Jumaat, 11 September 2009

LAKSANAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM MEGIMARAHKAN MASJID BAGI MENARIK GOLONGAN MUDA KATA SAKARAN



Kelihatan Sakaran memotong riben sebagai simbol perasmian Masjid Kampung Sowang Babul Semporna

SEMPORNA:Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA),Tun Datuk Seri Panglima (Dr.)Haji Sakaran Dandai,menyeru semua Ahli Jawatankuasa masjid dan surau seluruh negeri Sabah berusaha lebih gigih serta kreatif menarik lebih ramai golongan muda ...mendekati masjid serta menyertai program keagamaan yang dianjur masjid.

Tun Sakaran menjelaskan,banyak program keagamaan yang mampu menarik minat golongan muda Islam yang bakal mewarisi kepimpinan serta mengimarahkan masjid.

Sehubungan itu Tun Sakaran juga menyarankan jawatankuasa surau dan masjid bekerjasama dengan jabatan serta agensi kerajaan menubuhkan perpustakaan di setiap masjid.

Katanya,buku-buku yang ditempatkan dalam perpustakaan seharusnya boleh meningkatkan kefahaman umat Islam yang berkemampuan tampil menyumbang buku-buku ilmiah dan bermanfaat kepada umat Islam dalam perpustakaan di masjid.

Tun Sakaran berkata demikian sempena merasmikan masjid Kampung Sowang Bubul dan menghadiri majlis berbuka puasa serta solat tarawih bersama masyarakat Islam Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Setiausaha Agung Usia,Datuk Haji Abdullah Hussin,Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani serta pemimpin- pemimpin masyarakat tempatan.

Sempena majis itu juga Tun Sakaran menyampaikan zakat MUIS kepada 20 orang penerima.

Sehubungan itu Tun Sakaran mengingatkan masyarakat Islam terus mengukuhkan perpaduan sebagai landasan kekuatan serta merealisasikan gagasan 1Malaysia

Masjid platform tingkatkan daya saing umat Islam; TYDP USIA




Kelihatan Timalan Yang Dipertua (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika menyerahkan sumbangan untuk tabung masjid dan Surau kepada salah seorang pengerusi Masjid di majlis tersebut.

BEAUFORT : Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Lajim Ukin menyarankan agar Institusi masjid dan surau di negeri ini dijadikan platform kepada umat Islam untuk memperkukuhkan perpaduan disamping meningkatkan daya saing bagi menggalas cabaran dan globalisasi.

Sehubungan itu katanya,usaha memartabatkan institusi masjid dan surau perlu dilakukan terlebih dahulu supaya ia memenuhi keperluan semasa serta perubahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, bagi memastikannya dicapai, jawatankuasa masjid dan surau perlu memperbaiki dan meningkatkan aspek pengurusan, pentadbiran dan program mengimarahkan masjid sentiasa dilaksanakan tanpa mengira musim

“ Program program mengimarahkan masjid sepatutnya tidak hanya dibuat pada musim musim tertentu seperti dalam Ramadan, sebaiknya program mengimarahkan masjid ini sentiasa dilaksanakan setiap masa melalui pelbagai program dan pendekatan bagi menarik Umat Islam sentiasa berkujung ke masjid” katanya ketika berucap di Majlis Ziarah Ramadan Umno bahagian Beaufort di Masjid Kampung Kebulu dekat sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Vendahari bahagian Mohd.Zahari Zinin ,Setiausaha Bahagian Jusih Haji Sarin dan Ketua Daerah Mengundi Kebulu Harris Abd.Hamid

Lajim berkata institusi masjid juga boleh dijadikan saluran berkongsi maklumat, idea dan pengalaman bagi menarik golongan belia dalam memakmurkan masjid memandangkan institusi tersebut selama ini hanya dihadiri oleh golongan dewasa serta orang tua sahaja.

" Perlu ada kesungguhan serta komitmen dari jawatankuasa masjid disamping sokongan masyarakat Islam setempat untuk menyemarakkan fungsi institusi masjid sebagai pusat ilmu selain menyuburkan semangat ukhuwah demi membentuk jaringan kerjasama yang kukuh, efektif dan efisien dalam pengurusan serta pentadbiran masjid” tambah Lajim

Di majlis itu selain berbuka puasa bersama rakyat Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort turut mengagih-agihkan sumbangan berupa wang zakat kepada golongan yang kurang berkemampuan juga sumbangan kewangan untuk keperluan Masjid dan Surau di kawasan berkenaan: Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Khamis, 10 September 2009

Umat Islam Perlu Miliki Ilmu Ekonomi-Tun Sakaran




BINCANG PEMIMPIN...Tun sakaran (dua kanan) berbincang sesuatu sambil diperhatikan Datuk Nasir (tiga kiri) dan Abd Aziz (kanan) selepas solat tarawih di surau Ibad Er-Rahman SMKATS Semporna.

SEMPORNA: Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA),Tun Datuk Seri Panglima Haji (Dr) Sakaran Dandai mengingatkan umat Islam perlu memiliki kekuatan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain khususnya dari aspek ekonomi.

Katanya,umat Islam seharusnya menguasai sektor ekonomi serta keutuhan ilmu pendidikan dimana kedua-dua sektor itu sangat penting dan mampu menganjak semangat bersaing dengan masyarakat lain.

Sakaran menjelaskan,cerdik pandai Islam terdahulu telah mewariskan banyak kekuatan ilmu dalam pelbagai bidang kepada umatnya yang harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjadikan umat Islam kuat serta maju dalam semua aspek.

Katanya, umat Islam tidak harus menyesali kepincangan lalu sebaliknya terus berusaha memimpin generasi muda khususnya pelajar mewarisi ilmu pengetahuan meliputi ilmu sains;perubatan dan ekonomi.

Sehubungan itu katanya,generasi muda Islam haruslah bersedia menggalas tanggungjawab itu tanpa menoleh ke belakang.

Tun Sakaran berkata demikian sempena menghadiri Ihya Ramadhan dan majlis berbuka puasa bersama warga pelajar SMK Agama Tun Sakaran di Tampi-Tampi.

Hadirsama sempena majlis itu Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah merangkat Naib Yang DiPertua USIA,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran; Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.baba;Setiausaha Agung USIA,Datuk Haji Abdullah Hussin;Pemangku Pengetua SMKATS,Abdul Azizi Abd Rashid;Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna,OKK Hj Musa Sabahani dan pemimpin-pemimpin tempatan.

Tun Sakaran turut mengingatkan golongan ibubapa mengutamakan pelajaran anak-anak mereka dan memastikan mereka (anak-anak) tidak terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang boleh menghancurkan masa depan negara.

Berlandaskan harapan itu USIA akan terus berusaha kearah melahirkan umat Islam yang berkebolehan,berakhlak mulia serta berdaya saing dengan melakukan pembaharuan dalam gerakan dakwah

Selasa, 8 September 2009

Fahami Gagasan 1 Malaysia : YYDP USIA





Timbalan Yang Dipertua (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersalaman dengan pegawai pegawai kerajaan sejurus tiba ke majlis tersebut

BEAUFORT : Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin mengingatkan pejawat awam dan pemimpin masyarakat di negeri ini betapa penting gagasan '1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' difahami secara mendalam bagi memastikan kestabilan Negara. keharmonian kaum dan kemajuan dapat terus terus dijana

Dalam ucapannya di majlis Berbuka Puasa Bersama Pegawa Pegawai Kerajaan dan pemimpin masyarakat tempatan di Masjid Daerah Beaufort di sini malam tadi, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menegaskan, elemen perpaduan merupakan komponen paling penting untuk dipertahankan dalam usaha negara mengecap kemajuan pembangunan menjelang 2020.

''Di Negara kita , isu perpaduan adalah penting, sebab itu pendekatan gagasan 1Malaysia difikirkan Perdana Menteri penting untuk diingati oleh rakyat apa lagi ianya melibatkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat” Kata Lajim yang juga Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)

“ Apabila kepentingan rakyat diutamakan ianya menuntut kita sebagai pemimpin dan penjawat awam mengutamakan kepentingan rakyat dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kita terutamanya memestikan sistem penyampaian kita berkesan dan memenuhi asprasi rakyat” tambah beliau

Hadir sama pada majlis tersebut Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar,Penolong Pegawai Daerah Beaufort Mohd. Said Othman dan Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort konsep bekerja berpasukan merupakan budaya murni yang perlu diterapkan oleh penjawat awam dan pemimpin masyarakat khususnya dalam menangani pelbagai isu yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

“Pelbagai langkah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membentuk satu kelompok masyarakat majmuk yang bertoleransi dan saling bekerjasama antara satu sama lain dimana semua pihak perlu memainkan peranan bagi memelihara usaha ini membawa kesan yang positif untuk membawa lebih banyak kemajuan untuk dikecapi oleh rakyat” katanya.

PERPECAHAN PENYEBAB KEMEROSOTAN UMAH SAKARAN






Yang Dipertua (USIA) Tun Sakaran Dandai diiringi oleh Timbalan Yang Dipertua Datuk Seri Haji Lajim Ukin dan Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin bersalaman dengan umat Islam setempat sejurus tiba di majlis tersebut

KUALA PENYU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluuruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai menyeru umat Islam agar bersatu hati dan meningkatkan penghayatan ajaran Islam.

Menurut beliau Inilah jalan yang sebaik-baiknya bagi umat Islam menjayakan segala usaha ke arah mencapai kemajuan dan kesejahteraaan hidup di dunia dan akhirat,

“ Islam merupakan agama samawi yang mempunyai ajaran yang baik yang dapat dilihat dengan jelas dalam isi kandungan al-Quran dan hadis Rasulullah” katanya ketika berucap di majlis Berbuka Puasa anjuran (USIA) Di Masjid Nur Hayat Pekan Kuala Penyu petang kemarin.

Hadir sama Timbalannya Datuk Seri Paglima Haji Lajim haji Ukin, Naib Yang Dipertua Datuk Matussin Awang Damit, Setiausaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin,Ketua (USIA) bahagian Kuala Penyu Awang Hashim Ag. Damit dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo

Islam, menurut Sakaran lagi, telah menjelaskan bahawa antara punca kekuatan ummah ialah ilmu pengetahuan yang manifestasi ajarannya amat jelas daripada pengertian wahyu pertama dalam surah al-Alaq.

``Daripada pengertian ayat ini, jelaslah bahawa melalui ilmu pengetahuan kita dapat membina kemajuan, yang meliputi semua keperluan hidup manusia seperti hal ehwal ekonomi, sains dan teknologi, kemasyarakatan, sahsiah dan sebagainya,'' Katanyam

Menurut Sakaran kemajuan yang dicapai oleh sesuatu umat tidak mungkin dapat bertahan sekiranya umat itu tidak bersatu padu.

``Perpaduan amat penting dalam kita memelihara kemajuan, kecemerlangan dan kesejahteraan. Sehubungan ini Allah telah menyeru kepada seluruh umat Islam supaya bersatu padu dan mengelak daripada perpecahan,'' katanya

Terdahuku ketika berucap di majlis itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kerajaan sentiasa menyedari bahaya gejala perpecahan kerana itu kerajaan telah dan akan sentiasa mengambil langkah tegas dan pantas, cermat dan bijaksana dalam mengawal api perpecahan selain sentiasa mengawasi dan membanteras gejala yang boleh mengancam keselamatan negara.

``Pihak kerajaan akan sentiasa memastikan keharmonian terpelihara dan rakyat dapat hidup dalam keadaan bersatu padu, aman dan sentosa, dan ini turut terkandong dalam Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri '' katanya

Sehubungan dengan itu Lajim mengajak Umat Islam agar menjadikan bulan Ramadan sebagai wadah untuk merapatkan hubungan dan semangat perpaduan dengan mengimarahkan masjid dan surau dengan pelbagai program keagamaan yang boleh merapatan hubungan masyarakat Islam setempat

YDP USIA TUN SAKARAN HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA DI SEMPORNA



SERAH SUMBANGAN....Sakaran yang diiringi oleh Nasir dan Abdullah ketika menyampaikan sumbangan beliau kepada golongan yang kurang berkemampuan sempena majlis tersebut

YDP USIA HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA...Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai petang kemarin telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam setempat di masjid Rahman Semporna. Mengiringi beliau ialah Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran, Setiausaga Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin serta pemimpin masyarakat tempatan. Selain berbuka puasa Sakaran juga turut mengagih-agihkan sampul kuning berupa wang zakat fitrah kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim piatu serta mereka yang kurang berkemampuan. Selepas majlis tersebut Sakaran turut bersembahng berjemaah fardu maghrib,isya dan juga sunat tarawih.

Terdahulu berucap di majlis tersebut Sakaran yang juga bekas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah mengajak umat Islam agar terus mengekalkan perpaduan di kalangan mereka dengan meletakkan semangat tersebut dihadapan agar masyarakat Islam tidak akan tercorot dari arus pembangunan negara.

Katanya, sejarah perpecahan masyarakat Islam di beberapa buah negara Islam perlu dijadikan iktibar bagaimana umat Islam agak jauh ketinggal dalam iklim perubahan kemajuan, ini berlaku kerana mereka enggan bersatu padu menyebabkan mereka terpinggir dari arus kemajuan .Teks oleh Jaafar Abdul Wahid Foto Yusuf Kahar