Sabtu, 27 Februari 2010

USIA ADAKAN PEMERAN DI RANAU




TERTARIK....Kelihatan Datuk Masidi begitu teliti dan tertarik dengan salah satu gambar yang dipemarkan semasa pemeran tersebut


SERTAI PEMERAN...Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dalam usahanya mendekati umat Islam di peringkat akar umbi bagi memperkenalkan secara dekat tentang program dan peranan organisasi ini, pada pagi kemarin meneruskan aktivitinya bagi menyertai pemeran sempana dengan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Ranau. Majlis yang diresmikan oleh Menteri Pelancungan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun turut meluangkan masa untuk melawat gerai (USIA) yang menyertai pemeran sempana sambutan tersebut. Pelbagai bahan cetak, gambar dan maklumat program yang telah dan akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut turut dipemirkan. Kempen penambahan ahli (USIA) dan ahli Koperasi (USIA) juga turut diadakan semasa pemeran kali ini yang cukup mendapat perhatian serta makluman balas positif dari kalangan umat Islam yang berkunjung ke gerai pemeran (USIA) kali ini. Oleh Jaafar Abdul Wahid

YDP DAN TYDP USIA HADIR KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN





HADIR SAMA...Kelihatan Lajim (kiri) sekali Sakaran (tiga dari kiri) bersama kenamaan lain semasa menghadiri perhimpunan sambuatan Mailudur Rasul peringkat kebangsaan di Majis Putra,Putrajaya pagi pagi jumaat lepas.


Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai bersama Timbalannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin adalah antara pemimpin pertubuhan Islam yang turut hadir memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 yang bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' di Masid Putra Putra Jaya pada jumaat lepas.

Sambutan tahun ini disambut meriah dengan penyertaan 106 kontinjen perarakan melibatkan 6,979 orang peserta.

Uniknya pada tahun ini, selepas perarakan berlangsung bermula di Istana Kehakiman hingga ke Dataran Putra, majlis diteruskan di Masjid Putra sebagai simbolik bagi mengingati perjuangan Nabi Muhammad SAW menyampaikan risalah kepada umat Islam.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berkenan ke majlis tersebut.

Turut sama memeriahkan majlis ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemani isteri masing-masing

USIA SERTA PEMERAN SEMPANA PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT BAHAGIAN BEAUFORT







PENGHARGAAN...Kelihatan Abdullah menyerahkan buku sebagai cendra kenangan kepada Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) yang juga Timbalan Yang Dipertua (USIA) semasa berkunjung ke gerai tersebut


Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) telah menyerta pemeran semasa majlis Pelancaran Umno Juara Rakyat bahagian Beaufort di Tapak Tamu Pekan Beaufort pada ahad lepas. Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, penyertaan pertubuhan tersebut dalam pemeran tersebut merupakan antara pendekatan (USIA) bagi memberikan ruang kepada masyarakat Islam di negeri ini mengenali lebih dekat organisasi serta program yang telah dan akan dilaksanakan oleh (USIA) sepanjang tahun. Menurut beliau peyertaan bukan sahaja mempemirkan gambar gambar aktiviti (USIA) sepanjang tahun namun sejarah perjuangan (USIA) dalam gerakan dakwah khususnya dalam mengembangkan syiar Islam di negeri ini boleh diperolehi oleh orang ramai semasa pemeran ini. Beliau menambah kempen keahlian (USIA) juga turut diselit semasa pemeran ini dimana umat Islam yang ingin menyertao pertubuhan tersebut boleh mendapatkan borang keahlian dari gerai (USIA) atau di pejabat pejabat (USIA) bahagian di seluruh Sabah.

Sambil berpuas hati dengan sambutan masyarakat Islam dan orang ramai terhadap pemeran tersebut Abdullah berkata penyertaan tersebut selari dengan slogan program Juara Rakyat yang dianjurkan oleh Umno.

USIA LIPATGANDAKAN GERAKAN DAKWAH





Yang Dipertua USIA Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut
KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh (USIA) akan terus melipat gandakan usahanya bagi mengerakkan program dakwah di negeri ini sesuai dengan matalamat utamanya dalam bidang dakwah.

Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata. pada tahun ini pertubuhan tersebut memberikan tumpuan kepada pengisian ilmu agama kepada umat Islam khususnya saudara baru.

“ Seiring dengan cabaran semasa kita ingin melihat ada umat Islam yang terpinggir dari menerima pendidikan ilmu agama khususnya dalam memantapkan jatidiri umat Islam sebagai umat yang cemerlang dari segi minda,rohani serta aqidahnya ” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat penuh ahli majlis tertinggi (USIA) yang pertama kali bagi sesi 2010-2013 di ibu pejabat (USIA) jalan Sembulan pagi kemarin.

Hadir sama Timbalanya Tan Sri Ampong Puyun, Naib-Naib Yang DiPertua, Setiusaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin dan Bendahari Agung (USIA) Datuk Karim Haji Bujang.

Sehubungan dengan itu Sakaran berkata program-program seperti kelas kelas pengajian di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Sabah akan diteruskan disamping program program lain turut menyusul antaranya program Ziarah Sekampung,khemah-khemah dakwah, forum perpaduan (USIA) dan Program Usrah (USIA).

Menurut Sakaran lagi pertubuhan tersebut juga akan terus menjalin kerjasama dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi serta badan NGO Islam yang ada di negeri ini untuk bergerak dalam satu barisan agar manfaatnya terutamanya dalam mengembangkan syiar Islam di negeri ini lebih meluas.

Dalam perkembangan lain Sakaran juga mengajak umat Islam agar sentiasa bersatu padu untuk membolehkan mereka bergarak dengan lebih pantas bagi mencapai kejayaan.

Menurutnya jika timbul sebarang masalah yang boleh diselasaikan ianya perlu diselasaikan secara bermusyawarah agar setiap masalah tidak menimbulkan perbelahaan yang mengakibatkan umat Islam sentiasa dalam kerugian.

Jumaat, 12 Februari 2010

Pemimpin USIA jangan berpeluk tubuh sahaja






Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai bersalaman dengan Ahli Majlis Tertinggi (USIA) yang juga Pembantu Menteri Kewangan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan sejurus tiba di majlis tersebut

KOTA KINABALU 12 Feb. - Individu yang dilantik menerajui Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) diminta supaya tidak berpeluk tubuh dengan jawatan mereka, sebaliknya perlu melaksanakan tugas dengan lebih efektif.

Yang Dipertuanya, Tun Sakaran Dandai berkata, kepimpinan yang tinggi merupakan kayu pengukur utama terhadap kekuatan sesebuah pertubuhan dalam mengekalkan perpaduan di kalangan ahlinya.

''Pemilihan mereka menganggotai jawatankuasa tertinggi USIA adalah satu penghargaan dan tanggungjawab besar bagi membantu meneruskan perjuangan USIA demi manfaat umat Islam di Sabah.

''Dalam keadaan dunia yang bergerak pantas ini, kita tidak boleh terus berdiam diri dan berasa selesa dengan apa yang telah kita lakukan selama ini," katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra USIA di Dewan Mesyuarat, Bangunan USIA di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), Datuk Syed Abas Syed Ali; Pembantu Menteri Kewangan I negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan; Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad dan Setiausaha Agung USIA, Datuk Abdullah Hussin.

Sakaran berkata, pemimpin yang berkualiti dengan sendirinya akan memberi kekuatan bukan sahaja kepada organisasi yang dipimpin tetapi juga meningkatkan kepercayaan di kalangan ahlinya.

Menurutnya, apa yang lebih penting ialah pemimpin USIA perlu melaksanakan tugas berlandaskan perintah Allah dan Rasulullah.

''Pencapaian cemerlang dalam sesebuah organisasi memerlukan perancangan dan buah fikiran berkesan dan sistematik oleh pemimpin.

''Langkah seperti itu juga dapat mendorong ahli-ahli USIA meningkatkan tekad dan keazaman ke arah memantapkan pengurusan organisasi," ujarnya.

Katanya, selain faktor kepimpinan yang dinamis, ahli USIA juga perlu memantapkan diri dengan nilai dan etika murni termasuk menghayati dan memahami matlamat serta konsep perjuangan USIA.

Khamis, 11 Februari 2010

USRAH MEMANTAPKAN JATIDIRI SAUDARA MUSLIM






KEAHLIAN BARU…Lajim sambil diperhatian oleh Nasrun,Abdullah dan Jumain menerima borang permohonan ahli baru yang disampaikan oleh Ketua Wanita (USIA) Tambunan sempana majlis tersebut
Usrah adalah salah satu aktiviti yang terpenting dalam gerakan organisasi Islam. Organisasi Islam yang mengamalkan konsep usrah akan dilihat mampu mentadbir manusia disekelilingnya dengan lebih terpimpin. Taaruf, tafahum dan takaful adalah konsep usrah yang sesuai diterapkan di dalam jiwa umat Islam khususnya kepada saudara baru.

Usrah yang membawa maksud keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Baru-baru ini bertempat di kampong Monsok kira kira 15 kilometer dari Pekan Tambunan telah berlangsung Program Usrah Saudara Muslim Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

Turut menyertai rombongan ini termasuklah Naib Yang Dipertuanya Datu Datuk Nasrun Datu Mansur,Setiausaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin, Bendahari Wanita (USIA) Pusat Datin Seri Panglima Hajah Normila Siong, Ketua (USIA) bahagian Tambunan Jumain Abdul Ghani dan Ketua (USIA) bahagian Keningau Haji Kaipin Rosmin

Program Usrah Saudara Muslim ini telah menghimpunkan hampir 100 orang saudara muslim dari kampong berkenaan dan sekitarnya diberikan kefahaman yang lebih baik kepada saudara muslim khususnya dalam urusan aqidah dan ibadah. Selain itu, program ini juga diadakan bagi mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan jatidiri saudara muslim dalam menghadapi cabaran kehidupan selepas memeluk Islam.

Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keahlian dan Penyelaras bahagian-bahagian (USIA) semasa berucap di majlis tersebut berkata, melalui kunjungan tersebut diharapkan akan dapat mencetuskan motivasi kepada saudara Muslim untuk membina jatidiri saudara muslim cemerlang disamping mengeratkan hubungan silatulrahim dan juga sedikit menyelami masalah yang dihadapi oleh saudara Muslim khususnya di kawasan berkenaan

Beliau menegaskan bahawa sekiranya seorang saudara muslim mahukan jatidirinya kukuh dan hebat maka empat perkara penting tidak boleh dianggap ringgan iaitu memelihara solat, puasa, zakat dan haji serta melakukan amal kebajikan ketika hidup di dunia.

“ Saya beharap saudara Muslim kita tidak akan merasa terpinggir dan rasa rendah diri, sebaliknya beliau berkata (USIA) akan terus memainkan peranan meningkatkan kefahaman mereka tentang ajaran Islam melalui pelbagai program termasuklah membantu mereka dalam soal kebajikan” katanya.

Menurut beliau lagi saudara Muslim juga perlu berusaha menambah pengetuhan mereka dalam ajaran Islam melalui pembelajaran sepanjang hayat yang boleh diperolehi melalui pendidikan dari guru guru agama dan juga pembacaan.

Di majlis tersebut Lajim juga turut menyampaikan sumbangan peribadi dan sumbangan dari (USIA) kepada 20 orang saudara Muslim.

TANAM KONSEP SUKARELA DALAM GERAKAN DAKWAH




GERAKKAN…Lajim bersama Nasrun dan Abdullah semasa menyerahkan borang keahlian baru kepada Ketua (USIA) bahagian Keningau Haji Kaipin Rosmin di majlis tersebut

KENINGAU: Pemimpin dan ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) perlu menarapkan konsep sukarela dalam mengerakkan program dakwah tanpa mengambil kira ganjaran yang boleh diperolehi melainkan memikirkan ganjaran yang boleh diperolehi di akhirat kelak.

Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, dakwah kepada Islam adalah antara kewajipan yang dituntut kepada ummah dalam usaha menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Kewajipan berdakwah adalah seruan kepada melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Kewajipan berdakwah satu kewajipan yang besar lagi getir serta menjadi tonggak utama kepada agama, menjadi tiang atau paksi menegakkan binaan Islam, menyempurnakan segala peraturannya serta mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya” katanya semasa berucap di majlis perjumpaan Muhibah dan Majlis Makan Malam bersama tiga bahagian Usia itu Keningau,Tambunan,Tenom dan Nabawan di Hotel Juta Keningau baru baru ini.

Hadir sama Naib Yang Dipertua (USIA) Datu Datuk Nasrun Datu Mansur,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin,Bendahari Wanita (USIA) Pusat Datin Seri Normilah Siong, dan Ketua (USIA) Bahagian Keningau Haji Kaipin Rosmin.

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keahlian dan Penyelaras bahagian-bahagian USIA mahukan pemimpin pertubuhan tersebut di semua peringkat agar lebih komited melaksanakan tugas serta amanah yang diberikan oleh ahli-ahli (USIA) turun padang mendekati masyarakat Islam khususnya melaksanakan program-program dakwah bagi mengembangkan lagi syiar Islam.

“ Jawatan yang disandang tidak akan memberikan apa-apa kesan ,jika kita tidak dapat menzahirkan tindakan dalam konsep yang ikhlas dan sukarela melaksanakan amanah yang diberikan” katanya

Menurut beliau kesabaran serta keikhlasan Rasullah sebar risalah suci perlu dicontohi sepanjang zaman sehiinggalah syiar Islam dapat dikembangkan ke seluruh pelusuk dunia.

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mahukan setiap cawangan dan bahagian-bahagian (USIA) di negeri ini memokaskan usaha untuk menambah bilangan keahlian melalui kempen keahlian sepanjang masa.

“ Kempen penambahan ahli (USIA) ini perlu kita laksanakan sepanjang masa walaupun dalam sehari kita berjaya menarik seorang masyarakat Islam memohon menjadi ahli pertubuhan ini namun jika usaha ini beterusan ianya akan mencapai sasaran yang kita harap-harapkan” katanya

Katanya lebih ramai masyarakat Islam menyertai pertubuhan tersebut akan menjadi kekuatan kepada (USIA) untuk terus memperkasakan syiar Islam di negeri ini.

Ahad, 7 Februari 2010

USIA Perhebat Kempen Keahlian





KEMPEN…Lajim sambil diperhatian Abdullah dan Racong ketika menyampaikan borang keahlian baru kepada Ketua (USIA) Nabawan Hanafian sempana majlis tersebut


NABAWAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan memperkasakan lagi Jawatankuasa Biro Keahliannya dalam usaha pertubuhan tersebut bukan sahaja menambah bilangan keahliannya di seluruh bahagian di negeri ini, namun dapat melahirkan ahli-ahli yang berkualiti.

Timbalan Yang Dipetuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, bagi mencapai matlamat ini ,Jawatankuasa Biro berkenaan akan memperhebatkan kempen penambahan keahlian di seluruh bahagian di negeri ini dari masa ke semasa dengan sokongan dari cawangan-cawangan dan juga bahagian bahagian yang ada.

“ Setakat ini kita telah berjaya merekodkan jumlah keahlian dalam sistem data kita sebanyak 10,000,00 orang dan jumalh tersebut akan dapat dipertingkatkan sebelum penghujung akhir tahun ini” katanya semasa berucap di majlis perjumpaan muhibah bersama Ahli Jawatankuasa (USIA) Bahagian Nabawan di Dewan Sekolah Agama Rakyat dekat sini pada petang jumaat lepas

Hadir sama Naib Yang Dipertua Datu Datuk Nasurn Datu Mansur,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin, Bendahari Wanita (USIA) Pusat Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong ,Penolong Pegawai Daerah Nabawan Racong Amir dan Timbalan Ketua (USIA) Bahagian Nabawan Hanafiah Abdullah.

Menurut Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Biro Keahlian dan Penyelarasa Bahagian bahagian bagi menjayakan agenda penambahan keahlian pertubuhan tersebut cawangan-cawangan dan juga bahagian bahagian (USIA) di negeri ini perlu memainkan peranan serta pedekatan untuk menarik lebih ramai masyarakat Islam menyertai pertubuhan tersebut.

“ Bukan sahaja setakat kempen keahlian perlu dilaksanakan makanisme lain dari segi pendekatan termasuk perlaksanaan program program yang sesuai perlu dilaksanakan agar ianya boleh menarik minat masyarakat Islam untuk menyertai pertubuhan ini” tambah Lajim

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah melalui peruntukan yang disalurkan oleh Ibu Pejabat ke seluruh bahagian-bahagian (USIA) diharapkan akan dimanafaatkan oleh bahagian-bahagian yang ada untuk memperkemaskankinikan pentadbiran termasuk data keahlian selain digunakan untuk melaksanakan program program dakwah.

“ Diperingkat ibu pejabat kita telah menambahbaik sistem pengurusan di bahagian Keahlian dengan menambah kakitangan yang sediaada bagi menampung keperluan untuk mempercepatkan proses memasukkan keahlian dalam sistem data yang ada” katanya.

Di majlis tersebut Lajim dan Isteri turut menyampaikan sumbangan peribadi juga sumbangan dari ibu Pejabat (USIA) kepada 50 orang saudara baru