Ahad, 28 Mac 2010

USIA ANJUR BENGKEL PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN






MESRA....Abdullah bersalaman dengan kakitangan (USIA) yang menghadiri bengkel tersebut

KOTA KINABALU: Walaupun Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) hanya merupakan salah sebuah badan NGO Islam namun ia turut memberikan penekanan terhadap keberkesanan, akauntabiliti, profesional dan cekap serta pantas bekerja dan produktif dalam sistem pentadbiran dan kewangannya di semua peringkat.

Perkara ini dibuktikan apabila seramai 42 orang peserta dari 25 buah bahagian pertubuhan tersebut telah menghadiri Bengkel pengurusan Pentadbiran dan Kewangan yang dianjurkan oleh ibu Pejabat (USIA) di sini baru-baru ini.

Bengkel yang memberikan pengkhususan terhadap keberkesanan jentera pentadbiran dan juga kewangan dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari ibu pejabat (USIA) bahagian pentadbiran dan kewangan bagi membantu memperkaskan sistem pentadbiran di semua bahagian (USIA) di negeri ini.

Bengkel yang dirasmikan ikan oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin itu turut dihadiri oleh Naib Yang Dipertua (USIA) Haji Amin Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan dari ibu Pejabat (USIA)

Berucap semasa merasmikan bengkel tersebut Abdullah turut menekankan agar kaki tangan (USIA) di semua peringkat termasuk di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan dapat menarapkan nilai-nilai murni seperti keikhlasan dalam bekerja yang perlu dilihat sebagai suatu yang relevan demi untuk memperkasakan peranan serta tanggungjawab organisasi kepada ahli-ahlinya.

Katanya, mereka perlu ikhlas bekerja dan sering mempunyai daya minda yang positif dan berketerampilan dengan memberikan perhatian terhadap kualiti tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Menurut beliau bahagian Pentadbiran dan Kewangan adalah sebuah unit yang menjadi peneraju penggerak kepada aktiviti serta penjana kepada semua aktiviti pentadbiran yang merangkumi perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran am serta hal ehwal kewangan.

“ Dengan adanya bengkel seperti ini adalah diharapkan ianya akan menjadi garis panduan sebagai asas kepada kakitangan (USIA) untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan penuh efisin dan kemaskini” katanya.

Isnin, 22 Mac 2010

USIA TERIMA KUNJUNGAN (PERKIPS) HOSPITAL TAWAU







MESRA…Sakaran diiringi oleh Abdullah bersalaman dengan ahli ahli (PERKIPS) Hospital Tawau sejurus tiba di majlis tersebut



KUNJUNGAN HORMAT…. Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai pagi kemarin menerima kunjungan hormat dari Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Sabah (PERKIPS) Hospital Tawau.Kunjungan tersebut diketuai oleh Dr.Rasidah Shaikh Salin Pengarah Hospital Tawau dan Dr. Syed Zaifullah Hamzah Yang Dipertua (PERKIPS) Hospital Tawau. Semasa kunjungan tersebut Sakaran turut diberikan taklimat tentang program program yang telah dan akan dilaksanakan oleh persatuan tersebut . Sakaran pula semasa menyampaikan ucapan di majlis tersebut berharap agar persatuan tersebut dapat memainkan peranannya bukan sahaja melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk ahli-ahlinya namun turut melibatkan kepentingan masyarakat setempat khususnya masyarakat Islam. Menurut beliau sebagai sebuah persatuan berorentasikan kebajikan dan dakwah persatuan tersebut juga boleh memainkan peranan untuk mengerakkan program dakwahnya bagi mengembangkan syiar Islam di negeri ini. Hadir sama menyembut kedatangan rombongan tersebut Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.

USIA PASTIKAN LEBIH RAMAI AHLI DIBERI LATIHAN




CAPAI KESEPAKATAN ...Kelihatan Sakaran sedang memerhatikan majlis pertukaran dokumen antara Abdullah dan Taidin di majlis tersebut


KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan memastikan lebih ramai ahlinya di seluruh negeri diberikan latihan dan bimbingan dalam usaha memantapkan pembangunan modal insan, kata Yang Di Pertua USIA, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran Dandai.

Beliau berkata, sebagai sebuah organisasi berorientasikan dakwah Islam, USIA amat menitikberatkan pembangunan modal insan selaras dengan usaha kerajaan yang memberi keutamaan untuk melahirkan modal insan berkualiti.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Menandatangani Perjanjian Antara USIA dan UGMC di Tingkat 7, Wisma Tun Fuad Stephens, di ibu negeri kelmarin.

UGMC merupakan sebuah syarikat juru perunding yang telah berkecimpung dalam bidang latihan dan khidmat runding cara sejak 16 tahun lepas dan pernah mengendalikan bengkel dan kursus kepada 200 syarikat korporat, agensi dan jabatan kerajaan sama ada di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, Negara Asean dan Timur Tengah

Perjanjian Persefahaman itu antara kedua-dua pihak merupakan detik bersejarah kerana buat pertama kalinya sebuah NGO Islam menjalin kerjasama mantap dalam usaha memantapkan pembangunan modal insan di negeri ini.

"Dalam dunia sekarang, segala-galanya bergantung kepada ilmu dan kemahiran. Ilmu dan kemahiran hanya boleh diperolehi melalui latihan dan bimbingan," katanya.

Katanya, bidang latihan dan khidmat bimbingan boleh boleh meningkatkan kecekapan ahli-ahli, menambahkan kualiti diri, berdaya saing dan cemerlang.

Beliau yakin kerjasama pintar yang diterokai antara dua pihak itu akan membantu melahirkan modal insan berkualiti di negra ini.

Perjanjian MoU itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung USIA, Datuk Haji Abdullah Hussin dan Setiausaha Kerja, Misnan Warman bagi pihak USIA manakala bagi pihak UGMC ditandatangani oleh Ketua Juruperunding UGMC, Taidin Suhaimin dan Managing Partner UGMC, Ahmad Abbas.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Yang Di Pertua USIA, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Ampong Puyon, Naib Yang Di Pertua USIA, Datuk Haji Matussin Awang Damit, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi USIA yang juga Wakil Rakyat Bangi Mijul Unani serta ahli-ahli majlis tertinggi (USIA) yang lain

Sabtu, 20 Mac 2010

Umat Islam perlu pantas kuasai ilmu era globalisasi







Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersalaman dengan kontenjen Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Bahagian Beaufort sebelum perarakan bermula sempana sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Beaufort kemarin.

BEAUFORT : Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menggesa umat Islam supaya bergerak pantas merebut peluang menguasai ilmu bagi menghadapi cabaran global yang semakin sengit.

Beliau berkata, umat Islam perlu pantas merebut peluang menguasai ilmu dalam era globalisasi yang bercambah dan berkembang dengan amat pantas sekali.

``Sekiranya, umat Islam tidak turut bergerak pantas merebut peluang yang ada bagi menguasai pelbagai ilmu yang tersedia, kita tidak akan mampu mendepani cabaran dunia semasa yang lebih perit dan getir,'' katanya ketika berucap merasmikan sambutan maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Beaufort di Dewan Masyarakat Pa Musa di sini pagi kemarin

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, cabaran yang menanti umat Islam hari ini bukan sahaja menuntut mereka menyediakan diri agar siap sedia dalam persaingan sesama manusia sejagat tetapi juga untuk memperbetulkan sebarang salah tanggapan yang sering dilontarkan kepada agama Islam

Beliau juga berkata, umat Islam di Malaysia harus berbangga menjadi rakyat negara ini dan mengecapi nikmat hidup dalam aman dan damai secara berkekalan, serta kestabilan dan pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan.

Menurut Lajim lagi , rakyat di negara ini mengecapi terlalu banyak nikmat, namun segala nikmat itu hanya akan dapat dilihat dan dirasai sekiranya mereka mengoptimumkan kemampuan akal.

Beliau berkata, hanya insan yang berilmu serta tahu untuk menggunakan ilmunya di jalan yang benar, akan sentiasa bijak menggunakan dan memanfaatkan nikmat yang ada bukan sahaja untuk kepentingan diri tetapi juga untuk insan-insan di sekelilingnya

``Justeru, umat Islam hari ini tidak boleh alpa dengan segala kesenangan dan keselesaan yang ada, sebaliknya harus sentiasa gigih dan tekun berusaha mengangkat martabat diri sejajar dengan ajaran dan tuntutan agama Islam “ katanya

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort mahu umat Islam mencontohi serta mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad SAW iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia merupakan ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.

Katanya empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasi bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif.

Terdahulu Lajim mengetuai perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Beaufort lebih 1,000 umat Islam bermula dari Perkarangan Masjid Daerah ke Dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort

Sementara itu Penyelia Sekolah Agama (Jheins) bahagian Beaufort Haji Jusih Haji Sarin diumumkan sebagai penerima anugreh khas Maulidur Rasul Peringkat Daerah Beaufort semantara dalam acara perarakan Kontenjen Jabatan Kerajaan dimenangani oleh Kontenjen Mahkamah Anak Negeri dan kontenjen Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Beaufort muncul sebagai johan bagi kontenjan bahagian awam

Isnin, 15 Mac 2010

ZIARAH





MENDOAKAN..Kelihatan Sakaran Aklee,Abdullah turut mengaminkan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad dari bahagian dakwah ibu Pejabat (USIA) semasa kunjungan tersebut.


ZIARAH....Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai petang kemarin melakukan ziarah kepada Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Aklee Haji Abas di kediaman beliau di kampung Tanjug Aru. Aklee yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sukau yang baru saja kembali ke tanah air dua bulan lepas setelah menjalani rawatan pemindahan buah pinggang di Hospital Naning China.Disamping ziarah bertanya kahbar Sakaran juga turut mendoakan Aklee cepat sembuh dan kembali aktif bersama (USIA) .Turut mengiringi ziarah Sakaran Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin serta kaki tangan dari ibu pejabat (USIA)

PERKAHWINAN PADA USIA KANAK-KANAK TIDAK WAJAR




MESRA…Abdullah bersalaman dengan ahli jawatankuasa penganjur sejurus tiba untuk merasmikan seminar tersebut


SEMPORNA: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah memandang berat isu kahwin yang melibatkan kanak-kanak dibawah umur sebagaimana yang dilaporkan di media cetak yang berlaku di kampong Kuala Krai Kelantan.

Dalam kes berkenaan kanak-kanak Siti Nur Zubaidah Hussin 11 tahun telah dikahwinkan oleh ayahnya sendiri Hussin Mat Salleh dengan Shamsuddin Che Deraman selepas percaya perbuatan itu mengikut sunnah Nabi Muhamad.

Selepas berkahwin kanak-kanak tersebut dilarikan sebelum dijumpai ditinggalkan di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera Kepong Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata beliau bersetuju dengan pendapat Menteri Pembanguna Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar pihak yang berkenaan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam kes ini.

Abdullah berkata kanak-kanak seharusnya diberikan peluang membesar,menikmati zaman remajanya, belajar serta mencapai cita-cita dalam hidupnya sebelum memikirkan soal perkahwinan dan adalah tidak wajar mereka dipaksa berkahwin terutamanya dalam usia yang masih muda.

Abdullah berkata demikian ketika ditemui di Sempurna selepas merasmikan Seminar Kefahaman Islam anjuran bahagian Dakwah JAKIM Pusat dengan keja sama NGO Islam di sini dan turut diminta mengulas Isu ini

Menurut beliau,Sunah Rasulullah tidak harus disalah tafsir dan dijadikan alasan oleh mana-mana pihak dengan membenarkan amalan perkahwinan kanak-kanak.

“ Imej Islam adalah sangat baik dan mulia,maka perbuatan yang boleh menjejas dan merosakkan imej Islam haruslah dijauhi” katanya

Terdahulu ketika berucap merasmikan majlis tersebut Abdullah berkata, para pendakwah mempunyai tanggungjawab besar untuk menyebarkan dakwah Islam oleh itu mereka harus mempelbagaikan pendekatan dan teknik dakwah untuk menghadapi cabaran tersebut.

Abdullah juga menambah hubungan erat badan badan NGO Islam termasuklah (USIA) dalam melaksanakan program dakwah amat penting dimana ianya akan memberikan impak yang besar terutamanya dalam mengembangkan syiar Islam di Negara ini

“ Kita berharap perkongsian pintar ini akan menjadi landasan bagi semua badan badan NGO Islam untuk bergerak seiring bagi memperkasakan lagi syiar Islam di negeri ini” katanya.

Rabu, 10 Mac 2010

WANITA USIA BERHARAP ISU PENDERAAN KANAK-KANAK DITANGANI SEGARA



MANTAP….Norsuadah bersama ahli jawatankuasa Wanita (USIA) pusat merakamkan gambar kenangann selepas mesyuarat tersebut berakhir

KOTA KINABALU: Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kejadian keganasan rumah tangga sejak akhir-akhir ini.

Ketuanya Datin Seri Panglima Hajah Norsuadah Haj Basah berkata, banyak berita mengenai penderaan kanak-kanak dilaporkan masa kini sehingga menyebabkan kematian yang kebanyakannya berpunca daripada masalah keluarga mereka sendiri.

" Walaupun kes seperti ini agak terpencil berlaku di Sabah namun semua pihak termasuk badan badan sukarela perlu prihatinan dan mengambil pelbagai pendekatan
masalah ini tidak akan menular dalam kehidupan masyarakat kita hari ini " ujarnya.

Beliau berkata, kepincangan yang berlaku di kalangan masyarakat dengan berlakunya kejadian jenayah dan salah laku itu juga sebenarnya bermula daripada kepincangan di dalam institusi keluarga itu sendiri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Wanita (USIA) Pusat di Ibu Pejabat pertubuhan tersebut pagi kemarin.

Norsaudah berkata, antara langkah yang boleh diambil bagi mengelak kejadian penderaan anak dan isteri ialah meningkatkan suasana berkasih sayang dalam keluarga.

Selain itu katanya peranan masyarakat termasuk badan-badan sukarela dan Ngo dalam membantu menangani masalah ini amat diperlukan agar ianya tidak menjadi sindrom yang boleh meruntuhkan nilai dan batas batas kemanusian.

“ Sebagai badan sukarela Wanita (USIA) akan terus memainkan peranannya bagi melaksanakan beberapa program khususnya dalam memantapkan institusi keluarga antaranya menganjurkan seminar,forum dan sebagainya ” katanya

Semantara itu Bendahari Wanita (USIA) Pusat Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong (gambar ) pula ketika ditemui berkata, ibu bapa perlu membimbing anak-anak dengan ilmu agama agar mereka rasa dikasihi dan tidak mencari orang lain untuk dijadikan tempat meluahkan perasaan.

Katanya, masyarakat harus bersikap prihatin dan mengambil peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka agar kejadian tidak diingini seperti penderaan dapat dibendung

Selasa, 9 Mac 2010

USIA ANJUR KLINIK GUAMAN DI LAHAD DATU



KOTA KINABALU: Orang ramai khususnya masyarakat Islam di daerah Lahad Datu berpeluang untuk menyertai Klinik Guaman dimana Biro Perundangan dan Perlembagaan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan mengadakan pemeran dan juga Klinik Guaman sempana dengan sambutan Mauldir Rasul SAW peringkat daerah Lahad Datu pada 13 Mac (sabtu) ini.

Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin (gambar ) berkata, klinik ini merupakan salah satu dari pada pengisian program sempana dengan sambutan tersebut yang akan diadakan di Dewan Sri Perdana dekat sini dan merupakan program pertama kali yang pernah dianjurkan oleh Biro berkenaan yang dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua (USIA) Datu Datuk Nasrun Datu Mansur

Menurut Abdullah Biro Perundangan dan juga Perlembagaan (USIA) merupakan salah satu biro yang ditubuhkan oleh pertubuhan tersebut khususnya bagi memberi khidmat nasihat dan juga bantuan guaman kepada ahli-ahlinya.

“ Selain itu Unit Pemeran dari ibu pejabat (USIA) juga terlibat sama untuk mengadakan pemeran dimana orang ramai khususnya masyarakat Islam akan dapat mengenali secara lebih dekat organisasi (USIA) serta program yang telah dan akan dilaksanakan oleh pertubuhan ini” katanya ketika ditemui di ibu pejabat (USIA) jalan Sembulan pagi kemarin

Sementara itu Abdullah berkata forum agama juga akan diadakan sempana sambutan kali ini dimana tiga panel dari unit dakwah ibu pejabat (USIA) yang terdiri dari Pengarah dakwah UstazAbuhuraira Abdurrahman, Ahli Dewan Ungan Negeri Tengku Datuk Suhaili Said dan Ustaz Suherto Soekarni terlibat untuk menjayakan forum kali ini.

Orang ramai khususnya masyarakat Islam stempat dijemput hadir bagi memariahkan sambutan kali ini dimana Nasrun yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri dijangka akan merasmikanya

Sabtu, 6 Mac 2010

Jadikan al-Quran sebagai sumber ilmu dan intelektual dalam kehidupan






PENGHARGAAN…Lajim menerima cendera kenangan dari Sahari selepas merasmikan majlis tersebut

BEAUFORT: Umat Islam di negeri ini disaran menyelidiki, mengkaji dan menghayati isi kandungan al-Quran bagi menghadapi pelbagai cabaran berikutan pelbagai kemelut ekonomi, politik dan sosial yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang menyarankan demikian, berkata. ilmuwan Islam terdahulu menjadikan al-Quran sebagai sumber berfikir dan mencetuskan anjakan perubahan dalam kehidupan bagi menyelesaikan kemasalahan ummah

Menurut beliau kitab Al-Quran membimbing umat Islam bagaimana memahami definisi kemajuan dan modenisasi serta pedoman kepada kita (mengenai) pengertian sains dan teknologi.

“Al-Quran mengandungi pelbagai disiplin ilmu yang tidak dapat dijelaskan oleh mana-mana pihak” katanya

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Limbawang di Masjid Kampung Lubak dekat sini malam kelmarin.

Hadir Sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,,Pegawai Takbir (Jehins) Bahagian Beaufort Abidin Alihassan,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Ishak Ibrahim dan Pengerusi Penganjur Imam Sahari Haji Sapri

Sehubungan dengan itu , beliau menyeru umat Islam memanfatkannya sepenuhnya ilmu yang terkandong dalam kita suci Al Quran sebagai panduan menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna bukan sahaja untuk dunia malah di akhirat

“Kitab al-Quran bukan hanya untuk dibaca semata-mata bahkan apa yang lebih penting ialah memahami maknanya, dikaji maksudnya, disingkap rahsianya serta diamalkan tuntutan dan perintahnya,” katanya.

Lajim menambah tradisi membudayakan al-Quran di kalangan masyarakat Islam akan menjadikan ilmu Islam berkembang dan menunjangi cabang ilmu serta kemajuan.

Seramai 4 orang qari dan qariah dari Zon Limbawang telah menyertai majlis tilawah tersebut dimana johan qari dan qariah dalam tilawah tersebut akan mewakili Zon Limbawang ke majlis Tilawah Al Quran peringkat daerah Beaufort yang akan diadakan pada penghujung bulan Mac ini. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Isnin, 1 Mac 2010

USIA TEKANKAN KEPENTINGAN PERPADUAN MELALUI PROGRAM USRAH






DIHARGAI….Abdullah menerima cendera kenangan dari pengerusi penganjur Abd.Kahar selepas melancarkanprogram tersebut

KOTA MARUDU : Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) memberikan penekan terhadap kepentingan pembentukan ikatan perpaduan di kalangan umat Islam di negeri ini yang

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, berasaskan kepada kepentingan tersebut (USIA) pada tahun ini turut memasukkan program usrah sebagai salah satu program tahunannya.

Katanya melalui program usrah ianya dapat memimpin penganut Islam ke arah contoh-contoh pujian yang tinggi di samping mengukuhkan ikatan yang sedia ada.

“ Selain itu, mutu ukhuwwah antara sesama ahli boleh ditingkatkan iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan” katanya ketika berucap melancarkan program Usrah anjuran pertubuhan tersebut di Masjid Daerah Kota Marudu baru-baru ini

Hadir sama Pengarah Dakwah (USIA) Abdu Huraira Abdurrahman dan Ketua (USIA) bahagian Kota Marudu Abd. Kahar Abd.Rahman

Menurut Abdullah rukun usrah yang pertama ialah taaruf antara satu sama lain dimana ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama dimana ianya sekali gus dapat mengwujudkan semangat ukhuwwah dikalangan umat Islam .

Dalam perkembangan lain Abdullah juga berkata pertubuhan tersebut berusaha menyesuaikan program dakwahnya selaras dengan kehendak dan tuntutan semasa.

Katanya selain program usrah pertubuhan itu juga tutut ,mengadakan program kelas-kelas pengajian agama,ziarah sekampong, termasuklah khemah dakwah untuk pelajar sekolah.

“ Tahun ini kita telah menetapkan tiga khemah dakwah akan kita anjurkan masing masing di kampong Panibawan Tuaran, Teluid dan Babawan” katanya.

Abdullah juga menambah pihak ibu Pejabat telah memperkemaskinikan bahagian-bahagiannya di seluruh Sabah dimana setiap bahagian dikehendaki untuk terus memperhebatkan kempen keahlian bagi membolehkan Umat Islam menyertai pertubuhan tersebut.

ZIARAH.....


BERTANYA KAHBAR...Kelihatan Abdullah bertanya kahbar kepada Sadinan sambil menghulurkan sumbangan semasa ziarah tersebut
ZIARAH....Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin yang diiringi oleh Ketua (USIA) Bahagian Kota Marudu Abd.Kahar Abd.Rahman dan Pengarah Dakwah (USIA) Abduhuaira Abdurahman pada pagi ahad lepas meluangkan masa bagi menziarahi bekas ahli jawatankuasa (USIA) bahagian Kota Marudu Sadinan Othman yang kini terlantar sakit lumpuh di kediamannya di sini hampir 8 bulan yang lalu . Sadinan yang juga Suami kepada Ketua Wanita (USIA) bahagian Kota Marudu Ramlah Rammelan merupakan seorang ahli jawatankuasa (USIA) bahagian Kota Marudu yang aktif dan menduduki jawatan tersebut selama dua panggal.

Semasa ziarah tersebut Abdullah turut memberikan ransangan nasihat akar keluarga Sadinan tambah menghadapi ujian dari Allah SWT disamping menghulurkan sumbangan dari (USIA) bagi meringankan beban keluarga Sadinan