Isnin, 19 April 2010

Umat Islam Perlu Bersatu Pertahankan Kepentingan






IKATAN UKWAH...Sakaran diringi oleh Abdullah dan Ketua (USIA) bahagian Ranau Wasimin Haji Rashim bersalaman dengan ahli-ahli (USIA) bahagian Ranau Sejurus tiba di majlis tersebut


RANAU : Umat Islam perlu bersatu merangka tindakan untuk mempertahankan kepentingan umat Islam seluruhnya berbanding dengan kepentingan masing-masing.

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata sehingga kini, umat Islam masih belum dapat menyatukan fikrah, hadaf dan amal demi untuk mengekalkan kemurnian Islam.

"Kita kini lebih suka berpecah dan dipecahkan kepada kelompok dan ideologi masing-masing.

"Amat mendukacitakan apabila kepentingan peribadi mendahului agenda perjuangan, sehingga menjadi pergeseran emosional yang mencairkan kemantapan ukhuwah dan memecah kekuatan ummah," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian dan Pelancaran dan mesyuarat agung (USIA) bahagian Ranau di dewan Masyarakat Ranau baru baru ini

Hadir sama Menteri Pelancongan Kebudayaandan Alam Sekitar Datuk masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Ewon Ebin,Ahli Parlimen Ranau Datuk YB Datuk Siringan Gubat ,Timbalan yang Dipertua (USIA) Tan Sri Ampong Puyun dan Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin

Menurut Sakaran masih wujud perbezaan pendapat sehingga kita tidak dapat bersepakat dalam isu yang patut kita bersatu. Fenomena begini amat merugikan umat Islam, kerana kita akan menjadi lemah dan mudah dipermainkan oleh pihak lain.

"Marilah kita memantap ukhuwah dan bersepakat apabila bertindak dalam isu yang melibatkan kepentingan Islam," katanya.

Sakaran berkata perpaduan yang kukuh perlu dibentuk bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga dalam kalangan bukan Islam.

Katanya segala unsur yang boleh membawa kepada perpecahan perlu dielakkan dan sifat tolak ansur perlu dititikberatkan agar menjamin sebuah negara yang aman dan maju.

Sehubungan dengan itu Sakaran mengajak pemimpin dan ahli pertubuhan tersebut agar menjadi kan (USIA) sebagai landasan untuk menjalin semangat perpaduan dan mengerakkan seluruh tenaga dan pemikiran bagi melaksanakan program dakwah khusus untuk menegakkan syiar Islam di negeri ini.

“ Marilah kita bermuhasabah diri dengan menjadikan pertubuhan ini sebagai landasan penyatuan umat Islam dan bersediakan melaksanakan tanggungjawab untuk menjadikan dakwah sebagai asas perjuangan yang perlu kita utamakan” katanya :Oleh Jbw

Dalam pada itu Sakaran berharap dengan tersusunnya semula (USIA) bahagian Ranau lebih banyak program program dakwah serta program-program ,pendidikan keilmuan serta lain-lain program yang bukan sahaja memberikan manafaat kepada ahli-ahli pertubuhan tersebut namun ianya dapat dikongsi oleh masyarakat Islam khususnya di daerah itu

YDP USIA TUN SAKARAN SAMBUT HARI JADI KE 80 TAHUN



DIRAIKAN....Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai malam kemarin telah dirayahkan dalam majis sambutan ulang tahunnya yang ke 80 di kediaman resmi beliau di Likas. Majlis dimulakan dengan majlis tahlil dan doa selamat dan selepas itu Sakaran turut memotong pulut kuning .Antara mereka yang hadir termasuklah Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Tun Said, Timbalan Yang Dipertua (USIA) Tan Sri Datuk Seri Panglima Ampong Puyun Naib-Naib Yang Dipertua (USIA) Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin serta ahli-ahli Majlis Tertinggi (USIA)

Selasa, 13 April 2010

ERATKAN PERPADUAN KAUM DATUK NASIR



KUKUHKAN PERPADUAN...Datuk Nasir (tengah) diperhatikan Datuk Abdullah (kanan);Salahuddin Tahir (dua kiri);Ranchongan Amin (kiri) dan Jumain (tiga kanan) bersalaman mesra dengan salah seorang ahli USIA sempena majlis itu di Tambunan.

TAMBUNAN:Naib Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah(USIA),Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menyarankan ahli-ahli USIA di semua bahagian sentiasa mengukuhkan semangat perpaduan sesama agama dan bukan seagama disamping terus memberikan kerjasama kepada semua program dan aktiviti yang dikendalikan agensi-agensi kerajaan.

Katanya,semangat perpaduan dikalangan rakyat negeri ini perlu terus dipupuk kerana ianya salah satu cara mengekal dan mempertahankan keharmonian serta keamanan yang dinikmati selama ini.

Beliau menambah,keamanan dan kemakmuran yang dikecapi segenap lapisan rakyat di Negara ini tidak seharusnya diabaikan malah ianya harus dihargai serta disyukuri sambil terus mengukuhkan perpaduan sesama kaum.

Nasir menegaskan, keadaan aman,makmur dan selamat yang dinikmati rakyat negara ini telah memungkinkan kehidupan pelbagai etnik hidup dalam keadaan sejahtera serta bebas mengamalkan anutan agama masing-masing dan saling bertoleransi kaum.

Sehubungan itu beliau mengingatkan semua kaum terus mengamalkan perpaduan dan mengamalkan semangat gagasan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak.

Selain itu rakyat juga harus sentiasa berwaspadah dengan anasir-anasir yang cuba mengambil kesempatan memesongkan kepercayaan kepada kerajaan yang diterajui kepimpinan hari ini yang telah banyak menabur jasa membela nasib rakyat serta membangunkan Negara ini.

Beliau berkata demikian sempena mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli USIA Bahagian Tambunan yang dihadirisama Setiausaha Agung USIA,Datuk Haji Abdullah Hussin;Setiausaha Rendah 1 JKM,Haji Said Hinayat;Penolong Pegawai Daerah Tambunan,Salahuddin Tahir;Penolong Pegawai Daerah Nabawan,Ranchongan Amin;Ketua USIA Bahagian Tambunan,Jumain Abd Ghani,Setiausaha Sulit MJKM serta ahli-ahli dan ahli-ahli Wanita USIA Tambunan.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah sebelum itu telah melakukan lawatan ke Daerah Kecil Pagalongan,Pensiangan sempena Program Ziarah Kareah anjuran JHEAINS serta merasmikan majlis Kursus Pengukuhan Penguatkuasaan Kesalahan Jenayah Syariah Untuk Pegawai-Pegawai Masjid di Keningau.Oleh:ARSHAD HUSSIN.

Selasa, 6 April 2010

MASJID TUN MUSTAPHA KAMPUNG SUANG LAMBA GOMANTONG PERLU DIPERBAIKI KERANA MEMPUNYAI MEMOMUNTUM SEJARAHNYA TERSENDIRI





TANDA INGATAN …Abdullah bersama Latip memerhatikan papan tanda (plug) perasmian masjid ini yang masih kekal sehingga hari ini dimana masjid ini telah dirasmikan oleh bekas Ketua Menteri yang juga Pengasas (USIA) Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun.

KINABATANGAN: Masjid Tun Mustapha di Kampung Suan Lamba Gomantong kira kira setengah jam perjalanan menggunakan kenderaan dari Pekan Kinababatangan merupakan antara masjid yang tertua di negeri ini dan mempunyai memontumnya tersendiri.

Dibina atas tapak seluas satu ekar masjid yang dirasmikan oleh mantan Ketua Menteri ketika itu Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun pada 2 Julai 197 kini hampir berusia 39 tahun bukan sahaja perlu dikekalkan sebagai memotum sejarah kerana dirasmikan oleh Ketua Menteri ketika itu yang juga pengasas kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)

Masjid Tun Mustapha Kampung Suan Lamba Gomontong ini bukan sahaja perlu dikekalkan sebagai warisan sejarah namun kemudahan asas insfrastrukturnya juga perlu diperbaiki dan dipertingkatkan sebagai rumah ibadah dimana masyarakat Islam di kampung ini dan sekitarnya masih menggunakan masjid ini untuk berjemaah.

Melihat kepada kedaifan bangunan masjid ini seperti kerosakkan di beberapa bahagian siling,kubah,lantai kemudahan tempat berwuduk dan tandas selaras dengan usaha untuk mengekalkan masjid ini sebagai memountum yang mempunyai sejarahnya tersendiri, badan dakwah daerah Kinababtangan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerahnya Latip Kandok dengan kerjasama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang dihadiri oleh Setiausaha Agungnya Datuk haji Abdullah Hussin baru baru ini telah mengadakan mesyuarat di pejabat daerah Kinabatangan khusus untuk membincangkan usaha-usaha untuk membaiki serta meningkatkan kemudahan asas di masjid tersebut.

“ Usaha untuk memperbaiki masjid ini perlu dilakukan bukan sahaja untuk meningkatkan kemudahan asasnya demi kemudahaan dan keselesaan masyarakat Islam setempat beribadah namun masjid ini mempunyai sejarahnya tersendiri yang perlu dikekalkan sebagai satu identiti masyarakat Islam di negeri ini khususnya di kawasan ini” kata Latip ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Menurut Latip yang juga Ahli Majlis Tertinggi (USIA) lebih dari 500 ribu diperlukan untuk kerja-kerja menaiktaraf masjid ini dimana satu kertas kerja cadangan akan dikemukakan kepada kerajaan disamping memohon sokongan dari pelbagai pihak termasuklah syarikat syarikat kerajaan untuk mendapatkan dana yang digunakan untuk melaksanakan projek ini.

Sementara itu Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, usaha yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut perlu mendapat sokongan dari pelbagai pihak ini kerana masjid tersebut menjadi lambing kemegahan umat Islam khususnya semasa era kepimpinan Allahyarham Tun Datu Mustapha tokoh yang banyak menyumbang terhadap perkembangan syiar Islam di negeri ini.

“ (USIA) akan memberikan kerjasama sertas sokongan terhadap usaha untuk menaiktaraf masjid ini ,agar masjid yang dinamakan sempena pegasas (USIA) ini kekal dan dapat digunakan oleh genarsi msa kini dan akan datang bukan sahaja sebagai tempat beribadah namun sejarahnya akan terus terpahat dalam ingatan masyarakat Islam di negeri ini khususnya di kawasan Kinabatangan” tambah Abdullah.

Sabtu, 3 April 2010

UMAT ISLAM PERLU BERILMU PENGETUHAN DAN INOVASI






DIHARGAI….Sakaran diiringi oleh Jainab, Abdullah dan Arshad ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pembimbing kursus tersebut

KOTA KINABALU :Ilmu pengetahuan dan inovasi merupakan kunci kejayaan bagi umat Islam untuk mendapatkan kembali status sebagai pihak yang memiliki peradaban yang tinggi.

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata tanpa pengetahuan dan inovasi di kalangan umat Islam akan menjejaskan masa depan yang membawa umat Islam kehilangan kedaulatan dan pengaruhnya.

“ Kita perlu meletakkan kemampuan penguasaan dalam bidang ilmu pengetahuan dan inovasi bagi membolehkan umat Islam mampu bersaing diperingkat global termasuklah menguasai bidang ekonomi” katanya ketika berucap meramsikan penutupan Kursus Pengurusan Jenazah bagi kawasan dewan Undangan negeri Karambunai di Masjid An Nur kampong Rampayan Menggatal dekat sini petang kemarin.

Hadir sama Wakil rakyat kawasan Karambunai datuk jainab datuk Seri Panglima Haji Ahmad .Ketua (USIA) Bahagian Kota Kinabalu Datuk Haji Arshad Edris,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Pengerusi Penganjur Masri Haji Mansor.

Menurut Sakaran peningkatan penguasaan dalam pendidikan merupakan langkah yang sangat penting dan dengan kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan ketika ini, umat Islam perlu memanafaatkan sepenuhnya kemudahan tersebut
Katanya, umat Islam perlu bersatu menghadapi tantangan global antaranya soal kemiskinan, ketidakseimbangan ekonomi dan tidak kurang pentingnya soal kemantapan ukhwah yang menjadi bentang kekuatan bagi umat Islam untuk bergerak maju ke hadapan.

Mengulas program tersebut Sakaran berkata ianya merupakan satu program yang perlu dimanafaatkan oleh masyarakat Islam setempat bagi melatih serta memberikan kefahaman yang jelas tentang kefahaman cara menguruskan jenazah khususnya kepada golongan muda.
Katanya,dalam era globalisasi semasa yang banyak dipengaruhi dunia Barat ketika ini dilihat sedikit sebanyak menyebabkan ramai antara kita khususnya golongan muda tidak mengetahui aspek pengurusan jenazah yang betul.

Keadaan ini menyaksikan pada masa ini hanya sedikit sahaja yang dapat mengendalikan pengurusan jenazah yang kebanyakannya terdiri dari 'orang masjid' dan golongan berumur sahaja.

“ Dengan adanya kursus seumpama ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Islam khususnya golongan muda untuk mendalami cara pengurusan jenazah yang betul mengikut ajaran Islam” katanya.

Khamis, 1 April 2010

LAWATAN AMAL WANITA USIA KE WAD PALIATIF HOSPITAL QUEEN ELIZABETH KOTA KINABALU






BERTANYAKAN KHBAR...Kelihatan Rokiah bersama rombongan sempat bertanyakan khabar sambil menghulurkan sumbangan hamper kepada salah seorang pesakit yang
dirawat semasa lawatan tersebu
t

LAWATAN AMAL....Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pagi kemarin telah melakukan lawatan awal Ke Wad Paliatif Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Lawatan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Wanita (USIA) Pusat Datin Hajah Rokiah Haji Badar itu turut disertai oleh Ahli jawatankuasa Wanita (USIA) pusat .Semasa lawatan rombongan turut mengagih-agihkan sumbangan berupa hamper dan keperluan makanan kepada para pesakit yang sedang dirawat di wad tersebut. Rokiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabajikan Wanita (USIA) Pusat ketika ditemui selepas majlis ini berkata, program tersebut merupakan salah satu program kebajikan dan khidmat masyarakat yang akan terus dilaksanakan oleh Wanita (USIA) Pusat. Katanya melalui lawatan seumpama itu bukan sahaja Wanita (USIA) menunjukan rasa keprihatinan kepada mereka yang dilawati sekali gus ianya dapat mengerakkan hubungan silatulrahim antara pertubuhan tersebut dengan masyarakat luar