Islam kepada masyarakat lain.

Musa juga meminta umat Islam supaya terus mengeratkan perpaduan dan berusaha dengan gigih untuk maju serta mengambil ikhtibar daripada kesulitan yang dialami banyak negara Islam akibat kesan daripada perpecahan.

Ketua Menteri Resmikan Plaza USIA Lahad Datu


AHLI JAWATANKUASA PERASMIAN…Ahli Jawatankuasa Perasmian yang dipengerusi oleh Nasrun bersama Abdullah merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat tersebut



KOTA KINABALU: Bangunan Plaza Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Lahad Datu yang perletakan batu asas pembinaanya diadakan pada 29 Januari 2004 oleh Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai akan diresmikan pada 03 Jun ini.

Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, majlis perasminan Plaza (USIA) Lahad Datu ini dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman yang akan turut dihadiri oleh Sakaran,Ketua (USIA) Bahagian yang juga Wakil Rakyat Lahad Datu Datu Datuk Nasrun Datu Mansur serta barisan kepimpinan ahli majlis tertinggi (USIA)

Menurut Abdullah Plaza (USIA) setinggi lima tingkat dan dibina di atas tapak seluas 0.157 ekar dibina dengan kos sebanyak RM6 juta dan ianya dilaksanakan melalui usahasama antara pertubuhan tersebut bersam Syarikat Tomasen Sdn Bhd yang menjadi pemajunya.

“ Kedudukan Plaza ini amat stretegik terletak di tengah tengah Bandar Lahad Datu dan ianya merupakan satu lagi mercu tanda kejayaan pertubuhan ini dimana bangunnya berkonsepkan Wawasan Islam Hadhari yang turut memuatkan banguna pejabat dan ruang komersil” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pelaksana perasmian di pejabat (USIA) Lahad Datu yang terletak di Plaza ini baru baru ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Nasrun yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah dan turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa (USIA) Bahagian Lahad Datu

Menurut Abdullah Plaza ini selain memilik kemudahan Lif ia juga mempunyai kemudahan eskalator serta mempunyai beberapa lot untuk disewa untuk tujuan komersial dan pejabat.

“ Saya berharap ahli-ahli (USIA) khususnya di bahagian Lahad Datu dan sekitarnya, pemimpin masyarakat akan dapat hadir bersama-sama memariahkan majlis perasmiannya yang akan bermula jam 1.00 petang pada 03 Jun 2010 ini” jelas Abdullah

USIA SAMPAIKAN SUMBANGAN KERUSI RODA KEPADA PERKIPS SABAH


SERAH...Kelihatan Abdullah ketika menyampaikan sumbangan tersebut kepada Pengerusi PERKIMP Dr. Adlin dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat (USIA)



SUMBANGAN KERUSI RODA.....Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pagi kemarin bertempat di Ibu pejabat (USIA) jalan Sembulan telah menyampaikan sumbangan dua set kerusi roda kepada PERKIP ,Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin kepada Pengerusi PERKIP Dr. Adlin Zafrukan Haji Zakaria . Abdullah bekata kerusi tersebut adalah sumbangan dari Umno Bahagian Putatan yang disampaikan kepada pertubuhan tersebut sebelum ini semasa penganjuran program Juara Rakyat dan pertubuhan tersebut memikirkan sumbangan sesuai untuk diserahkan keada PERKIP bagi kegunaan para pesakit yang memerlukannya di Hospital Queen Elizebath Kota Kinabalu. Turut hadir di majlis penyampaian sumbangan tersebut termasuklah Timbalan Pengerusi PERKIP Haji Limon Mohd. Rapin serta pegawai pegawai kanan Ibu Pejabat (USIA)

USIA BAHAGIAN DIMINTA PERGIATKAN KEMPEN KEAHLIAN



ALBUM KENANGAN...Abdullah bersama Penolong Haji Arshad turut merakamkan gambar kenangan bersama peserta bengkel selepas menutup bengkel tersebut
TENOM: Semua bahagian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di negeri ini diminta agar lebih aktif mengadakan kempen keahlian agar lebih ramai lagi masyarakat Islam akan menyertai pertubuhan tersebut.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, setiap bahagian perlu berusaha untuk mengaktifkan kempen penambahan keahlian dari masa ke semasa dan berusaha menyampaikan maklumat berhubung dengan program yang telah dan akan dilaksanakan oleh (USIA) khususnya dalam program-program dakwah dan sebagainya.

" Jika ada kempen dan aktiviti berterusan di semua bahagian dan cawangan saya yakin masyarakat Islam di negeri ini akan mendapat gambaran berhubung dengan program yang kita jalankan dan ini sekali gus akan mendorong minat mereka menyertai pertubuhan ini" katanya semasa berucap merasmikan Bengkel Keahlian cawangan dan Bahagian anjuran (USIA) bahagian Tenom di Dewan Serba Guna Masjid daerah Tenom dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Arshad Edris dan Ketua (USIA) bahagian Tenom Paduman Abdul Majid.

Selain dari itu Abdullah juga meminta agar semua bahagian (USIA) di negeri ini mengambil langkah untuk mengemaskinikan rekod keahlian di peringkat cawangan dan bahagian-bahagian masing bagi tujuan untuk dimasukkan dalam data keahlian di peringkat ibu pejabat.

" Setakat ini kita telah berjaya merekodkan lebih dari 20,000.00 ahli dalam sistem pengkalan data kita dan rekod ini akan meningkat dari masa ke sama dan saya berharap usaha yang lebih komited di setiap bahagian diperlukan bagi mempestikan semua keahlian dari 25 bahagian dapat diperkemaskinikan sebelum penghujung tahun ini" tambah Abdullah

Dalam perkembangan berkaitan Abdullah juga tidak menolak kemungkinan akan mengwujudkan pangkalan data keahlian di semua bahagian dan untuk itu katanya pihak ibu pejabat (USIA) akan melatih para pegawainya di semua bahagian untuk memasukkan data sistem keahlian di peringkat bahagian

USIA TERIMA SUMBANGAN KERUSI RODA



SERAH SUMBANGAN…Kelihatan Abdullah yang mewakili (USIA) yang turut disaksikan oleh Marcus,Ir,Edward dan Pengerusi Penganjur Asan Nasip) menerima 2 buah kerusi roda yang disampaikan oleh Yahya sempana program tersebut.

USIA TERIMA SUMBANGAN…. Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) antara badan NGO yang menerima sumbangan 2 buah kerusi roda sempana dengan Program Juara Rakyat Umno Bahagian Penampang yang diadakan petang kemarin di kawasan Plaza Tanjung Aru. Program Juara Rakyat kali ini merupakan anjuran bersama antara badan NGO dan juga Swasta. Majlis Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Penampang kepada Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.

Abdullah ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut berkata, sumbangan dua buah Kerusi Roda tersebut akan diserahkan kepada golongan yang memerlukannya. Abdullah menambah program Juara Rakyat anjuran bersama badan NGO dan juga Swasta amat signifikan dalam usaha mengeratkan persefahaman serta kerjasama antara kerajaan , badan badan NGO dan pihak swasta di negeri ini.

Pada program kali ini (USIA) juga turut mengadakan pemeran bagi membolehkan orang ramai khususnya masyarakat Islam setempat mengenali lebih dekat organisasi dan juga program yang telah dan akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut. Antara pemimpin yang sempat melawat gerai (USIA) selain Yahya ianya juga turut dilawai oleh Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr. Marcus Mojigoh dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ir. Edward Yong Oi Fah