Isnin, 29 Jun 2009

BELIA DAN GAGASAN 1 MALAYSIA






SIMBOL PELANCARAN...Haji Abdullah diiiringi oleh Sairin dan Ketua (USIA) Bahagian Kuala Penyu Awang Hashim Ag.Damit menekan punat komputer sebagai simbol pelancaran penutupan seminar tersebut

KUALA PENYU: Masyarakat belia hari ini perlu diterapkan dalam Gagasan Satu Belia Satu Malaysia bagi menyuntik semangat perpaduan di kalangan belia, yakni bersepakat, bekerjasama, tolong-menolong, bantu-membantu dalam apa jua keadaan.
Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah(USIA) Datuk Haji Sairin Karno berkata, gagasan tersebut pula perlu disertai dengan nilai belia yang memiliki peribadi yang mulia dari sudut rohaniah, akhlaqiah dan jasmaniah serta bertanggungjawab sebagai pewaris dalam memupuk dan menyuburkan semangat perpaduan negara.
“Ini bermakna belia kini perlu diperkasa, dimana kejayaan belia akan membantu kejayaan bagi negara terutama dalam membina tamadun yang hebat pada masa depan, seiring menjadikan umat Islam sebagai umat tersohor” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Belia anjuran Belia (USIA) di dewan SMK Pekan Kuala Penyu baru baru ini.
Menurut Sairin yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar,selaras dengan gagasan satu Belia Satu Malaysia kelompok belia yang menjadi aset negara pada masa akan datang perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetuhan dan kemahiran disamping pembentukkan kaum belia yang mempunyai jatidiri serta peribadi mulia ,ciri terpenting untuk membangunkan masyarakat belia yang berdaya maju dan sedia berhadapan dengan cabaran.
“ Lapan teras atau nilai utama bagi menjayakan konsep 1 Malaysia, iaitu berpengetahuan, intergriti, rendah hati, kesetiaan, budaya kecemerlangan, ketabahan, penerimaan, dan meritokrasi. Kelapan-lapan nilai teras ini diadun sebagai formula utama dalam usaha mencapai Wawasan 2020. Bagi mencapai aspirasi ini lapan nilai teras di atas perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan rakyat khususnya masyarakat belia” katanya.
Sementara itu Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin ketika berucap menutup seminar tersebut pula berkata, belia yang mempunyai hala tuju yang jelas, serta mempunyai jatidiri yang mantap akan menjadi penggerak utama kejayaan negara.
Katanya, sekiranya mereka mampu menjadikan agenda belia glokal, sebagai golongan belia yang berfikiran global dan bertindak secara loca, kemungkinan mereka mampu bergerak lebih jauh lagi. Dengan persekitaran yang aman serta peluang dan kemudahan kerajaan berikan, sudah pasti, generasi belia akan mudah mencapai impian dan menjadi pemacu utama dalam pembangunan negara
”Semuanya bermula dengan pemikiran yang jelas.Belia glokal mesti mempunyai daya saing yang tinggi agar dapat bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain di peringkat antarabangsa. Persaingan dalam bentuk keilmuan, kemahiran, kepimpinan dan sebagainya memerlukan jatidiri yang tinggi, nilai yang kuat, daya tahan yang kental, dan nilai spiritual yang tinggi” katanya
Menurut Abdulah Mereka (belia) tidak akan boleh membuat perubahan dan bersaing sekiranya mereka sendiri tidak memulakan perubahan dalam diri mereka sendiri.
Dalam perkembangan berkaitan Abdullah juga mengajak kaum belia di negeri ini agar melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan bagi melatih mereka memiliki sifat semangat berkerja berpasukan dimana menurut beliau semangat berpersatuan dalam mewujudkan perpaduan perlu disemai melalui beberapa kegiatan persatuan belia terutama dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar menerusi latihan dan kemahiran.
“Golongan belia ini sebagai golongan terpenting dalam menyahut gagasan baru negara, maka belia perlulah memanfaatkan pelbagai kegiatan yang diatur dengan baik agar belia hari ini dapat diperkasakan pada masa depan dengan hakikat kejayaan Satu Belia akan membantu kejayaan bagi Satu Malaysia” katanya. OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

Ahad, 28 Jun 2009

USIA CADANG PUSAT PENGAJIAN ISLAM DITUBUHKAN DI UMS




KENINGAU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi dapat mengkaji cadangan untuk mengwujudak Pusat Pengajian Islam di Unversiti Malaysia Sabah (UMS)
Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, penubuhan Pusat ini kelak akan dapat memberikan peluang kepada para pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian mereka dalam Pengajian Islam bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di bidang yang berkaitan.
“ Sebelum ini bagi pelajar khususnya dari negeri ini yang mengambil jurusan pengajian Islam terpaksa melanjutkan pengajian mereka ke beberapa buah unverisiti di semenanjung Malaysia dan di luar negeri yang menawaran kursus berkaitan, sebaliknya jika pusat tersebut dapat diwujudkan di (UMS) ianya akan memberikan kemudahan kepada pelajar di negeri ini untuk melanjutkan pengajian mereka dalam jurusan ini” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Program Baitun Nur di masjid Al Takwa Keningau petang kemarin.
Menurut Abdullah lagi sudah tiba masanya bagi pusat pengajian Islam ditubuhkan di negeri ini bagi memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan Negara,malah menurutnya penubuhan pusat ini kelak akan dapat meringankan beban ibubapa di negeri ini untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pengajian berkaitan ke bebarapa buah unversiti di semanajung mahupun di luar Negara.
Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Abdullah berkata, perlaksanaan program Baitun Nur di beberapa buah daerah yang dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut mencapai matlamatnya khususnya bagi memberikan bimbingan kepada saudara-saudara baru untuk mendalami ajaran Islam yang sebenarnya.
“ Sepanjang program ini berjalan para peserta bukan sahaja diberika bimbingan dari segi fardu ain dan fardu kifayah malah program pengajian Al-Quran juga turut diberikan penekanan “ katanya.
Menurut Abdullah lagi pertubuhan tersebut juga bersedia untuk mengkaji bagi meneruskan program tersebut pada masa akan dating, bagaimanapun ianya amat bergantung kepada kedudukan kewangan pertubuhan tersebut dimana perlaksanaan program Baitun Nur ini memerlukan peruntukan kewangan yang agak tinggi dimana ianya dijalankan untuk tempoh enam bulan untuk setiap program.

Khamis, 25 Jun 2009

UMAT ISLAM PERLU BERPANDANGAN JAUH.NILWAN




BINCANG…Kelihatan Nilwan memperkatakan sesuatu kepada Abdullah sambil diperhatian oleh Ketua (USIA) Bahagian Kunak Ariif DSP Salim selepas perasmian mesyuarat tersebut

KUNAK: Umat Islam perlu berpandangan jauh serta memiliki kekuatan dari segi ilmu pengetuhan jika mereka ingin mencapai kejayaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kunak Nilwan Kabang berkata, Umat Islam juga perlu berusaha memantapkan ekonomi mereka kerana kedua-dua factor ini penting dikuasai dan dimilikioleh Umat islam

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Agung Pertubuhan Islam Seluruh sabah (USIA) bahagian Kunak di rumah rehat kerajaan dekat sini baru baru ini.

Menurut Nilwan yang juga Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd, kekuatan ekonomi dan pendidikan telah menjadikan umat Islam di zaman lampau begitu kuat dan bersatu padu.

“ Kita perlu mengembalikan kekuatan tersebut dalam era kemajuan Negara yang pesat membangun ini, jika tidak umat Islam akan terpinggir dari menikmati kemajuan tersebut” katanya

Dalam perkembangan lain Nilwan juga menyeru umat Islam khususnya di kawasan Kunak agar menyertai (USIA) ini kerana menurut beliau pertubuhan tersebut merupakan sebuah pertubuhan yang telah berjuang memertabatkan umat Islam di Sabah.

Katanya, sumbangan yang telah dimainkan oleh (USIA) bukanlah kecil kerana tanpa adanya (USIA) gerakan-gerakan dakwah Islam terutamanya di awal tahun 1970 an mungkin tidak akan terlaksana dengan jayanya.

“ Tidak ada sebab bagi umat islam merasa ragu-ragu untuk menyertai pertubuhan ini, kerana matlamat penubuhannya khusus untuk membantu mengangkat martabat umat Islam di Sabah” katanya

Sementara itu ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, perpaduan Umat Islam di Negara ini seharusnya menjadi agenda utama bukan sahaja dipihak kerajaan tetapi juga bagi setiap individu Islam.

Katanya, perpecahan dan perbelahan di kalangan umat Islam harulah dicari jalan penyelasaian kerana umat Islamlah yang akan menanggung kerugian jika enggan bersatu padu.

Abdullah berkata tidak harus ada halangan untuk mencapai kata sepakat diantara individu termasuk dalam parti parti politik kerana soal perpaduan telah diberikan penekanan di dalam kita suci Al Quran.

Menurut Abdullah (USIA) sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berharap agar dapat diadakan rundingan antara para pemimpin Umno dan Pas untuk membincangkan serta mencari jalan untuk menyatud padukan kembali orang-orang Islam di Negara ini.

SUA AGUNG USIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PERPUSTAKAAN NEGARA




BINCANG...Kelihatan Abdullah sedang memperkatakan sesuatu kepada Alias dan rombongan semasa perjumpaan tersebut

TERIMA KUNJUNGAN HORMAT...Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin pagi kemarin menerima kunjungan hormat rombongan dari Jabatan Perpustakaan Negara yang diketuai oleh Pemgarah Perpusatakaan Negara Alias Mohmood di ibu Pejabat (USIA) Sembulan Kota Kinabalu. Rombongan tersebut dalam rangka lawatan selama lima hari ke negeri ini untuk berbincang dengan jabatan kerajaan dan agensi kerajaan termasuklah badan badan sukarela di negeri ini agar dapat memberikan kerajsama bagi menyumbang apa juga bahan bercetak termasuk bahan bahan dari media elektronik CD kepada Jabatan perpusatakaan Negara untuk disimpan sebagai khazanah negara. Abdullah semasa ditemui di majlis ini berkata, pihak (USIA) akan memberikan sokongan serta kerjasama untuk menyediakan beberapa bahan bersejarah mengenai penubuhan pertubuhan tersebut kepada Jabatan Perpusatkaan negara untuk tujuan dokumentasi .

Rabu, 17 Jun 2009

ISLAM GALAK UMATNYA BERSUKAN



Kelihatan Pengurus Pasukan Kelab Bola Sepak (USIA) yang juga Setiausaha Kerja (USIA) Misnan Warman menyerahkan piala yang dimenangi oleh Kelab Bola Sepak (USIA) kepada Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dimajlis meraikan kemenangan pasukan tersebut dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat (USIA) Sembulan baru baru ini
KOTA KINABALU:Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata,Islam amat peka terhadap pembangunan aspek spiritual, jasmani, intelektual dan emosi manusia agar proses transformasi yang di lakukan dalam dimensi-dimensi ini dapat melahirkan manusia bertaqwa, seimbang, berilmu, berakhlak, sihat, intelek, berdisiplin serta teguh pendirian.
“Oleh kerana itulah Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan . “katanya ketika berucap meraikan kemenangan Pasukan Bola Sepak Kelab (USIA) yang menjuarai pertandingan Bola Sepak Piala ADUN Tanjung Aru di Ibu Pejabat (USIA) Sembulan petang kemarin
Sehubungan dengan itu Abdullah berharap pegawai dan kakitangan (USIA) akan menjadikan aktiviti sukan bukan sahaja untuk tujuan beriadah namun sebagai wadah untuk melaksanakan dakwah dengan melibatkan golongan remaja menyertai program sukan bagi menghindari mereka terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral
Katanya, Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Gunakan ICT untuk berdakwah





TEKUN…Kelihatan sebahagian dari kakitangan (USIA) begitu tekun mengikuti kursus tersebut


TAWAU : Para pendakwah tidak boleh terikat dengan cara lama dalam menyebarkan syiar Islam, namun wajar menggunakan ICT sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat membangun yang menjadi tumpuan ramai masyarakat di seluruh dunia pada masa ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata,'sebagai pendakwah mereka perlu menggunakan pelbagai cara yang lebih disenangi dan mudah diterima oleh masyarakat umum," katanya ketika berucap menutup kursus menyelanggara Laman Web anjuran (USIA) bagi Zon Tawau yang merangkumi (USIA) bahagian Tawau,Lahad Datu,Kunak dan Semporna di Dewan Persidangan Tawau dekat sini baru baru ini

Sehubungan dengan itu Abdullah mahu semua kakitangan(USIA) termasuk ahli-ahlinya menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini

Tegasnya, Pertubuhan tersebut juga perlu dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan ICT di semua bahagian supaya segala maklumat dapat disimpan dan diperoleh dengan pantas.

''Perkembangan ICT pada masa ini menjadi satu keperluan yang amat penting kepada sesebuah organisasi," katanya

Untuk itu Abdullah menambah semua bahagian di negeri ini akan dilengkapi dengan kemudahan ICT di samping memberikan latihan kepada kakitangannya untuk mengendali dan menyelanggara laman web masing-masing agar segala program termasuk bahan bahan pendidikan dapat diaplikasi melalui laman web tersebut Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Selasa, 16 Jun 2009

AMAL AJARAN ISLAM SEBENAR JIKA MAHU LEBIH MAJU ABDULLAH




DIHARGAI…Abdullah menerima cendera kenangan berupa hasil kraftangan dari penganjur selepas menutup seminar tersebut

PITAS : Umat Islam boleh menjadi lebih maju daripada umat-umat lain di dunia sekiranya mereka sentiasa berusaha dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Datuk Datuk Haji Adullah Hussin

Beliau menegaskan, ini kerana Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. penuh dengan petunjuk untuk kehidupan manusia.

"Ia adalah agama yang benar, sesuai sepanjang zaman dan untuk semua golongan manusia.

" Umat Islam boleh maju setanding dengan umat-umat lain, bahkan lebih maju sekiranya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam memperbaiki nasib mereka dengan mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya, sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan sunah Rasulullah,'' katanya.

Abdullah berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Sehari Kefahaman Islam anjuran (USIA) di masjid kampong Pinggan-Pinggan Pitas dekat sini baru- baru ini.

Katanya, umat Islam seharusnya mampu memahami dan mengamalkan ajaran agama dengan sebaik-baiknya dalam apa juga keadaan.

Melalui penghayatan agama suci itu dengan betul dan bersungguh-sungguh katanya, umat Islam akan lebih insaf dalam memenuhi tuntutan agama.

Mereka juga katanya, akan lebih berusaha, rajin menimba ilmu, sentiasa meningkatkan ketahanan diri dan mampu mempamerkan keindahan dalam kehidupan seharian.

Sehubungan dengan itu Abdullah berharap melalui seminar tersebut para peserta dapat memanafaatkan isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh para penceramah sebagai garis panduan dalam membina jatidiri sebagai umat yang berkualiti cemerlang dari segi minda dan akhlaknya.

Isnin, 15 Jun 2009

USIA ANJUR KURSUS PENYELANGGARAN LAMAN WEB ZON PANTAI BARAT UTARA




Tahniah Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta di majlis tersebut
Pertubuhan Islam Seluruh sabah (USIA) baru baru ini telah mengajurkan kursus ICT dan mareka Laman Web bagi kakitangan dan ahli-ahli (USIA) peringkat Zon Pantai Barat Utara yang melibatkan (USIA) bahagian Kota Marudu,Kota Belud,Kudat dan Pitas. Seramai 16 orang peserta menyertai kursus ini dimana majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Setiausaha agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan turut dihadiri oleh Ketua (USIA) bahagian Kota Marudu Abd.Kahar Abd.Rahman. berucap di majlis tersebut Abdullah berharap para peserta akan dapat memanafaatkan sepenuhnya pengalaman yang mereka perolehi sepanjang kursus tersebut bagi membangun dan mengaktifkan laman web di (USIA) bahagian masing-masing agar masyarakat khususnya Umat Islam tidak akan terpinggir dari maklumat melalui ICT berhubung dengan program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh (USIA) disamping menjadi wadah untuk memperolehi ilmu pengetuhan khususnya ilmu agama yang akan dimuatkan dalam laman web berkenaan. Teks dan Foto oleh: Jaafar Abdul Wahid

Isnin, 1 Jun 2009

SUA AGUNG USIA DIPILIH SEBAGAI YDP PIBG SK TANJUNG ARU II



Abdullah (Tengah) bersama Guru Besar Sk Tanjung Aru II Datin Omai Salamah Haji Kamah merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatankuasa (PIBG) yang baru selepas mesyuarat tersebut

KOTA KINABALU : Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dipilih sebulat suara menjadi Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sk Tanjung Aru II dalam mesyuarat agung persatuan yang diadakan di dewan sekolah tersebut baru baru ini .
Pemilihan Abdullah yang menang tanpa tanding bagi jawatan YDP ekoran penyandang jawatan sebelum ini Haji Dahlan Ag.Tengah tidak mempertahankan jawatan pada pemilihan kali ini.
Turut dipilih Nasruddin Abd.Hamid untuk jawatan Naib Yang Dipertua,Samsul Hisham Wahap Setiausaha sementara bagi ahli jawatankuasa mereka yang terpilih terdiri dari Jadmin Mohamed Son,Mohamed Zainuddin Datuk Hj Pengiran, Abdullah,Mohd.Sablee, Sailan,Dorsia Monuraling,Saadiah Saleh dan Amy Lim Sen Yun
Berucap menangguhkan mesyuarat tersebut Abdullah berharap mereka yang terpilih perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan melihat,(PIBG) sebagai organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah bagi memperkasakan mutu dan kecermalangan pendidikan
“Peranan dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia” katanya
Menurut Abdullah asas penubuhan PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, dan isu yang timbul.juga sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah.
Sambil melahirkan terima kasih dan penghargaan beliau atas kepercayaan ibubapa yang memilih beliau sebagai Yang Dipertua (PIBG) pada mesyuarat kali ini, Abdullah berharap semangat bekerja dalam satu pasukan dapat dipupuk dan diterapkan antara pihak sekolah,guru dan juga (PIBG) dalam menentukan tahap kecermalangan pendidikan khususnya di sekolah tersebut mampu direalisasikan Oleh Jaafar Abdul Wahid