Khamis, 30 April 2009

USIA PERLU BERHEMAT BERBELANJA TYDP





KOTA KINABALU : Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menyeru pengurusan pertubuhan tersebut di semua peringkat agar mengamalkan perbelanjaan berhemat berikutan keadaan semasa ekonomi negara yang tidak menentu.
Katanya,bermula kenaikan petrol dan diesel pada Jun lalu, kemudian dibebankan dengan harga barangan keperluan yang naik mendadak, turut menjadi cabaran kepada kerajaan,rakyat dan tidak terkecuali badan badan sukarela di negeri ini untuk mengatur dan melaksanakan program yang dirancang dimana ianya menuntut supaya semua pihak bijak mengatur kewangan.
Bagaimanapun menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan , keadaan ekonomi negara yang tidak menentu bukan bermakna pertubuhan tersebut tidak perlu berbelanja langsung,atau mengerakkan program program dakwahnya, sebaliknya harus bijak merancang perbelanjaan ,perlaksanaan program program dengan mendahulukan perkara yang penting.
'' Dalam keadaan ekonomi tidak menantu ini selain bijak berbelanja perlaksanaan program program dakwah perlu diatur dan dilaksanakan secara berhemah.dan berkesan dalam dua aspek perlaksanaannya iaitu keperluan kewangan dan keberkesanannya kepada masyarakat Islam” katanya semasa ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan pertubuhan tersebut di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu malam kemarin.
Hadir sama Timbalan Yang Dipertua (USIA) Datuk Seri Panglima Ampong Puyun,Setiausaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin,Bendahari Agung Haji Ariffin Sani dan Yang Dipertua (MUIS) Datuk Syed Abbas Syed Ali
Lajim menambah menyedari hakikat itu, semua pihak perlu mengambil peranan dalam meminimumkan kesan kegawatan ekonomi yang dihadapai dengan mempertingkatkan kecekapan agensi pelaksana dan pengurusan yang beperanan menguruskan hal berkaitan kewangan
“ Usaha usaha untuk meningkatkan kedudukan kewangan pertubuhan yang sediaada perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa ,ini termasuklah penglibatan dalam sektorr pertanian, perladangan,dan hartatanah perlu dilakukan secara lebih serius agar kedudukan kewangan pertubuhan dapat dipertingkatkan tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan” tambah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort.OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID
CAPTION:
A. MEMPENGERUSIKAN…Lajim (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut

USIA ANJURKAN KURSUS ASAS FOTOGRAFI UNTUK KAKITANGANNYA





Seramai lapan orang kakitangan Ibu Pejabat Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dari Unit Pentadbiran dan Dakwah telah menyertai kursus asas fotografi di Ibu Pejabat Pertubuhan tersebut di Sembulan baru-baru ini

Kursus berjalan sehari suntuk itu dibimbing oleh Fotografi Berita Harian Dato Ruslan Dato Sulai dimana ianya memberikan bimbingan tentang asas pengunaan kemera dan juga cara-cara mengambil gambar mengikut cara yang bersesuaian.

Majlis perasmiannya di sempurnakan oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin sementara majlis penutupannya dilakukan oleh Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Matussin Awang Damit.

Abdullah semasa ditemui selepas majlis ini berkata, kursus yang dianjurkan secara dalaman itu khusus untuk memberikan pendedahan awal kepada kakitangan (USIA) yang berminat dalam bidang tersebut.

" Tidak semua orang memahami cara penggunaan kemera dan pengambilan gambar yang betul terutamanya dalam majlis majlis resmi, justeru dengan adanya kursus asas ini ianya dapat memberikan sedikit panduan kepada para peserta" katanya.

Menurut Abdullah lagi dengan adanya kursus seperti ini ianya dapat memberikan pendedahan awal teknik pengambilan gambar yang sebenarnya kepada peserta disamping dapat mengajak kaum belia Islam untuk menceburi kerjaya sebagai jurugambar yang kurang diceburi oleh belia bumiputera Islam

Rabu, 29 April 2009

USAHA USIA ADAKAN PEMERAN DIHARGAI




KUALA PENYU: Usaha yang dilakukan oleh pentadbiran Ibu Pejabat Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang mengadakan pemeran dalam anjuran majlis majlis keagamaan mendapat pujian dari pemimpin nombor dua pertubuhan tersebut.

Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, usaha tersebut dapat merapatkan hubungan antara masyarakat khususnya masyarakat Islam dan ahli-ahli (USIA) tentang peranan dan program program yang telah dan akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut.

" Langkah ini wajar diteruskan agar masyarakat Islam khususnya ahli-ahli (USIA) lebih dekat dengan pertubuhan ini dan ini memberikan mereka ruang yang lebih dekat untuk mengenali sejarah dan perjuangan (USIA) dalam mengerakkan program program dakwah khususnya dalam mengangkat mertabat Islam di negeri ini" katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke gerai pemeran (USIA) sempena Fastivel Kesenian Islam Peringkat Pedalaman Bawah di sini baru baru ini.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, walaupun media cetak dan elektronik sering mempaparkan berita-berita mengenai pelbagai usaha dan program (USIA) selama ini, namun tidak semua orang khususnya ahli-ahli pertubuhan tersebut berpeluang untuk mengikuti perkembangannya.

" Dalam pemeran ini pelbagai bahan dipemirkan dari sejarah penubuhan ,kepimpinan terdahulu dan terkini hinggalah ke program program mutkhair pertubuhan tersebut" tambah Lajim

Sementara itu Setiausaha Agung (USIA) Datuk Abdullah Hussin pula berkata, pemeran tersebut digerakkan oleh satu Unit pemeran dari Ibu Pejabat (USIA) dan setakat ini telah mengadakan beberapa pemeran di beberapa buah daerah antaranya Kota Kinabalu Ranau,Semporna,Beaufort dan Kuala Penyu.

" Sambutan dari orang ramai khususya masyarakat Islam cukup menggalakkan kerana pemeran ini dilengkapi sejarah awal penubuhan pertubuhan ini, kepimpinan, program sehinggalah kepada beberapa risalah agama boleh dilihat secara dekat dalam pemeran ini" katanya: oleh Jaafar Abdul Wahid

Selasa, 28 April 2009

YDP USIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH YADIM SABAH



KUNJUNGAN HORMAT...Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai pagi kemarin menerima kunjungan hormat Pengarah yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) Cawangan Sabah Dato Liman Dato Hussin di ibu pejabat (USIA) jalan Sembulan Kota Kinabalu,Beliau turut diringi oleh Pengurus Operasi (YADIM) Sabah Haji Samin Haji Ongki . Semasa kunjungan ini Dato Liman turut menyampaikan jemputan kepada Sakaran bagi merasmikan Majlis Pengislaman Saudara anjuran Yayasan tersebut pada 5 may 2009 di Pejabat YADIM Tanjung Plaza, Semasa perjumpaan tersebut Dato Liman juga turut memberikan takilmat mengenai program yang telah dan akan dilaksanakan oleh YADIM Sabah dalam mengerakkan program dakwahnya . Sakaran pula semasa perjumpaan tersebut turut memberikan jaminan akan memberikan sokongan serta kerjasama kepada YADIM untuk sama-sama mengerakkan program dakwah di negeri ini.
Hadir sama semasa perjumpaan tersebut Setiausaha Agung (USIA) Haji Abdullah Hussin dan Penolong Haji Uda Sulai. Oleh Jaafar Abdul Wahid

Ahad, 26 April 2009

KESENIAN ISLAM WADAH BERMANAFAAT TYDP USIA




KUALA PENYU: Kesenian Islam dilihat mampu menjadi salah satu alternatif terbaik kepada masyarakat agar tidak terus dihambat dengan unsur hiburan yang melalaikan.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menjelaskan, antara faktor penyumbang berlaku masalah sosial di kalangan generasi muda adalah disebabkan hiburan yang tidak bermanfaat dan melampaui batas.

Katanya, kepesatan kemajuan teknologi maklumat kini menjadi alternatif kepada masyarakat khususnya golongan muda untuk mengikuti perkembangan dunia hiburan sehingga mereka lupa kepada kesenian yang berunsurkan Islam

“Kesenian Islam ini juga mampu menjadi wahana kepada masyarakat agar tidak terus terpesong dengan unsur-unsur hiburan yang melalaikan yang kini begitu mudah diperoleh di mana-mana sahaja” katanya ketika berucap merasmikan Fastivel Kesenian Islam peringkat Pedalaman bawah di dewan masyarakat Dato Shah Bandar Makang dekat sini baru baru ini

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Abdul Rahim Yakub,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Ketua daerah Kuala Penyu Awang Anak Yusuf

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan berkata,bagi mengatasi masalah ini, alternatif hiburan yang lebih bermanfaat wajar dicari terhadap kesenian islam bagi ditawarkan kepada anak muda agar mereka kenal dan menghargainya sebagai warisan yang perlu dipertahankan.

”Sebagai umat Islam, kita perlu memartabatkan serta memperkukuhkan seni dan budaya Islam ke peringkat yang lebih tinggi agar Islam terus dihormati oleh semua lapisan masyarakat seluruh dunia,” katanya

Sambil melahirkan keyakinan melalui Fastivel itu tersebut menjadi wadah untuk menyemarakkan kesenian berunsurkan Islam ,Ahli Parlimen Beaufort ini mahu semua pihak termasuk badan badan dakwah dan sekolah sekolah turut menganjurkan program program kesenian Islam bagi memestikan kesenian Islam terus berkembang. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Rabu, 22 April 2009

TUN SAKARAN AGIHKAN BIBIT GAHARU KEPADA AHLI USIA SEMPORNA





Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai baru-baru ini telah menyampaikan bantuan bibit gaharu kepada ahli-ahli (USIA) di bahagian itu. Majlis penyampaian ringkas yang turut disaksikan oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan bendahari Agung Haji Ariffin Sani itu berlangsung di kediaman beliau di Semporna. Berucap di majlis itu Sakaran meminta ahli-ahli (USIA) di bahagian itu agar merebut peluang dalam industri tanaman pokok gaharu yang berpoentasi dimajukan dan bakal menyumbang kepada peningkatan taraf siso ekonomi ahli-ahli pertubuhan tersebut untuk jangka panjang.

Katanya industri gaharu mempunyai potensi pasaran yang luas dan permintaannya amat tinggi dan jika diusahakan secara komersial ianya boleh memberi keuntungan lumayan

Beliau menambah bukan sahaja bantuan dari segi bibit pokok gaharu, pertubuhan tersebut juga melalui kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) akan membantu ahli-ahli (USIA) dari segi kepakaran dan teknologi bagi menghasilkan pokok gaharu yang diklonkan dan berkualiti tinggi .Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Selasa, 21 April 2009

PENDEKATAN INOVATIF MAMPU LAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG





SEMPORNA: Kerjasama antara ibubapa dan pihak yang bertanggungjawab dengan pembangunan pendidikan di negeri ini mampu melahirkan genersi pelajar yang berkualiti, cemerlang dan berdaya saing.
Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata, pihak berkenaan perlu bijak merancang kaedah dan pendekatan tertentu bagi memastikan usaha memupuk dan membentuk modal insan cemerlang dapat dijayakan dengan baik dan berkesan.
Menurut beliau, dalam mencapai hasrat itu, suatu hakikat yang perlu disedari semua pihak ialah terdapat dua elemen yang menjadi penyumbang utama kepada pembangunan negara secara menyeluruh iaitu pendidikan dan modal insan.
Katanya, dalam menghadapi era globalisasi ketika ini, kedua-dua elemen tersebut perlu digerakkan seiringan supaya impaknya kepada pembangunan ekonomi negara lebih berganda.
''Sehubungan itu, kita hendaklah bijak merencanakan perancangan pendidikan kita dengan pendekatan kreatif dan berinovatif agar modal insan yang bakal lahir daripada proses itu nanti akan menjadi lebih berkualiti dan berdaya saing untuk memenuhi tuntutan semasa," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pejabat Guru Madarasah Inabah Kalam (SAR) dekat sini baru baru ini.
Hadir sama Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Rukaiyah Panglima Abdullah, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Haji Nasri Tun Sakaran, Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Pengerusi Yayasan (SABDI) Haji Abd.Raman Tun Sakaran.
Sakaran berkata, kepentingan elemen pendidikan dan modal insan sememangnya menjadi tumpuan Kerajaan Persekutuan yang kemudian memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi mengukuhkan lagi matlamat melahirkan generasi pelajar yang berkualiti, berintegriti dan berhemah.
Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan usaha Yayasan Sabdi yang membantu menyokong pembangunan pendidikan di Sabah khsusnya di Semporna yang diharapkan dapat mengatasi masalah pelajar cemerlang di kalangan keluarga kurang berkemampuan disamping sekolah tersebut akan terus menampa kejayaan bukan sahaja dalam bidang pendidikan akademik namun juga dalam bidang pendidikan agama. Oleh: jaafar Abdul Wahid

YDP USIA IRING LAWATAN TYT SARAWAK KE PULAU MATAKING





Sempana lawatan resmi bagi menyaksikan sambutan Pesta Regatta Lepa XVII dan Program Merakyatakan Seibudaya Semporna pada Sabtu lepas, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhamad Salahuddin Abang Barieng dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah bersama rombongan turut melakukan lawatan resmi ke Pusat Peranginan di Pulaun Mataking Semporna kira kira sejam perjalanan menaiki bot laju dari Pekan Semporna. Lawatan beliau turut diiringi bekas Yang Dipertua Negeri Sabah yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai,Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran dan Wakil Rakyat Kawasan Sulabayan Datuk Harman Mohamad.Abang Muhamad Salahuddin dan rombongan menghabiskan masa selama 2 jam meninjau keindahan puluan antara yang tercantik di Sabah khususnya di daerah Semporna

USAHA PUPUK PERPADUAN CABARAN BERSAMA YDP USIA






SEMPORNA: Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata, usaha memupuk perpaduan di kalangan masyarakat Islam di negara ini, menjadi cabaran utama dan ianya memerlukan makanisme serta sokongan dari semua pihak .
Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah(USIA) itu berkata, bagaimanapun ianya tidak perlu dilihat sebagai satu usaha itu yang membebankan jika semua pihak terutamanya Umat Islam memahami serta mengamalkan ajaran Islam yang lebih mementingkan perpaduan bukan sahaja di kalangan masyarakat Islam sendiri namun kepada masyarakat lain.
``Beberapa peristiwa yang berlaku dewasa ini memerlukan masyarakat Islam seluruh dunia mengenepikan perbezaan fahaman dan bersatu dalam mengeluarkan pendapat demi untuk melestarikan perpaduan yang lebih harmoni demi untuk kemajuan sebagaimana hasrat kerajaan untuk mengwujudkan konsep satu Malaysia '' katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Forum Perpaduan Islam anjuran pertubuhan tersebut di perkarangan Masjid Ar-Rahman dekat sini baru baru ini
Hadir sama ialah Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin,Ketua (USIA) Bahagian Semporna Datuk Sapari Amir dan Imam daerah Semporna Haji Istihal Dahir
Menurut Sakaran hanya menerusi perpaduan umat Islam boleh mencapai kemajuan dengan menggunakan sepenuhnya sumber kekayaan yang sedia ada yang seterusnya dapat meningkatkan kesedaran di kalangan ummah.
Sehubungan dengan itu Sakaran mengajak masyarakat Islam melihat kepada sudut yang lebih positif terhadap konsep Satu Malaysia ini dari perspektif agama. Dalam masa yang sama mereka juga seharusnya mengemukakan gagasan yang lebih membina dan konstruktif bagaimanakah konsep atau gagasan ini seharusnya dibangunkan dengan sebaik-baiknya berdasarkan polisi ini dan dapat mengukuhkan lagi kedudukan agama negara dan umatnya
Terdahulu dari itu Setiausaha Agung (USIA) Datuk Abdullah Hussin berkata forum tersebut dianjurkan dengan harapan ianya akan menjadi wadah bagi mencari formula serta rumusan terbaik bagi memperkukuhkan lagi perpaduan di kalangan Umat Islam di negeri ini termasuklah masyarakat lain.
Katanya, golongan agama dan para sarjana Islam seharusnya mengambil peluang dari keterbukaan dasar negara ini untuk memberikan kerjasama dan pemikiran mereka yang membina bagaimanakah dasar Satu Malaysia dapat digunakan sebaik-baiknya dalam meningkatkan perlaksanaan agenda agama dan umatnya di negara ini
Forum yang dihadiri lebih dari 500 orang masyarakat Islam setempat itu mengundang tiga tokoh iaitu Pensyarah di (UiTM) Sabah Ustaz Bungsu Aziz Jaafar Pengarah Dakwah (USIA) Ustaz Abduhurairah Abdurahman, ustaz JM Ikhawan sebagai ahli panel yang dipengerusikan oleh Uztaz Suharto Sokarni. OLEH Jaafar Abdul Wahid.

Selasa, 14 April 2009

YDP USIA DIRAIKAN DALAM MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 79




DIRAIKAN...Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai pagi kemarin diraikan dalam satu majlis ringkas sempena dengan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 79 tahun oleh kakitangan Ibu Pejabat (USIA) di jalan Sembulan Kota Kinabalu yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin. Hadir sama Penolong Setiausaha Agung Haji Uda Sulai dan Pengarah dakwah (USIA) Ustaz Abuhuraira Abdurahman.Selain upacara memotong kek majlis juga diserikan dengan bacaan selawat dan doa dipimpin oleh Ustaz Kahar Abdul Rahman.

Isnin, 13 April 2009

USIA AGIHKAN BANTUAN BIBIT GAHARU KEPADA AHLI







MEMBAKUT: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) turut membantu ahli-ahli pertubuhan tersebut bagi melibatkan diri mereka dalam industri tanaman pokok gaharu di negeri ini.

Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, bagi tujuan tersebut, pertubuhan tersebut turut mengagih-agihkan bantuan bibit pokok gaharu kepada setiap ahli yang berminat untuk menceburi industri tanaman pokok gaharu .

“ Industri tanaman pokok gaharu di negeri ini mempunyai prospek jangka panjang terutamanya untuk meningkatkan ekonomi ,justeru itu (USIA) turut memberikan galakan dari segi bantuan bibit dan khidmat nasihat kepada ahli-ahlinya yang berminat menceburi industri ini” katanya ketika ditemui di majlis pengaihan bibit-bibit pokok gaharu di di dua buah bahagian (USIA) iaitu bahagian Papar dan Membakut pagi kemarin.

Di daerah Papar sahaja sejumlah 1,200 pokok bibit pokok gaharu di agih-agihkan sementara di daerah Membakut sebanyak 1,400 pokok bibit gaharu diserahkan kepada ahli-ahli (USIA) di bahagian itu dimana setiap ahli menerima sebanyak dua pokok bibit gaharu.

Menurut Abdullah bantuan bibit pokok gaharu kepada ahli-ahli pertubuhan tersebut merupakan program jangka panjang bagi membantu ahli-ahli (USIA) meningkatkan taraf siso ekonomi mereka dimana idustri serta permintaan pelbagai prodak yang dihasilkan dari pokok gaharu begitu berponetasi untuk dimajukan.

“industri gaharu mempunyai potensi pasaran yang luas dan permintaannya amat tinggi dan jika diusahakan secara komersial ianya boleh memberi keuntungan lumayan” katanya

Abdullah menambah bukan sahaja bantuan dari segi bibit pokok gaharu, pertubuhan tersebut juga melalui kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) akan membantu ahli-ahli (USIA) dari segi kepakaran dan teknologi bagi menghasilkan pokok gaharu yang diklonkan dan berkualiti tinggi OLEH: JBW

100 ORANG PESERTA SERTAI SEMINAR PEMANTAPAN WANITA DI LAHAD DATU







LAHAD DATU: Hampir 100 orang peserta telah menyertai Seminar Pemantapan Wanita anjuran Wanita Pusat Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dengan kerjasama Wanita (USIA) bahagian Lahad Datu di Masjid Al-Raudah dekat sini baru baru ini.

Seminar yang berlangsung sehari itu telah membincangkan tiga buah kertas kerja masing-masing bertajuk “ Wanita Dalam Islam “ oleh Pengarah Dakwah (USIA) Ustaz Abuhuraira Abdurrahman,” Wanita Soleha” oleh Pegawai Dakwah (USIA) Ustaz JM Ikhwan dan kertas kerja ketiga “ Wanita dan Keselamatan oleh Supt. Suhaimi Abd.Rahman dari PDRM Lahad Datu.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk (Datu )Nasrun Datu Mansur dan turut dihadiri oleh Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Penolong Setiausaha Wanita (USIA) Hajah Rangraini Haji Abd.Ghani.

Berucap di majlis tersebut Datu Nasrun yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata,
Kerajaan negeri mengiktiraf peranan wanita dan sentiasa memberi sokongan padu terhadap pertubuhan dan persatuan yang mewakili golongan itu di negeri ini.

Katanya, pengiktarafan ini perlu dipergunakan sepenuhnya oleh golongan wanita untuk sama sama merebut peluang dalam apa juga bidang, baik dalam pendidikan,ekonomi,agama dan sosial bagi membolehkan mereka mampu bersaing dalam arus kemajuan perdana negara.


Nasrun berkata Dewasa ini anjakan nilai hidup menyebabkan berlakunya perubahan kepada wanita,diimana ianya seecara tidak langsung menyebabkan kaum wanita perlu mempersiapkan diri bagi memenuhi cabaran dan saingan globalisasi pada hari ini.

Menurut Datu Nasrun golongan wanita perlu lebih bersifat multi-functional disebabkan peranan mereka yang pelbagai. Merekalah anak, isteri, ibu, kakak atau adik dan dalam masa sama juga bertindak sebagai wanita berkarier yang menyumbang kepada pembangunan negara.

“Oleh kerana ramai wanita pada masa ini yang menunjukkan kebolehan dan kepimpinan yang membanggakan menyebabkan sumbangan mereka amat diperlukan” katanya

Terdahulu ketika berucap di majlis yang sama Abdullah berkata,t iga kriteria wanita yang dianggap berjaya itu ialah berjaya melaksanakan kewajipan kepada Allah S.W.T dengan sempurna dan ikhlas melalui ibadat dan berjaya melaksanakan kewajipan kepada rumah tangga dan yang akhir sekali, dapat memberi sumbangan ke arah kebaikan masyarakat dan menghalang keburukan tanpa menjejaskan kualiti sumbangannya kepada institusi rumah tangga. Oleh: jbw

Selasa, 7 April 2009

PROGRAM DAKWAH PERLU DIPERHEBATKAN ABDULLAH







SEKITAR MAJLIS PELANCARAN PROGRAM BAITUN NUR DI PULAU BANGI KUDAT

PULAU BANGI KUDAT: Program dakwah di kalangan saudara baru oleh agensi agama Islam termasuk pertubuhan Islam di negara ini perlu diperhebatkan dengan pendekatan baru yang lebih sesuai seiring dengan perubahan semasa.

Gesaan ini dibuat Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berikutan terdapat perubahan kecendurangan di kalangan saudara baru.

“ Mereka mememaluk Islam bukan disebabkan untuk mengubah nasib dalam kehidupan tetapi lebih kepada mencari nilai-nilai murni dalam Islam itu sendiri” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Program Baitun Nur yang ke lima di Pulau Bangi Kudat baru –baru ini.

Majlis yang dilancarkan oleh Ahli Dewan Undangan negeri Kawasan Bangi Mijol Unaini itu turut dihadiri oleh Penolong Pegawai daerah Bangi Aliuddin Mohd.Onon dan Penolong Setiausaha Agung (USIA) Haji Uda Sulai.

Sehubungan dengan itu Abdullah berkata, pendekatan dipergunakan perlu ditumpukan kepada memperkukuhkan aqidah saudara baru ini, supaya mereka tidak terfikir untuk kembali agama asal.

“ Pendekatan seperti ini merupakan antara eleman yang kita laksanakan dan terkandong dalam program “Baitun Nur” (Pusat Bimbingan Saudara Baru) yang dijalankan untuk tempoh enam bulan dimana peserta akan dibimbing dari segi aqidah,syariah ,akhlak disamping pengajian al-Quran” katanya.

Dalam perkembangan yang sama Abdullah berkata, nilai dakwah yang perlu diberikan perhatian yang sama ialah kebajikan saudara-saudara baru dimana Agensi dan pertubuhan Agama Islam boleh mengoptimumkan dana zakat yang bukan saja digunakan untuk memberi bantuan tradisi ,tetapi juga dalam merangka aktiviti dakwah yang benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran.

Terdahulu dalam ucapan pelancaran program tersebut Mijol mengajak Umat Islam khususnya peserta program tersebut agar memanafaatkan sepenuhnya ilmu pengetuhan yang diperolehi sepanjang menjalani bimbingan tersebut.

“Program ini sesunggunya merupakan wadah terbaik bagi peserta mendalami ilmu pengetuhan mereka khususnya dalam ilmu agama dimana dengan sendirinya dapat mendekatkan peserta dengan ajaran Agama Islam yang sebenarnya dan ini turut membantu menjadikan mereka sebagai model insane cemerlang” katanya. OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

Ahad, 5 April 2009

PEMERAN: DEKATKAN USIA DENGAN MASYARAKAT ISLAM






“Tak Kenal Maka Tak Cinta” berasaskan kepada peribahasa tersebut ,Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mengambil pendekatan proaktif dengan menjadikan program turun padang mengadakan pemeran dalam majlis majlis keagamaan yang dianjurkan di beberapa buah daerah di negeri ini.

Pemeran yang mempaparkan sejarah perjuangan sejak awal pertubuhan tersebut ditubuhkan, merangkumi kegiatan masa lampau dan masa kini berjaya mendekatakkan masyarakat umum khususnya umat Islam bagi menyelami lebih dekat peranan serta tanggungjawab yang telah dan akan dimainkan oleh (USIA) dalam mengerakkan program dakwah dan menegakkan syiar Islam di negeri ini.

Selaras dengan matlamat tersebut baru baru ini (USIA) diundang bagi mengadakan pemeran bersempana dengan sambutan Mauldur Rasul Peringkat daerah Ranau di Dewan masyarakat Ranau dimana pemeran tersebut mendapat sambutan yang diluar jangkaan dari orang ramai yang berpusu pusu melihat bahan bahan yang dipemerakan sepanjang majlis ini berlangsung.

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Datuk Haji Abdullah Hussin ketika ditemui di majlis ini berkata, usaha yang dilakukan oleh pertubuhan tersebut melalui pemeran pemeran yang diadakan merupakan nilai tambah terhadap pelbagi program dakwah yang telah dan akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut.

“ Kita berharap melalui pemeran ini orang ramai khususnya golongan muda dapat mengenali secara lebih dekat sejarah dan perjuangan yang telah dimainkan oleh (USIA) di dalam melaksanakan program dakwah bagi menegakkan syiar Islam di negeri ini” katanya.

Menurut Abdullah melalui pemeran tersebut juga pelbagai maklumat dapat diperolehi oleh Ahli-ahli (USIA) dan masyarakat Islam keseluruhannya dimana ianya dengan sendirinya dapat menarik minat umat Islam untuk menyertai pertubuhan tersebut.

“ Dalam pemeran ini juga kita membuka kaunter keahlian kepada masyarakat Islam yang ingin memohon untuk menjadi ahli pertubuhan ini “ tambah Abdullah.

Menurut Abdullah pemeran tersebut akan menjadi agenda berterusan pertubuhan tersebut dan (USIA) juga bersedia memenuhi undangan dari mana mana jabatan,agensi kerajaan termasuk pertubuhan pertubuhan Islam yang berminat untuk menundang pertubuhan tersebut mengadakan pemerannya. TEKS OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID FOTO: OLEH UINUS HASSAN